Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

19 March 2010

Antara Kelas Tuisyen dan Kuliah Maghrib

oleh : hafizquran

Kisah ini berlaku di Afrika, bukan Malaysia.

Masjid zaman ini tidak sama seperti masjid zaman dahulu. Dahulu masjid cuma difokuskan untuk solat berjemaah sahaja. Sekali sekala ada kuliah maghrib dan kuliah subuh. Itu sahaja.

Namun semakin hari fungsi masjid semakin diperluaskan. Apabila dibina sesebuah masjid yang baharu, maka akan dilengkapkan dengan fasiliti yang lebih banyak, antaranya dewan, kelas dan bilik mesyuarat. Ini menjadikan fungsi masjid bertambah bukan sahaja sebagai tempat solah berjemaah tetapi juga sebagai tempat bermesyuarat, pertandingan nasyid, kelas2 pengajian berkala, kursus2 dan sebagainya.

Ada juga masjid yang menawarkan fasiliti yang ada untuk disewa bagi pihak2 luar yang mahu mengadakan kelas, termasuklah kelas tuisyen. Tawaran tersebut disambut baik dan saya juga melihat ianya sesuatu yang baik apabila wujudnya kelas2 tuisyen dalam kawasan masjid2. Setidak2nya mereka menjadi akrab dengan masjid secara tidak langsung.

HAMPA

Sesuatu yang agak mengecewakan bilamana hasrat tadi tidak tercapai. Pelajar2 yang datang ke kelas tuisyen tidak pun menjadi akrab dengan masjid atau setidak2nya solat berjemaah, sebaliknya kerapkali pula membuat  bising serta menjadikan kawasan masjid sebagai 'taman permainan'. Lebih menyedihkan fenomena ini berlaku ketika kuliah maghrib sedang berjalan di masjid.

Semakin lama keadaan tidak juga berubah. Anak2 yang datang bertuisyen tidak kelihatan cenderung untuk menyertai solat berjemaah sebaliknya hanya akan 'menyerbu' apabila masjid mengadakan jamuan tahlil dan sebagainya. Keakraban yang diimpi tidak juga muncul tiba.

Kemuncaknya apabila pengurus kelas tuisyen tiba2 bersuara dengan meminta supaya speaker masjid bahagian luar tidak dipasang ketika kuliah maghrib berlangsung kerana menganggu pelajar2 mereka untuk mengikuti kelas tuisyen. Kononnya pelajar2 tidak boleh memberikan tumpuan kerana suara penceramah yang kuat dan sebagainya.

Demikianlah sebuah kisah pelik yang berlaku di Afrika sana. Keakraban yang diimpi, perselisihan pula yang terjadi. Di mana silapnya?

KEUTAMAAN

Berbalik kepada fungsi masjid, sememangnya ia satu perkembangan yang positif apabila pelbagai aktiviti dan program yang dipelbagaikan. Kita juga gembira melihat masyarakat semakin rapat dengan masjid serta tidak lagi menganggap masjid sebagai tempat solat semata2.

Pun begitu, kita ingin tekankan juga bahawa fungsi masjid sebagai tempat solat berjemaah dan kuliah agama tetap berada di tangga teratas. Jangan pula sampai ada pihak ingin mempertikaikan perkara tersebut sehingga akhirnya fungsi teras kepada masjid terhakis sedikit demi sedikit.

Kita ingin mengajak masyarakat mendekati masjid. Kita ingin supaya slogan " mesra masjid " dimasyhurkan. Tetapi dalam masa yang sama kita juga ingin memberi kesan positif kepada masyarakat yang datang. Umpamanya seorang yang tidak menutup aurat akan mula belajar menutup aurat apabila menyertai program anjuran masjid.

Begitu juga dengan kelas2 seumpama kelas tuisyen. Biarlah anak2 yang datang bertuisyen itu akhirnya berminat juga untuk turut serta solat berjemaah. Biarlah anak2 itu dapat menjaga akhlak dan tingkah laku , kerana menghormati rumah Allah dan jemaah yang sedang beribadah. Jika perkara ini tidak dapat dicapai dan kita pula tidak mementingkannya, maka tiada beza kelas tuisyen diadakan di masjid atau di bangunan rumah kedai.

Tentang memperlahankan speaker luar atau menutupnya kerana menganggu kelas tuisyen di bahagian luar, saya merasakan permintaan itu agak pelik. Secara peribadi saya tidak bersetuju. Ringkasnya , dalam bab aulawiyat sekalipun kita perlu melihat kepada maslahat yang lebih umum. Mad'u yang lebih besar serta ilmu yang lebih aula. Apatah lagi jika masjid mengajarkan ilmu fardhu ain tetapi kelas tuisyen hanya mengajar Matematik dan Sains. Pemasangan speaker luar bukan bertujuan menganggu sebaliknya lebih bertujuan memberi kesan kepada pendengar yang lebih ramai terutama yang tinggal berdekatan masjid.

KESIMPULAN

Membawa anak2 kecil untuk akrab dengan masjid tiada salahnya, tetapi perlu dikawal. Apabila anak2 itu dibimbangi membuat bising serta menganggu jemaah solat, hukumnya bertukar menjadi haram. Termasuklah jika anak2 itu boleh mengotorkan masjid. Semoga kita kembali memahami persoalan ini dan kembali menghayati fungsi masjid yang sebenarnya supaya rumah Allah akan kekal terjaga dan terpelihara.

sekian.

2 comments:

Anonymous March 20, 2010 at 12:52 AM  

salam,
Kesimpulan tu pelik sikit.Hukum apa yang bertukar menjadi haram.Apakah cucu nabi duduk atas tengkuk waktu nabi sujud tu haram.Apasal nabi tak marah.anak2 main panah kat masjid pun nabi tak tegah.
itu jer......

hafizquran March 20, 2010 at 6:58 AM  

wslm,

kita sering menggunakan dalil cucu nabi naik atas tengkuk nabi ketika baginda sujud bagi menghalalkan anak2 datang 'memeriahkan' masjid.

tetapi sama kah anak2 zaman sekarang dengan cucu baginda? adakah cucu nabi itu 'membuat bising' dan 'mengganggu' jemaah yang lain yang sedang solat,sehingga mereka tidak boleh khusyuk dsbg..?

jgn pula kita katakan bahawa nabi itu mengajarkan kepada kita bahawa 'membiarkan anak2 mengganggu jemaah lain yang sdg solat adalah harus'.

maafkan sy kalau tersilap memberi hukum, namun keharaman itu saya sandarkan kepada dalil bahawa haram seorang lelaki yang sengaja membiarkan anaknya mengganggu jemaah lain bersolat ( sedangkan dia tahu perangai anaknya itu ).

pun begitu kalau anak2 diyakini tidak membuat bising,tidak mengotorkan,tidak mengganggu dan under control, maka ianya diharuskan bahkan itulah yang terbaik.

wallahua'lam

Archive Blog