Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

27 February 2010

TERKINI - kejam lagi menyayat hati

.

Oleh : hafizquran

Baru sebentar tadi , buletin utama tv3 melaporkan berita kematian seorang kanak2 berusia 3 tahun yang berpunca daripada kecederaan fizikal akibat penderaan berterusan. Allahyarham Syafia Humairah Sahari meninggal sewaktu dalam perjalanan ke hospital.-updated

Ayah kandung kepada mangsa dilaporkan meringkuk di penjara  dan gagal mendapatkan kebenaran menziarahi jenazah anaknya tersebut. Ibu kandung mangsa pula menjalinkan hubungan terlarang dengan seorang lelaki- sehingga melahirkan anak luar nikah - yang merupakan suspek utama pembunuhan tersebut.

2 orang saksi yang diambil keterangannya secara langsung sebentar tadi menceritakan bagaimana suspek - yang merupakan teman lelaki ibu mangsa - bertindak memijak perut dan menendang kanak2 malang terbabit sehingga nyawa2 ikan. Lebih menyedihkan apabila insiden tersebut dikatakan berlaku di sebuah taman permainan 70 meter dari kediaman mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Bakhtiar Rashid menceritakan keadaan badan mangsa yang dipenuhi kesan lebam selain kesan cucuh rokok yang lama dan baru. Mangsa dikatakan didera secara konsisten sehingga akhirnya menemui ajal. Melalui kaca tv dapat dilihat rupa ibu mangsa ( berusia 25 tahun  ) yang turut berada berdekatan jenazah allahyarham sebelum pengsan dan diusung keluar oleh orang ramai.

Suspek direman 7 hari dan bukan sahaja bakal didakwa atas kesalahan membunuh bahkan akan disabitkan dengan kesalahan syariah kerana bersekedudukan dengan isteri orang.- updated

Mereka yang terlibat bukan sahaja kejam bahkan tidak berhati perut. Tergamak memperlakukan seorang budak kecil yang tidak berdosa sedemikian rupa. Apa salah si kecil tersebut sehingga perlu disepak dan diterajang. Di mana kewarasan mereka yang terlibat saat mendengar suara kecil tersebut menangis dan merayu supaya tidak disakiti?

Tidak dinafikan bahawa ini semua berpunca dari permasalahan keluarga. Si ibu yang masih muda mungkin menghadapi dilema tersendiri saat suami meringkuk di penjara dan dirinya pula terpaksa berseorangan membesarkan 2 orang anaknya yang masih kecil. Mungkin juga si ibu berhadapan dengan masalah kewangan dan sebagainya.

Saat itu juga munculnya manusia berhati syaitan terbabit. Mungkin syaitan tersebut hanya inginkan batang tubuh perempuan yang masih muda lagi rupawan. Si anak dijadikan alasan dan tempat melepaskan amarah. Keadaan menjadi porak peranda tambahan pula lelaki syaitan tersebut terlibat dengan dadah. Bagaimana pula keadaan si suami yang berada di penjara saat mengetahui skandal si isteri?

Semoga kisah ini dapat menjadi iktibar dan pengajaran kepada kita semua. Wanita adalah kaum lemah yang perlu dibimbing, bukan diambil kesempatan. Dan bagi wanita pula, lelaki bukan mahram sama sekali bukan tempat mengadu yang terbaik.

Sekian

* bapa kandung mangsa ditahan reman tanpa dapat dijamin sejak 2006. Ibu kandung mangsa melahirkan anak luar nikah hasil perhubungan selama 6 tahun. 2006 hingga 2010 baru 4 tahun. Bermakna hubungan terlarang itu wujud semenjak bapa kandungnya belum dipenjara lagi.

* 6 tahun hidup bersama lelaki lain walhal belum bercerai dengan suami, sampai lahir anak umur setahun enam bulan. Masyarakat kiri kanan buat apa? Takkan hidup dalam hutan. Jabatan agama tak dapat kesan..?

* Suspek adalah pemandu teksi dan positif dadah. Penagih bawak teksi..?

* kalau tak nak budak tu, bagi kat aku. Tak payah nak pukul2 budak kecik tak berdosa tu. Ramai lagi manusia atas dunia ni yang ada hati perut.

1 comments:

nurulhuda February 28, 2010 at 9:59 PM  

salam jihad kepada penulis yang cakna dengan isu penting seperti ini. selagi undang - undang ALLAH masih tidak terlaksana atas sebab 'tidak sesuai', selagi itulah berlakunya perkara - perkara seperti ini. masyarakat pula hidup dalam istana sendiri, mengamalkan sikap 'peduli apa aku'... al fatihah untuk adik syafia...

Archive Blog