Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

24 February 2010

24 Jam Tidak Cukup : Bolehkah 25 Atau 26 Jam Sehari?

.

Oleh : hafizquran

Break time. Sengaja mengambil sedikit ruang untuk mencoret. Tajuk yang ringan tetapi perlu praktikal setiap hari. Ianya tentang masa. Aduh. Setiap manusia hanya diperuntukkan 24 jam sahaja setiap hari. Peruntukan ini bukan dalam bajet kerajaan. Ini peruntukan dari Allah Pencipta alam. Manusia sekali2 tidak boleh menambah atau mengurangkan masa meskipun untuk satu atau dua jam sehari. Jadi jawapan muktamad untuk soalan di atas adalah TIDAK BOLEH.

Hari ini, 24 Februari 2010, saya sekali lagi terpaksa berhadapan dengan dilema pengurusan masa. 24 jam yang ada pada saya untuk satu hari, terpaksa saya agih2kan sebaik mungkin untuk memenuhi tuntutan2 yang ada. Apa yang membezakan sekarang dengan dulu adalah, tuntutan sekarang semakin bertambah. Antaranya tuntutan sebagai seorang suami dan yang terbaru - pagi tadi - tuntutan sebagai seorang guru. Ya, tugasan baru yang saya perlu mulakan hari ini dan seterusnya.

Kalau dahulu saya hanya perlu memikirkan tentang saya, sekarang saya perlu memikirkan pula tentang isteri. Memandangkan isteri saya juga bekerja, justeru menjadi tanggungjawab saya untuk menghantar dan mengambil beliau di tempat kerjanya di Gombak. Saya pula mulai hari ini terpaksa masuk kerja seawal 7.30 pagi dan pulang lewat petang. Faktor kesesakan lalulintas di sekitar ampang menghala ke gombak juga menjadikan pembaziran masa bertambah. Asalnya cuma memerlukan 10 atau 15 minit, ianya mungkin menjangkau ke 25 minit.

Jadi saya perlu menjadi seperti sebuah mesin atau robot. Saya bencikan kelewatan. Ada dua perkara yang saya tidak suka , iaitu lewat dan menunggu. Tidak kiralah menunggu apa sekalipun, termasuklah menunggu isteri bersiap. Saya ingin seboleh mungkin lebih awal dari suatu waktu yang ditetapkan, justeru kita punya masa untuk 'bertenang'. Ketenangan itu satu benda yang sangat penting untuk menjadikan kita berkualiti.

Apapun, pergerakan harian akan berubah. Pengurusan waktu juga akan berubah. Diri saya juga perlu berubah. nobody perfect in the world. Kerana itu perlukan teguran dan muhasabah. Mudah2an segala yang berlaku terkandung hikmah mendalam - tidak lain tidak bukan - untuk menjadikan kita insan yang lebih proaktif dan cemerlang, dunia dan akhirat, zahir dan batin, luaran dan dalaman. InsyaAllah.

Sekadar coretan. Orang yang tiada masa sebenarnya benar2 menggunakan masa, sebaliknya orang yang banyak masa sebenarnya sedang membuang masa.

Sekian

0 comments:

Archive Blog