Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

12 March 2010

Bagaimana Mereka Dididik Di Sekolah?



Tidak tahu samada mahu menganggap ia satu berita yang pelik atau satu perkara biasa.

Persoalan yang bermain di kepala usai membaca berita tersebut ialah, bagaimana pelajar2 tersebut menerima didikan di sekolah? Sudah pasti sebelum persoalan itu terjawab, kita akan dilontarkan dengan satu lagi persoalan yang lain- iaitu bagaimana pelajar2 perempuan itu dididik di rumah?

Meskipun tidak diketahui secara terperinci tentang agama dan bangsa mereka, namun isu ini sangat perlu diberi perhatian yang serius oleh semua pihak.

Kalau dulu, kita pernah dikejutkan dengan klip video pergaduhan beberapa pelajar perempuan sekolah menengah di Terengganu, kini kes2 seumpama ini semakin menjadi2. Isu gangsterisme mahupun vandalisme telah lama kedengaran di telinga kita, namun ia kelihatan semakin parah apabila mutakhir ini turut sama menjadikan pelajar2 berjantina hawa sebagai pelaku utama.

Di mana silapnya kita sehingga mendorong perkara2 memalukan seperti ini berlaku dan terus berlaku kepada anak2 kita, di dalam kehidupan bermasyarakat yang kononnya aman dan tenteram? Di mana pula letaknya kesan doktrinisasi supaya mengutamakan nilai2 murni - Budi Bahasa Budaya Kita?

Perkara ini sebenarnya telah lama ditekankan oleh Nabi Muhammad s.a.w di dalam sabdanya " addibu auladakum " , iaitu didiklah anak2mu dengan adab.

Seingat saya, suatu ketika dahulu adab sangat dijaga dalam masyarakat kita. Orang tua dihormati dan segala kata2 mereka tidak dibangkang. Begitu juga yang tua, menyayangi golongan muda dengan nasihat dan caranya yang tersendiri. Unsur2 kurang ajar dan kurang adab sangat sedikit kedengaran. Di mana silapnya apabila di zaman kita, perkara2 buruk seperti ini sudah menjadi halwa telinga?

Mereka adalah golongan pelajar - penuntut ilmu - yang diakui mempunyai level intelek yang baik. Namun perilaku mereka tidak ubah seperti golongan penjenayah. Sukar untuk digambarkan sikap kurang ajar yang bertapak di hati mereka2 yang sanggup bertindak sebegini, apatah lagi kepada ibu yang jauh lebih tua dari mereka.


Lebih menyedihkan, kejadian ini berlaku ketika mereka2 baru sahaja melangkah keluar dari pagar sekolah ! Justeru, bagaimana sebenarnya mereka dididik di dalam pagar sekolah ..?




0 comments:

Archive Blog