Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

20 March 2010

Kurangkan Bercakap Perkara Yang Sia-sia

oleh : hafizquran

Sabda Nabi s.a.w :

" Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat , maka hendaklah dia berkata perkara2 yang baik ataupun dia diam "

Sebuah lagi hadith baginda bersabda :

" Antara keindahan Islam seseorang itu adalah apabila dia meninggalkan perkara2 yang tidak mendatangkan kebaikan "

Menjadi tabiat manusia untuk bercakap tentang pelbagai perkara. Ada sesetengah orang gemar bercerita, ada yang gemar berceramah dan tak kurang juga yang terlalu gemar mengumpat dan mengata. Semuanya berlumba2 untuk menggunakan fungsi mulut semaksima mungkin.

Namun dalam keadaan itu, seringkali nikmat mulut disalahguna. Dalam entri yang lepas, saya menulis tentang tabiat suka bergelak ketawa yang berlebihan di mana ianya menjadi punca kerasnya hati seseorang. Kali ini, juga di bawah tajuk yang sama, namun lebih kepada percakapan yang seringkali digunakan dalam kehidupan seharian.

Hakikatnya, banyak bercakap bukanlah suatu perkara yang baik. Sebaik2 perkataan adalah sedikit, tetapi penuh erti dan makna. Apabila terlalu banyak bercakap, kita akan terjerumus kepada perkara2 yang sia2. Berkemungkinan dalam 100% itu hanya 30% sahaja perkara bermanfaat, selebihnya adalah perkara2 atau perkataan2 yang tidak membawa erti apa2. Dalam Al-Quran ia disebut sebagai perkataan yang sia2.

Berkata Imam Ghazali r.h : "  Barangsiapa yang banyak percakapannya maka banyaklah kesalahannya, barangsiapa yang banyak kesalahannya maka banyaklah dosanya, barangsiapa yang banyak dosanya maka nerakalah tempat yang lebih utama untuknya. "

Di sini dapat kita lihat, bahawa antara ciri2 mukmin yang baik adalah banyaknya diam berbanding bercakap atau berceloteh. Seorang yang lebih banyak diam akan mempunyai keizzahan yang tersendiri. Cubalah anda perhatikan di kelompak saudara2 mahupun sahabat2 anda sendiri. Seorang yang banyak mendiamkan diri dan hanya bercakap apabila perlu secara automatik akan dihormati oleh insan2 sekeliling.

Sebaliknya orang yang terlalu banyak bercakap, berborak, berceloteh , bergelak tawa, berjenaka yang sia2 dan yang sewaktu dengannya akan kehilangan izzahnya di mata manusia. Justeru, sebaik2nya kurangkanlah bercakap apabila tidak perlu dan perbanyakkanlah diam serta berfikir, kerana Allah memuji golongan yang suka berfikir dengan menggelarkan mereka sebagai " ulul albab ".

Sekian.

nota : tidak termasuk di sini adalah percakapan berbentuk nasihat, tasyji', ceramah, mengajar agama dan yang seumpamanya. Wallahua'lam. 

0 comments:

Archive Blog