Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

05 March 2010

Apabila hantu semakin popular


oleh : hafizquran

10 minit sebelum berakhir kelas tengahari itu, aku mengambil sedikit ruang untuk berinteraksi secara santai dengan murid2 darjah 3. 

" ustaz..ustaz.. cerita la ustaz.." pinta seorang murid perempuan, disambut dengan suara murid2 lain yang agak teruja untuk mendengar aku bercerita.

Aku tersenyum. Kebiasaannya, budak2 memang suka mendengar cerita. Automatik aku berfikir tentang cerita apakah yang sesuai untuk aku sampaikan kepada mereka. Cerita tersebut mestilah bersifat santai dan tidak memberatkan fikiran mereka.

" kamu nak ustaz cerita apa ? " padaku, mungkin cerita tentang kisah nabi, atau apa2 kisah tauladan yang lain. Mungkin juga cerita2 tentang pengalaman menarik dan sebagainya.

" cerita hantuuuu...!! " beberapa murid lelaki menjawab hampir serentak. Aku pula yang hampir terdiam seketika.

Beberapa murid yang tadinya bising juga tiba2 memberi perhatian. Keadaan kelas beransur senyap. Aku kembali tersenyum. Sebenarnya aku tidak menyangka yang mereka meminati bahkan meminta aku bercerita tentang hantu. Bagi aku, murid2 sekolah agama tidak wajar sama sekali didedahkan atau digalakkan dengan cerita2 hantu yang kebanyakannya lebih berunsur tahyul wal khurafat.

" hantu? hantu apa yang kamu tahu? " tanyaku kembali.

Serentak itu keadaan kelas kembali gamat.

" niyang rapik...! "

" pocong..!! "

" jangan pandang belakang..!"

" pontianak..!! "

" ustaz..alan pernah jumpa hantu ustaz..warna putih..kan alan kan? " seorang murid perempuan tiba2 meluru ke arah aku di hadapan sambil menunjuk kepada seorang kawannya.

" a'ah ustaz..dekat rumah kosong tu kan saya pernah tengok bayang2 warna putih.." sewaktu alan menjawab, murid2 lain automatik memberi perhatian.

Aku menggeleng. Otakku ligat berfikir, bagaimana mahu me'neutral'kan mindset mereka tanpa 'mengecewakan' keterujaan mereka. Aku perlu cepat sebelum makin banyak cerita2 hantu dan pengalaman2 pelik yang keluar dari mulut mereka..

" hm..kamu semua dengar ye..ustaz nak cerita.." Alhamdulillah, mereka memberi perhatian. Mungkin mereka fikir aku akan memperdengarkan cerita hantu yang belum mereka dengar. Beberapa orang murid mula menunjukkan reaksi 'pucat' yang membuatkan aku sedikit geli hati.

" hantu ke, pocong ke, langsuir ke, pontianak ke..semua itu tak wujud..kamu semua jangan tertipu dengan cerita2 dalam tv yang kamu tengok tu..itu semua bohong.." aku berhenti seketika, membaca penerimaan mereka.

" Allah ta'ala cuma ciptakan malaikat, jin, iblis, syaitan dan manusia..yang lain2 tu semua tak wujud..apa yang kamu sangka sebagai hantu itu sebenarnya adalah jin..jin boleh menjelma..boleh meniru rupa manusia dan rupa apa2 sahaja yang dia nak.."

" ustaz..jin tu apa? " seorang murid perempuan bertanya penuh minat.

" jin tu adalah makhluk yang Allah cipta..sama sahaja seperti kita..cuma bezanya jin tu kita tak nampak..jin ada yang islam dan ada yang kafir..sama juga macam manusia, ada yang islam dan ada yang kafir....

kat akhirat nanti , manusia yang tidak beriman dan banyak buat dosa akan masuk dalam neraka, begitu juga dengan jin..jin yang tidak beriman pun akan dibakar dalam neraka..jadi, kamu semua tak perlu takut kepada jin..kamu cuma kena takut kepada siapa ? "

" Allah...." jawab sebahagian mereka. Aku tersenyum.

" ustaz..ustaz...saya nak bercerita.." tiba2 seorang murid lelaki menjerit dari baris tengah.

" ye..kamu nak cerita tentang apa..? "

" saya nak cerita hantu..." jawabnya sambil tersengih2.

Aku mengeluh. Aku tidak akan sesekali membenarkan dia bercerita tentang hantu.

" kamu tahu tak..hantu yang kamu takut2 tu sebenarnya tak boleh buat apa2 pun kat kamu semua..sebab tu ustaz kata cerita dalam tv semuanya tipu..

kamu pernah tengok dalam tv hantu cekik atau pukul manusia..? " 

Mereka mengangguk.

" sebenarnya jin tak boleh menyentuh manusia macam kita sentuh kawan kita..jin tak boleh dipegang macam tu..dia cuma bayangan sahaja..dia cuma muncul untuk menakut2kan kamu, tapi dia sesekali tak boleh cekik atau cederakan kamu..pernah kamu dengar berita orang kena cekik atau kena bunuh dengan hantu / jin? "

" tak pernah..." mereka menggeleng.

" itu buktinya makhluk2 itu tidak boleh memudharatkan kamu semua..jadi kamu tak perlu takut..kadang2 kamu cuma terlebih takut..kamu sendiri pun tak pernah jumpa hantu ke , pocong ke..tapi kamu percaya dengan cerita2 kawan kamu yang lain..nampak bayang putih la, itu la, ini la..padahal yang kawan kamu nampak tu cuma kain langsir je..kamu pun percaya...

pastu kamu cerita pula dekat kawan kamu..kawan kamu cerita pula dekat kawan yang lain..padahal hantunya tak pernah wujud pun..."

Mereka masih memberi perhatian penuh minat dengan apa yang aku ceritakan. Ada juga yang mula tersengih2. 

" lagi satu..jin ni kamu tak nampak..sebab kalau Allah bagi nampak jin, kamu semua akan rasa takut..yelah..cuba kamu bayangkan, kalau kamu boleh nampak satu makhluk yang tak sama macam kamu, mata pula warna merah, kamu takut tak..? " aku menduga.

" takuttttt......" serentak mereka menjawab.

" haa..tahu pun..sebab itu Allah tak bagi kamu nampak jin..kamu patut bersyukur pada Allah..

lebih baik kamu jangan cerita tentang hantu atau jin lagi, sebab kalau kamu bercerita banyak2 tentang mereka, nanti mereka makin datang dekat dengan kamu.."

Murid lelaki yang tadinya meminta untuk bercerita hantu mula menarik kerusinya lebih rapat kepada kawan sebelah. " Ha.. tau takut. tadi nak sangat cerita hantu.."

" macam mana kamu nak jauhkan diri dari makhluk2 tadi..? " soalku menduga.

" baca Al-Quran..."

" jangan cerita hantu.."

" jangan tengok cerita hantu.."

" baca ayat kursi.."

Alhamdulillah, jawapan2 dari mulut kecil mereka membuatkan aku lega. Sekurang2nya mereka faham dengan apa yang aku cuba sampaikan. Sedikit sebanyak aku dapat mengikis kefahaman karut dalam otak mereka tentang pelbagai hantu dan keliwon.

Akhirnya loceng berbunyi dan sewaktu kesemua muridku beredar pulang, aku masih terfikir tentang isu tadi. Alangkah besar peranan yang dimainkan oleh media terutama tv. Betapa banyak cerita2 khurafat dan hantu2 yang membiak dengan begitu subur dalam saluran2 drama dan filem kita, sehingga akhirnya menjadikan hantu lebih popular dari Allah.

Jangan sampai suatu ketika nanti, anak2 kita lebih takutkan hantu dan keliwon , berbanding meninggalkan solat dan melakukan maksiat.

Sekian

1 comments:

Mirza March 29, 2010 at 9:12 AM  

Assalamualaikum!
saya minta kebenaran untuk copy artikel nie, semoga bermanafaat. Semoga saudara di rahmati Allah.

Wassalam,
Mirza

Archive Blog