Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

02 February 2010

ISRAEL LAKNATULLAH BUNUH PENGASAS HAMAS

.

.

DUBAI – Ketua Polis Dubai, Dhahi Khalfan memberitahu semalam bahawa agensi perisikan Israel, Mossad mungkin menjadi dalang pembunuhan seorang pemimpin Hamas, Mahmoud al-Mabhuh di sebuah bilik hotel.
“Ia mungkin Mossad atau pihak lain,” katanya.

“Secara peribadi, saya tidak menidakkan sebarang kemungkinan. Saya tidak menidakkan sebarang penglibatan pihak lain yang mempunyai kepentingan dalam pembunuhan pemimpin Hamas itu,” tambahnya.
Menurutnya, terdapat lebih tujuh orang yang memegang pasport daripada pelbagai negera Eropah dalam kumpulan yang disyaki membunuh Mahmoud.

Dia enggan menamakan negara-negara tersebut.

Menurutnya, dia kini menghubungi tiga buah negara di Eropah untuk mengesahkan ketulenan pasport tersebut.
Pergerakan Hamas sebelum ini mendakwa Israel terlibat membunuh Mahmoud yang ditemui mati di bilik hotelnya di Dubai pada 21 Januari lalu.

Ketua polis itu menyatakan Mahmoud didapati membuka pintu dan membenarkan pembunuhnya memasuki biliknya.

“Mahmoud mengalami sesak nafas. Kemungkinan dia dicekik,” katanya.

Akhbar Times of London semalam menyatakan satu sumber mendakwa mayat Mahmoud ditemui oleh kakitangan di hotel mewah Al Bustan Rotana di Dubai.

Ia melaporkan Mahmoud mengembara dengan menggunakan pasport palsu semasa tiba di Dubai dan diekori oleh dua lelaki dipercayai polis tempatan sebagai orang Eropah yang membawa pasport Eropah.

Skuad pembunuh menyuntik Mahmoud dengan menggunakan sejenis dadah yang menyerang jantungnya dan dokumennya dirakamkan.

Akhbar itu melaporkan Mahmoud berada di Dubai dalam misinya untuk membeli senjata dari Iran ke Gaza. -  ~~AFP

SUMBER : KLIK

0 comments:

Archive Blog