Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

04 March 2010

Dan apabila syaitan menghiasi amalan mereka..



oleh : hafizquran

Tugas syaitan bukan sahaja menggoda manusia untuk melakukan kejahatan - lantaran dendamnya pabila dihalau keluar dari syurga - bahkan juga turut menggunakan taktik 'psiko' untuk menarik manusia ke arah kejahatan tanpa disedari manusia tersebut.

Hal ini diceritakan dengan jelas di dalam Al-Quran. Jika kita rajin membaca Al-Quran , kita akan dapati banyak potongan ayat Al-Quran yang bermaksud : " dan syaitan menghiasi amalan2 mereka..."

Maksudnya di sini, jika tak dapat cara jahat yakni hasutan, maka syaitan akan guna cari baik dan lebih halus. Umpamanya solat. Sudah puas digoda dan dihasut si polan ini untuk jangan solat atau melengah2kan solat sehingga luput waktu, namun si polan tetap rajin bersolat. Lalu syaitan akan mengubah caranya kepada kaedah psikologi yakni menjadikan amalan buruk kelihatan indah.

Apabila masuk waktu, syaitan menggesa si polan tadi untuk solat. Syaitan menggesa supaya si polan tadi bersegera solat di awal waktu. Ketika si polan bersemangat untuk solat, maka si syaitan tadi datang lagi menyuruh si polan solat di hadapan kawan2nya yang lain, yang mungkin tidak bersolat. Syaitan menyarankan pula supaya si polan tadi menyaringkan bacaan supaya didengari oleh sekalian kawan2nya tadi. Lalu si polan pun melakukan suruhan2 syaitan tadi dengan perasaan penuh bangga ketika bersolat, walhal dia sebenarnya sedang menjerumuskan dirinya ke dalam kemurkaan Allah kerana timbulnya sifat riak dan ujub- sedang dia menyangka dirinya sedang membuat kebaikan.

Begitu juga dengan situasi2 yang mungkin berlaku kepada kita. Meskipun kita merasakan diri kita banyak melakukan kebaikan dan kebajikan, namun kita perlu sentiasa bermuhasabah dan berwaspada kerana ditakuti hanya kita yang menyangka kita sedang melakukan kebaikan yang penuh berpahala, sedangkan amalan kita itu sebenarnya hanya dinampakkan indah oleh syaitan- sedangkan ianya buruk pada Allah ta'ala.

Seorang yang kita katakan aktif berprogram, umpamanya. Jadualnya sibuk dengan pelbagai program2 kebajikan dan keagamaan. Di samping itu otaknya sentiasa berfikir untuk pelbagai aktiviti yang boleh membina ummat. Apa yang dilakukannya adalah sesuatu yang amat baik dan dijanjikan ganjaran setimpal oleh Allah ta'ala, namun syaitan muncul bila2 masa sahaja bagi menyesatkan niat murni tersebut.

Keadaan tadi berubah negatif apabila si polan tadi tidak dapat mengosongkan fikirannya di dalam solat. Lantaran terlalu aktif berfikir dan merancang itu ini, maka ianya turut2 terbawa2 di dalam solat. Lebih malang lagi apabila si polan yang aktif memperjuangkan agama, kerapkali terlupa bilangan solat yang sedang dikerjakannya, akibat terlalu ralit berfikir tentang idea2 dan modul2. Terkadang, buah fikiran yang baik itu datang ketika kita sedang solat. Ia bukan ilham sebaliknya gangguan daripada syaitan.

Bagaimana kita mahu menjadi seperti Nabi s.a.w , yang mana apabila berdiri untuk solat, Baginda sampai tidak kenal anak isteri? Seolah2 segala yang berada di sekeliling Baginda tidak lagi wujud. Masih teringat petikan kata2 Tok Guru Nik Aziz dalam satu kuliahnya waktu saya masih kecil ;

" apabila kita angkat takbir..kita sebut Allahuakbar..maknanya Allah Maha Besar..benda lain kecik belako..Allah saja hok besar sekali masa tu.."

Bermakna kita wajib melupakan sekalian perkara yang lain, termasuk apa sahaja selain mengingati Allah ketika kita solat. Maka bagaimana mungkin kita katakan bahawa idea bernas yang tiba2 muncul ketika kita sedang solat adalah ilham daripada Allah? Sama sekali tidak. Pernahkan anda mengalami , barang yang kita hilang kerana terlupa di mana kita letak lebih mudah kita ingat semula ketika kita solat?

Persoalannya, adakah itu satu kebaikan yang benar2 kebaikan, atau ia sebenarnya keburukan yang dinampakkan sebagai sesuatu yang baik oleh Syaitan?


 Sekian.

 baca juga : Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

0 comments:

Archive Blog