Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

28 February 2010

Maulidur Rasul : Menghayati Perjuangan Nabi Muhammad s.a.w

.

oleh : hafizquran

Ketika kita semua masih berada dalam suasana menyambut Maulidur Rasul s.a.w , sewaktu kita masih berterusan memperbanyakkan selawat dan sebagainya, ada baiknya kita kembali bermuhasabah tentang komitmen kita dalam meneruskan perjuangan Baginda s.a.w. Jika kita merujuk kembali kepada sirah, kita akan dapat mengetahui betapa perjuangan yang didokong oleh Baginda adalah sangat sukar dan susah.

Tidak pernah mana2 kitab sirah bercerita bahawa perjuangan Baginda itu selesa dan senang. Jauh panggang dari api dengan ungkapan " bagai dihampar permaidani merah ". Kita juga mengetahui bahawa dalam perjuangan itu Baginda dicaci, dihina bahkan pernah dibaling dengan batu di Thaif.
 

PERISTIWA THAIF

Semasa keluar berdakwah seawal pagi, Baginda memakai jubah yang putih bersih. Apabila pulang ke rumah lewat petang, jubah Baginda bertukar hitam lantaran dicemari habuk dan debu. Namun lain halnya apabila Baginda berdakwah kepada penduduk Thaif, Baginda pulang dengan jubah yang berlumuran darah. Diceritakan juga bahawa kasut yang dipakai oleh Baginda dipenuhi dengan darah dan hampir sahaja menitis ke bumi.

Penduduk Thaif bukan sahaja enggan menerima seruan Baginda yang mulia, bahkan mengusir dan mengupah budak2 nakal untuk membaling Baginda dengan batu. Bayangkan bagaimana sakit dan deritanya Baginda dengan kekejaman tersebut. Sehingga Baginda didatangi oleh Malaikat yang begitu marah dan menawarkan untuk melempar bukit dan gunung ke atas penduduk kota tersebut. Namun apa yang dijawab oleh Baginda?

Baginda bukan sahaja menolak tawaran tersebut, bahkan diiringi dengan doa yang begitu mulia :

Allahummahdi Qaumi Fainnahum La Ya'lamun


PERJUANGAN KITA

Banyak lagi kisah2 seperti ini yang akan kita temui dalam sedemikian banyak kitab sirah. Persoalannya adalah, betapa besar perbezaan yang wujud antara perjuangan Baginda dan perjuangan kita hari ini?

Kita hari ini usahkan hendak dibaling dengan batu, bahkan dengan ugutan sahaja kita sudah ragu2 dan lemah semangat. Sebahagian besar daripada kita bukan sahaja menolak untuk terlibat dengan perjuangan, bahkan sehingga sanggup " mengimani " bahawa rezeki datang dari manusia. Kerana itu mereka sanggup melebihkan ketaatan kepada manusia berbanding ketaatan kepada Allah Ta'ala. Buat benda yang Allah tak suka tak mengapa, tetapi jangan sekali2 buat perkara yang dot3 larang. Bahaya sheikh , nanti hilang rezeki. Inilah sindrom iman zaman moden.

Justeru dalam kehangatan kita berselawat, ayuhlah kita mengambil kembali semangat dan energi dari perjuangan Baginda s.a.w 1430 tahun dahulu. Kita mantapkan kembali keyakinan kita bahawa mereka yang berjuang di jalan Allah pasti akan mendapat pertolongan Allah. Sebaliknya mereka2 yang berjuang kerana manusia dan material, sekali2 tidak akan mendapat penolong dan pembantu. Hanya Allah sebaik2 Pembantu dan Penolong kepada manusia.

Sekian.

0 comments:

Archive Blog