Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

20 March 2010

ST 9 : Panduan Memilih Sekolah / Maahad Tahfiz


بسم الله الرحمن الرحيم

oleh : hafizquran

Ramai orang bertanya kepada saya dan tak kurang juga yang meminta saya memberi syor kepada mereka tentang sekolah tahfiz yang sesuai untuk menempatkan anak2 mereka. Saya pernah menulis tentang ini tetapi tidak diperincikan. Di sini ingin saya kongsikan beberapa panduan serta pandangan saya yang diharapkan dapat membantu anda dalam usaha memilih sekolah / madrasah tahfiz yang benar2 ideal.

Pertama : Kedudukan atau Geografi

Saya mencadangkan supaya anda memilih sekolah tahfiz yang kedudukannya agak jauh dari kesibukan kota. Misalnya di kawasan kampung atau sedikit pedalaman. Keadaan ini akan membantu anak2 anda memberi fokus yang lebih maksima dalam usaha mereka menghafaz Al-Quran.

Kedua : Latarbelakang

Apa yang saya maksudkan adalah latarbelakang sekolah atau madrasah tersebut. Sebaiknya carilah tempat yang lebih 'veteran' di mana telah banyak melahirkan huffaz yang berjaya. Tidak menjadi masalah jika lebih berminat kepada sekolah2 tahfiz yang lebih baru, namun sebaiknya selidiklah prestasi sekolah tersebut terlebih dahulu. Terutama sekali statistik bilangan huffaz yang berjaya dilahirkan saban tahun, juga statistik pelajar yang keluar masuk samada dibuang atau berhenti. Ini penting supaya anda tidak tersilap menghantar anak ke sekolah tahfiz yang tiada prestasi atau 'mandom'.

Ketiga : Guru

Pilihlah sekolah tahfiz yang mempunyai guru tahfiz berpengalaman. Misalnya telah 10 atau 20 tahun mengajar tahfiz di sekolah tersebut. Sebuah sekolah yang mempunyai bilangan guru tetap lagi berpengalaman menunjukkan kecemerlangan serta iltizam sekolah yang tinggi dalam misi dan visi mereka. Elakkan dari sekolah tahfiz yang tidak mempunyai guru tahfiz berpengalaman, guru sementara, guru kerap berhenti, berkonflik dan sebagainya. Jangan biarkan anak anda menjadi mangsa apabila hafazan mereka terhenti di tengah jalan akibat guru bermasalah.

Keempat : Sistem

Saya sangat2 berbesar hati untuk mencadangkan kepada anda supaya memilih sekolah tahfiz yang mempunyai sistem pengajian yang baik. Sistem yang saya maksudkan adalah sistem tahfiz yang tersusun dan konsisten. Saya pernah menulis tentang fenomena sekolah tahfiz yang gemar bertukar sistem serta menjadikan pelajar2 mereka sebagai 'bahan eksperimen'. Saya tetap bertegas mengatakan bahawa, sistem paling baik dan TERBAIK tetap adalah sistem tahfiz sepenuh masa. Madah lain seperti fardhu ain tetap perlu, tetapi hanya diperuntukkan masa yang sedikit. Sistem2 tahfiz bercampur akademik atau bercampur pondok rata2nya tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Dengan kata lain, kesannya tidak menyeluruh. Mungkin ada yang mampu, tetapi sebahagian kecil sahaja. Justeru, pilihlah sekolah tahfiz yang benar2 hardcore dalam bidang tahfiz jika anda mahu anak2 anda benar2 menjadi al-hafiz.

Kelima : Bi'ah Tarbiyyah

Terakhir, berilah keutamaan untuk memilih sekolah tahfiz yang mempunyai suasana mendidik atau bi'ah tarbiyyah yang baik. Saya percaya kebanyakan sekolah tahfiz - terutama yang veteran - sudah sebati dengan keadaan ini. Para pelajar dibiasakan berjubah , berserban, wajib solat berjemaah dan sebagainya. Ini penting bagi menjadikan jiwa anak2 anda terdidik dan lembut seterusnya memudahkan Al-Quran mendiami hati2 mereka. Sebaiknya, 40 hari pertama jangan benarkan mereka balik ke rumah. Biarkan mereka benar2 sebati dengan keadaan madrasah, InsyaAllah mereka akan lebih mudah melalui proses2 seterusnya.

Sekian perkongsian saya.

Wallahua'lam.


NOTE : Upgraded On 2 Jun 2011

1 comments:

mamaaiman November 10, 2010 at 9:07 AM  

Assalamualaikum..

Saya berhazrat memberikan pendidikan tahfiz kepada anak..persoalannya..mula dari berapa tahun anak ini perlu diberikan pendedahan terhadap pendidikan ini..

Wassallam

Archive Blog