Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

10 February 2010

Ambil Tindakan Terhadap Provokasi Blogger Melampau

.

Kita tidak berhasrat untuk mengongkong apa2 kreativiti ataupun menghalang mana2 pihak daripada bersuara, apatah lagi di dalam negara demokrasi seperti Malaysia. Tetapi apa yang kita inginkan adalah kebebasan tersebut terkawal dan dibuat atas nilai2 demokratik yang matang. Tindakan blogger yang tergamak melakar satu lukisan berunsur lucah, dan mengaitkannya dengan tokoh politik serta ulamak adalah satu tindakan biadab dan perlu diberi perhatian serius.

Saya melihat betapa perlunya para pelampau seperti ini 'disekolahkan' semula supaya idea kreatif mereka dapat digunakan pada tempat yang sewajarnya. Kalau sekadar nak buat super impose dengan menggunakan gambar2 lucah, budak sekolah rendah pun boleh buat. Itu bukan lagi suara demokrasi, tetapi lebih kepada menghina. Saya percaya andaikata saya edit gambar lucah dengan meletakkan kepala abah , atuk atau mak blogger tersebut , pasti dia sendiri pun akan marah dan melenting.

Saya juga melihat betapa perlunya wujud 'pertarungan' yang lebih matang dalam suasana politik hari ini. Sekadar lawak sinis ataupun menyindir melalui kartun, ia masih boleh diterima. Tetapi biarlah peratusannya cuma sedikit. Selebihnya gunakan medium hujah lawan hujah, rasional lawan rasional. Akhirnya kita tahu bahawa rakyat akan menilai.

Tindakan tegas perlu diambil terhadap blogger2 atau mana2 pihak sekalipun yang membuat perkara terkutuk sedemikian. Apa yang dilakukan oleh blogger tersebut merupakan satu provokasi melampau, yang akan menimbulkan api kemarahan banyak pihak, selain akan bercambahnya jenis serangan tidak bertamadun sedemikian dalam arena politik tanahair.

Pun begitu, ia tidak bermakna kita menggalakkan pengutakuasaan T&T ( tangkap dan tangkap ) sehingga menjadikan suasana demokrasi semakin mandom dan mungkin mandul. Kita cuma berharap supaya suasana politik tanahair di samping isu2 yang timbul adalah dalam ruang lingkup kemanusiaan, keadilan dan nilai moraliti yang tinggi.

Semalam, blogger yang didakwa menghina tuan guru nik aziz dan anwar ibrahim melalui karikatur telahpun ditahan.


sekian.

1 comments:

Anonymous February 10, 2010 at 3:09 PM  

saya bagi komen

Archive Blog