Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

21 February 2010

Ujian Di Pagi Majlis Pernikahan

 dari kiri : bazli , khalil dan sheh firdaus


Oleh : hafizquran

Majlis akad nikah dijadualkan jam 10 pagi. Itu mengikut perbincangan dan persetujuan asal oleh kedua belah pihak. Awal2 lagi saya telah dimaklumkan oleh pihak pengantin perempuan bahawa jurunikah mempunyai banyak tempahan untuk majlis akad nikah pada tarikh yang sama. Justeru waktu tidak boleh diubah samada dilewatkan atau diawalkan. Bimbang kiranya jurunikah tidak dapat hadir.

Sebenarnya pada minggu2 terakhir sebelum majlis akad tersebut, segalanya berjalan lancar. Baik di pihak perempuan ataupun di pihak saya, kelihatan tiada masalah yang akan timbul. Tambahan pula kami hanya mengadakan majlis kesyukuran dan saya sendiri seboleh mungkin cuba 'mengawal' persiapan majlis tersebut supaya tidak berlebih2an. Apa yang lebih penting adalah kesederhanaan dan keberkatan.

Sehari sebelum majlis, orang tua saya datang dari Kelantan, bersama dua orang adik lelaki saya. Mereka menginap di sebuah hotel di Chow Kitt. Mengikut perancangan awal, kami akan bertolak ke Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes bersama rombongan dari masjid tempat saya tinggal. Namun disebabkan masalah teknikal, bapa saya meminta supaya rombongan bergerak berasingan dan bertemu di persinggahan sebelum Bandar Country Homes. Lalu saya meminta seorang sahabat baik saya untuk mengetuai rombongan di masjid sementara saya pula bermalam bersama orang tua saya di Chow Kitt.

SELEPAS SUBUH

Suasana tenang tiba2 menjadi kalut. Ibu saya tiba2 mengadu sakit kepala yang teramat sangat sehingga tidak mampu berdiri. 10 minit kemudian kami membawa ibu turun ke klinik swasta berdekatan hotel tersebut. Sebelumnya ibu sudah pun muntah2 dan tidak bermaya. Namun kami bernasib malang kerana bertemu dengan klinik dan doktor yang tidak sepatutnya. Doktor india di klinik tersebut langsung tidak mengendahkan aduan kami tentang masalah kesihatan ibu, sebaliknya berulangkali mengatakan 'cuma demam biasa' dan menyuruh kami mengambil ubat.

Bapa saya yang tidak berpuas hati masuk berjumpa doktor untuk kali kedua dan malangnya tetap menerima jawapan yang sama. Mereka melayan pesakit seolah2 klinik mereka penuh dengan pesakit yang menunggu, padahal waktu itu hanya ada kami sekeluarga. Paling menyakitkan hati adalah apabila doktor tersebut hanya nampak bersungguh2 untuk jual ubat daripada merawat pesakit. Kalau demam biasa, kejadahnya bagi ubat sampai 6 jenis? Marah betul saya waktu itu.

Akhirnya kami keluar dari klinik tersebut dan pergi ke HKL yang terletak tidak jauh dari situ. Alhamdulillah, ibu saya mendapat rawatan dan perhatian yang lebih baik di wad kecemasan tersebut, biarpun bayarannya cuma RM1 sahaja. Tekanan darah dan jantung kesemuanya diperiksa.

DETIK MENGGETIRKAN

Mungkin ianya perkara biasa bagi orang lain, tapi sudah tentu berbeza bagi saya. Bayangkan waktu itu jam sudahpun menunjukkan pukul 10 pagi dan saya masih berada di wad kecemasan. Walhal saya sepatutnya sedang bersiap sedia untuk bergelar pengantin baru pada waktu tersebut!

Salah seorang dari rombongan menelefon saya. Dia bertanyakan keadaan dan memberi cadangan supaya saya meninggalkan ibu di wad sementara saya balik bersiap sedia di hotel. Kalau perlu , terus sahaja pergi akad nikah bersama mereka. Rombongan di masjid juga sudah lama menunggu. Waktu itu ibu saya sedang dimasukkan air di katil wad.

Saya benar2 buntu waktu itu. Segalanya tidak dijangka. Sempat saya meminta beberapa sahabat saya untuk datang ke HKL. Terima kasih kepada khalil, bazli dan sheh firdaus. Sekurang2nya saya mendapat sedikit kekuatan. Di saat fikiran berselirat dengan keadaan ibu saya, rombongan yang sedang menunggu dan pihak pengantin perempuan yang sedang menanti perkembangan. Jurunikah pula dikhabarkan sudah berada di sana.

HIKMAH-NYA

Segalanya berakhir apabila ibu dibenarkan keluar sekitar jam 10.30 pagi. Kami hanya pulang ke hotel untuk mengambil barang dan bersiap ala kadar. Saya memberi ruang kepada mereka untuk membuat persiapan diri sementara saya sendiri tidak melakukan apa2. Gundah gulana masih menguasai diri. Sebentar kemudian kami meneruskan perjalanan.

Suatu perkara yang ingin saya rakamkan adalah , saya bersiap sebagai pengantin di sebuah stesen Shell berhampiran Bandar Country Homes dengan dibantu oleh dua orang sahabat saya - khalil dan bazli. Bazli meminjamkan jubah hitamnya yang kebetulan dibawa bersama. Rasanya jubah itu baru sahaja diambil dari kedai. Semoga Allah membalas kebaikan berlipat ganda atas kebaikan kalian, amin.

Apabila segalanya selesai dan majlis selamat diadakan dengan lancar dan sempurna, maka saya kembali memikirkan kekalutan yang berlaku di pagi hari tersebut. Sesuatu yang langsung tidak dijangka apatah lagi ianya melibatkan orang yang paling kita sayang. Usah ditanya samada sakit ibu itu berat atau ringan, apa yang lebih penting adalah dia merupakan ibu kita. Takkanlah saya tergamak meninggalkan ibu di wad kecemasan dan mengejar majlis akad nikah saya?

Apapun saya bersyukur kerana saya memahami hikmah yang berlaku. Sebagai anak lelaki, saya sama sekali tidak boleh melebihkan isteri berbanding orang tua terutama ibu sendiri. Kasih sayang kepada ibu tetap tiada tolok bandingnya. Kepada Allah saya berdoa, semoga Dia menjaga kasih sayang ini atas landasan keredhaan dan rahmat kasih sayangNya, InsyaAllah.

sekian.

2 comments:

aqmy February 23, 2010 at 1:45 AM  

oh abg syafiq.. selamat mengecapi kebahagian bersama teman tercinta.. barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa nafa'a bainakuma bikhoir..
(nikah juga nta noh~~ =) )

azlin March 14, 2010 at 11:15 PM  

selamat pengantin baru..May ALLAH bless both of u..Bahagia hingga akhir usia..amin :)

Archive Blog