Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

20 March 2010

Kanak-Kanak Di Masjid : Antara 2 Maslahat

oleh : hafizquran

Persoalan membawa anak2 ke masjid seringkali kedengaran di telinga kita. Ada satu pihak mengkritik keras tindakan sesetengah masjid yang seolah2 tidak mesra kanak2, manakala satu pihak yang lain bertegas bahawa anak2 yang datang ke masjid rata2nya membuat bising dan mengganggu jemaah solat- kerana itu perlu diletakkan had dan sebagainya. Permasalahan ini seolah tidak berpenghujung.

Lalu saya tertarik untuk mengajak kita sama berfikir. Kembali menilai tentang tujuan dan maksud sebenar kita membawa anak2 bersama2 solat di masjid. Kebanyakan ibu bapa membawa anak2 ke masjid kerana ketiadaan pengasuh/penjaga , untuk menghadiri ceramah/kuliah , untuk membiasakan anak2 berjemaah dan selebihnya untuk mendidik anak2 adab dan akhlak di rumah Allah.

Di sini saya tegaskan bahawa tiada salahnya perkara tersebut, bahkan sangat digalakkan. Saya bukanlah seorang yang anti -kanak2  datang ke masjid , tidak sama sekali. Benar, kita semua tahu tentang bagaimana Nabi s.a.w sendiri menggalakkan anak2 supaya hadir sama ke masjid sekaligus menjadikannya sesuatu yang mubah. Lihat sepotong hadith baginda yang berbunyi :

Dari Abu Qatadah r.a : Aku melihat Nabi mengimami solat, sedangkan Umamah Bintu Abil 'Ash , puteri Zainab puteri Nabi s.a.w berada di atas pundak beliau. Jika beliau rukuk beliau meletakkannya, dan jika beliau bangkit dari sujud beliau mengulanginya ( meletak kembali ke pundaknya ).

Hadith ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Kebanyakan kita berpendapat bahawa, ibu bapa mahu mendidik anak2 mereka solat berjemaah serta adab berada di rumah Allah. Kerana itu terdapat di kalangan jemaah yang bertegas mahu anak2nya solat di saf dewasa, yakni bersebelahan dengannya. Lalu anak2 itu dapat dijaga dan dikawal. Keadaan ini bagus dan sangat baik ( anak2 benar2 dijaga serta dikawal ) dan ini juga satu maslahat yang kita sama2 faham.

Kedua, kita perhatikan pula kepada realiti yang berlaku. Jangan semata2 berhujah, tetapi turun dan nilailah di lapangan tentang keadaan sebenar. Kebanyakan yang berlaku, anak2 datang ke masjid, tetapi ibu bapa solat di rumah. Lalu timbul persoalan , siapa pula yang mahu menjaga anak tersebut? Ada juga berlaku, ibu bapa seolah pekakkan telinga dengan perangai anaknya yang sedang membuat bising di belakang, walaupun dia tahu dan sedar keadaan itu membuatkan jemaah lain hilang khusyuk dan terganggu. Ada juga berlaku, anak2 datang ke masjid beramai2- apatah lagi apabila bertemu 'geng' - lalu bermain dan membuat bising yang keterlaluan sewaktu jemaah sedang solat . Bilangan mereka kadang2 terlalu ramai. Mereka pula berlakon dan berpura2 tahiyyat akhir ketika jemaah hampir selesai solat.

Ketika keadaan ini berterusan berlaku, ingin saya lontarkan persoalan, bahawa di mana pula maslahat kita dalam menjaga kekhusyukan jemaah bersolat? Apakah perasaan ratusan jemaah lain yang terganggu tidak perlu kita berikan perhatian? Apakah soal ketenangan mengingati Allah sudah menjadi persoalan nombor dua? Ini juga satu kemaslahatan yang penting untuk kita jaga.

Justeru, antara dua maslahat, iaitu ingin mendidik anak2 dengan menjaga jemaah lain dari terganggu, kita perlu bijak untuk memilih yang mana perlu diberi keutamaan . Adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akal kiranya kita membelakangkan soal khusyuk dan ketenangan jemaah untuk datang beribadah. Dalam masa yang sama, anak2 boleh sahaja dibawa tetapi perlulah dikawal. Andaikata kita tak mampu mengawal mereka, maka usahlah membawa mereka ke masjid.

Saya tersenyum sendirian membaca artikel ustaz Hasrizal di sini. Ideanya bagus, tetapi realitinya belum terlaksana. Benar, sesuatu yang baik jika masjid dapat menyediakan ruang2 khusus untuk anak2 serta ibu2 yang ingin menjaga anak mereka sewaktu jemaah sedang mendengar kuliah. Saya tertarik dengan isu permainan yang disebutkan, sebagai satu alternatif supaya anak2 boleh duduk diam dan tidak menganggu. Realiti perlaksanaannya masih sangat jauh bagai langit dengan bumi. Agaknya jika ibu bapa hari ini memberi keizinan untuk anak2 mereka duduk di masjid dan bermain , sudah pasti mereka akan memilih untuk bermain ' polis sentry ' atau ' kejar mengejar '. Jauh sekali untuk duduk diam, melukis atau mewarna.

Apapun, setakat yang saya perhatikan, golongan anak2 yang suka membuat bising sebenarnya berpunca dari kelemahan kawalan dan penguatkuasaan ibu bapa masing2. Mereka2 ini perlu dididik, diberi perhatian dan apa sahaja cara yang boleh membuatkan mereka terkawal ketika berada di masjid. Barulah pemahaman hadith tadi menjadi 'sihat'. Ini tidak, sudahlah anak2 tanpa kawalan, ibu bapa pula pejamkan mata, akhirnya jemaah yang menanggung beban tidak selesa.

Satu lontaran ; diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w itu ketika mengangkat takbiratul ihram, beliau seolah lupa akan orang2 di sekelilingnya. Kita pula, sebaik sahaja mengangkat takbiratul ihram, tiba2 sahaja akan kembali mengingati semua benda yang kita lupa. Fikir2kan.

Sekian.

2 comments:

Anonymous March 20, 2010 at 11:10 AM  

Kat kampung saya, kanak kanak main kat masjid, tak siapa ambil hal.
Ada satu orang tua kata, ibadah kita pun belum tentu Allah terima, mungkin ibadah kanak kanak yang bermain itu lebih diterima.Siapa kita nak jaga rumah Allah (Allah lebih mengetahui tentang rumah dan hambanya).

hafizquran March 20, 2010 at 12:52 PM  

encik tanpa nama,sebab itulah kita kena ambil hal. Alhamdulillah tak semua kampung mengamalkan sikap tidak sihat seperti kampung encik tu.

ibadah kanak2 belum baligh mana nak disamakan dgn ibadah si dewasa encik, akhirat nanti dorang masuk syurga kita belum tentu. yang akan dihisab adalah kita.

lagi satu,jangan bersandar dengan kata org tua2 semata2,sandarlah pada dalil dan nas yg sorih :)

syukran,khalas.

Archive Blog