Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

09 February 2010

Blogger yang hati dan otaknya dipandu Syaitan

.

Saya tidak terkejut dengan tindakan biadab pihak yang mengubahsuai gambar dengan aksi melampau , dan mengaitkannya dengan TG Nik Aziz bersama Anwar Ibrahim. Saat pertama melihat nama pelaku perbuatan tidak senonoh tersebut pun, hatiku sudah mempunyai tafsiran tersendiri.

Hendak jadi blogger, atau jadi pelukis, atau jadi orang seni, terpulanglah. Tapi pastikan sebelum memulakan sesuatu, otak kita betul2 clear dan bersih. Supaya apa yang ditulis lahir semata2 untuk kebenaran, jauh dari menjadi asbab fitnah mahupun atas dasar nafsu semata2.

Tapi apakan daya, seruan sebegini mustahil sampai ke dalam hati beberapa jenis manusia yang rongga hatinya begitu kelam dan berdebu. Hitam dan keras. Sama seperti sebuah rumah yang bertahun2 tidak dimasuki cahaya. Baunya hapak dan memualkan.

Demikianlah hati manusia yang tiada hidayah. Tidak jauh bezanya daripada binatang yang jauh dari sifat kemanusiaan yang mulia. Ada akal pun, tidak berguna. Sebab akalnya sudah tidak berfungsi dengan nilai2 murni seorang manusia. Otak yang dipandu oleh syaitan, akan melahirkan perbuatan2 yang keji dan terkutuk.

Bayangkan, hanya kerana keikhlasan seorang lelaki tua ( kalaupun tidak mahu menganggapnya ulamak ) , yang hadir ke mahkamah semata2 mahu memberi sokongan moral atau melahirkan simpati kepada rakannya, terus dikaitkan dengan perbuatan keji dan tidak senonoh, sehingga tergamak digambarkan dalam bentuk karikatur yang begitu menghinakan. Kalau disuluh dari nilai2 kemanusiaan pun ia sukar diterima, apatah lagi jika disuluh dari sudut agama.

Namun demikian, saya tidak lah begitu hairan dengan kewujudan syaitan2 berwajah manusia seperti ini. Saya yakin bilangan mereka akan semakin ramai. Di zaman nabi s.a.w dahulu pun baginda bukan tidak pernah dikeji dan dihina, bahkan sehingga baginda telah wafat pun masih ada musuh durjana yang menghina baginda s.a.w melalui karikatur sepertimana yang belaku di Denmark beberapa tahun yang lepas.

Jadi kalau nabi s.a.w yang demikian sekali mulianya pun dihina dengan begitu keji dan jelek- sehingga digambarkan sebagai sex maniac dan sebagainya - maka apatah lagi dengan tok guru nik aziz, yang hanyalah merupakan seorang lelaki tua yang dikurniakan ilmu oleh Allah s.w.t, dan berusaha untuk menyampaikannya kepada sekalian umat dan orang yang dipimpinnya.

Maaf, gambar keji itu tidak disiarkan. Boleh baca juga di sini


sekian

0 comments:

Archive Blog