Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

23 February 2010

Maulidur Rasul : Kenapa Kecoh Nak Berarak, Buat Konsert

 
apa guna berarak kalau aurat pun tak tutup : sekadar gambar hiasan



Oleh : hafizquran

Dalam seminggu yang lepas, kecoh tentang isu perarakan Maulidur Rasul. Maklum sajalah tarikh 12 Rabi'ul awal dah dekat, justeru masing2 mula nak ingat Nabi. Mula nak ingat selawat. Mula nak cari balik buku2 selawat untuk difotostat. Kemudian nak diagihkan pula kepada peserta2 selawat dan sebagainya. Semuanya kerana mula teringat tentang kelahiran Nabi s.a.w.

Saya juga ada terbaca tentang kekecohan tidak terhingga yang tercetus di Pulau Pinang. Puncanya kerana si ketua menteri mengumumkan untuk tidak mengadakan perarakan sempena sambutan tersebut. Boleh dikatakan dunia mengalami gegaran dahsyat selama beberapa hari disebabkan bantahan yang dibuat oleh sekumpulan " pejuang Islam ", " para Mujahidin " dan boleh juga dikatakan golongan yang " mempertahankan hukum2 Islam " selama ini. Siapa mereka? Anda cari di sini.

Ini sebenarnya isu keJAHILan manusia dan diburukkan lagi dengan campuran kepentingan POLITIK sesetengah pihak. Ini namanya sesat lagi menyesatkan. Nak bantah tapi tidak faham apa yang dibantah. Bila kaum sendiri pun buat perkara yang sama, tidak pula dibantah bahkan tiba2 senyap sunyi bagai dilanda garuda. Akhirnya semua pakat menyorok bawah katil, agaknya.

Inilah akibatnya apabila pandangan2 ulamak dibakulsampahkan. Tok Guru Nik Aziz itu seorang ulamak. Soal dia dalam politik itu perkara lain. Asasnya, pandangan beliau sebagai seorang ulamak dalam isu perarakan adalah dicedok dari nas2 Al-Quran dan Sunnah, bukan dicedok dari Perlembagaan Pas. Apabila manusia tidak lagi boleh berfikir dengan kepala otak, maka lebih baik mereka berfikir dengan kepala lutut sahaja. Kalau kata hendak meletakkan kepentingan syiar Islam di hadapan, maka perhalusi segala nas2 yang ada. Kerana itu Kelantan bertegas untuk tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul.


PERARAKAN

Secara peribadi, saya tidak pernah terlibat dengan mana2 perarakan maulidur rasul. Bermakna saya tidak penah menyertainya walaupun sekali seumur hidup saya. Apa yang lebih penting, saya tidak mengatakan atau " meng'iktikad " bahawa apabila tibanya 12 Rabiulawal maka saya kena sertai perarakan. Tidak sama sekali.

Pun begitu, bagi sesiapa yang ingin mengadakan perarakan saya sama sekali tidak pernah menghalang. Jauh sekali menyekat dengan membentangkan tikar perdebatan yang tidak berpenghujung. Asal sahaja amalan itu dianggap baik ( mengingati kelahiran Nabi ) dan mendatangkan kebaikan serta tidak melanggar batas2 syarak. Justeru tidak timbul persoalan bidaah atau tidak. Kalau hendak membuat perarakan sebagai tanda mengingati kelahiran Nabi, sebagai keraian untuk sama2 berselawat dan sebagainya, maka teruskan sahaja usaha murni tersebut.

Tetapi bagi sesiapa yang tidak ingin mengadakan perarakan tersebut, jangan pula dibantah atau dicetuskan pergaduhan. Jangan jadi macam sebahagian manusia yang berfikiran sempit dan meletakkan kepentingan politik di depan - nauzubillahi min zalik - kelak akan termalu sendiri sepertimana laporan di atas.


PERTAHAN KESUCIAN 12 RABI'UL AWWAL

Saya menggesa sekalian daripada kita untuk sama2 mempertahankan kesucian 12 Rabiul awwal ini daripada dijadikan tarikh kerosakan oleh segelintir manusia yang dibelenggu kejahilan. Sudahlah jahil, tidak pula mahu mengikut pandangan si alim. Jangan biarkan tarikh ini menjadi tarikh penuh angkara dan penyelewengan atas nama agama. Jangan jadikan ia kalimatul haq yuridu bihil bathil !

Asal2 tarikh tersebut tidak perlu disambut - bahkan ingatan dan kecintaan kepada nabi perlu berterusan selama2nya- tetapi kita ingin menyambutnya. Lalu wujud pula satu kefahaman salah yang begitu sukar diperbetulkan. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila tarikh tersebut ditambah dengan perkara2 lain yang tidak diwajibkan Islam. Apabila manusia tidak lagi punya idea untuk 'menyambut' tarikh tersebut, maka muncullah idea untuk membuat konsert, contohnya.

Saya berani jamin, dalam sesebuah konsert hiburan akan wujudnya elemen2 maksiat. Sedemikian banyak dalil dan nas2 yang ada boleh dikaitkan bahawa konsert itu mempunyai unsur kemaksiatan kepada Allah. Perkara paling senang dilihat adalah tentang pakaian, suara dan pendedahan aurat. Siapa pula berani jamin kalau dianjurkan konsert2 sebegini tidak ada sekelumit pun unsur maksiat? Itu belum lagi dilihat kepada niat dan tujuan. Kalau untuk keuntungan dan duit, maka sendiri jawablah dengan Tuhan.


KESIMPULAN

Alangkah cantik sekiranya dalam kesedaran kita untuk mengingati Nabi s.a.w itu maka kita perbanyakkan berselawat dan menghayati pengorbanan serta perjuangan Baginda. Bahkan apa yang lebih penting daripada perkara2 yang disebutkan di atas adalah tentang komitmen kita dalam menyambung perjuangan Nabi s.a.w. Itu yang LEBIH PENTING.

Apa yang Nabi kata halal, kita kata halal. Apa yang Nabi kata haram, kita kata haram. Itu baru betul. Cuba check dulu. Kalau kita sendiri tunggang langgang tentang syariat yang dibawa oleh Nabi, kita sendiri melanggar hukum hakam yang diterangkan oleh Nabi, maka tak payah cerita lah pasal konsert ke, perarakan ke, atau apa2 sahaja. Kalau begitulah keadaannya, hangpa beraraklah dari Malaysia ke Vietnam sekalipun tetap tidak ada gunanya.


Sekian.

0 comments:

Archive Blog