Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

20 February 2010

14 Februari 2010 - kami selamat diijabkabulkan



Oleh : hafizquran

Alhamdulillah, segala puji2 hanyalah tertentu kepada Allah , selawat dan salam ke atas Nabi s.a.w serta ahli keluarga baginda, para sahabat, tabi' tabi'in yang senantiasa menyokong dan menyambung perjuangan baginda sehingga ke hari kiamat.

Saya mulakan entri penuh bermakna ini dengan setinggi2 ucapan kesyukuran kepada Rabbul Jalil, yang telah menginzinkan saya menyempurnakan satu lagi tanggungjawab sebagai muslim dan hamba kepadaNya beberapa hari yang lepas.

14 Februari

Banyak peristiwa dapat dikaitkan dengan 14 februari. Antara yang paling glamour adalah sambutan hari kekasih atau lebih dikenali sebagai Valentine's Day. Seawal menjejak kaki ke bulan februari lagi, isu valentine ini sudah mula kedengaran. Tahun ini mungkin lebih popular , kerana munculnya satu lagi iklan jijik iaitu mempromosikan supaya pasangan kekasih tidak memakai seluar dalam ataupun ' no panties day '. Sebenarnya, sambutan hari kekasih bukan sahaja tidak ada dalam Islam dan bercanggah dengan ajarannya, bahkan ia juga adalah satu bentuk perlanggaran kepada syariat Allah yang mulia.

Islam tidak menyekat fitrah manusia untuk berkasih sayang dan berpasangan, tetapi Islam menunjukkan jalan yang selamat, supaya fitrah itu dapat disalurkan dengan dikekalkan kesuciannya. Islam menganjurkan perkahwinan. Islam menyaran dan menggalakkan percintaan yang bersih dan jauh dari kekotoran. Pun begitu, masih ramai di kalangan manusia yang membelakangkan anjuran Allah , sebaliknya memilih percintaan dalam konteks yang kotor dan dibelenggu maksiat. Justeru, barangsiapa yang menyokong sambutan hari kekasih ini- yang mana di dalamnya dipenuhi dengan kelalaian, pesta maksiat, promosi tidak senonoh, perlakuan sumbang dan percintaan yang tidak berada dalam landasan syara'- maka mereka2 ini boleh digelar sebagai golongan penderhaka. Pendeknya, sambutan valentine's day adalah kemuncak perlanggaran syariat Allah oleh manusia2 penderhaka!

Hari Bersejarah

Pada tarikh yang sama, iaitu 14 februari 2010, saya selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan hati saya. Melafazkan " aku terima nikahnya " samalah dengan melafazkan talak ke atas zaman bujang yang menemaniku selama ini. Detik tersebut menjadi lebih bersejarah dengan rentetan ceritanya yang tersendiri. Ya, pada saya, ia satu sejarah yang paling bermakna dalam hidup saya.

Saya mengenali isteri saya sewaktu kami sama2 menuntut di Darul Quran Jakim beberapa tahun dahulu. Sekadar kenal, namun tidak pernah bertegur sapa walaupun sekali. Sehinggalah masing2 bergelar graduan dan meneruskan hala tuju masing2. Ajaibnya, secara kebetulan saya 'bertemu' kembali dengan beliau di laman Facebook. Waktu itu saya masih ingat apa ayat pertama yang saya tanya ;  " kita pernah bertegur ke masa kat dq ? ". Walhal saya tahu jawapannya. Beliau menjawab " tidak pernah ".

Seminggu kemudian, saya berjumpa mak dan abahnya dan terus melamar. Lamaran diterima. 3 minggu kemudian, mak dan ayah saya pula berkunjung ke rumahnya. Tarikh pernikahan ditetapkan dan 3 minggu kemudian, iaitu tanggal 14 februari 2010 , kami selamat diijabkabulkan. Kerana itu ramai sahabat2 yang masih terkejut dengan berita pernikahan kami. Ingin sekali saya mohon ribuan kemaafan atas hal tersebut. Mungkin kerana faktor singkatnya masa menyumbang kepada 'lompongnya' maklumat. Saya berharap sahabat2 dan sesiapa yang mengenali saya tidak berkecil hati dengan keadaan tersebut. Percayalah, ianya bukan disengajakan.

KINI

Bermula seminggu yang lepas, saya sudahpun memulakan kehidupan baru, bersama teman hidup yang baru, juga dengan tanggungjawab yang baru. InsyaAllah entri seterusnya saya akan menulis tentang peristiwa yang berlaku pada pagi 14 februari yang tidak langsung dijangka dan hampir2 menyebabkan majlis pernikahan kami tergendala.


sekian.


[ ini adalah entri tertangguh. mohon maaf atas kelewatan mengemaskini blog ]

7 comments:

Nasrullah February 21, 2010 at 3:39 AM  

Mabruk!!
Semoga kekal hingga ke syurga...

~IsMi 'aFiNiEy aHmAd~ February 21, 2010 at 4:04 AM  

Alfu mabrukk..barakallahu lakuma wa barik 'alaikuma wa jam'a bainakuma fi khair..
semoga jodoh antuma kekal hingga ke syurga..Insya Allah =)

Rais February 21, 2010 at 3:34 PM  

Assalamu alaikum wa rahmatullah wa barakatuh

Nta jumpa jodoh via fb ke? :D Ape-ape pun, tahniah la! Doakan la abang-abang dan kakak-kakak yang nta langkahi supaya segera menyusul. Naqib nta terutamanya. :D

Ana pun tau tentang perkahwinan nta kira-kira seminggu dua sebelum majlis. Akhirnya, dapat jugak menghadiri majlis nta walaupun tak sempat tengok majlis akad nikah dan tak dijemput datang pun. Hu hu..

Ijab kabul telah dilafazkan
memenuhi sunnah Nabi junjungan
Semoga kekal dalam ikatan
hingga ke syurga Allah himpunkan

Wassalamu alaikum wa rahmatulla wa barakatuh

P/s: Baca juga link kat bawah ni! :)
http://tintaduat.blogspot.com/2010/02/saya-dilangkahi-kali-ke-2-tahniah.html

... February 21, 2010 at 6:12 PM  

syukran jazilan atas doa kalian semua..:)

to abg rais : janganla cakap ana xajak, sebenarnya mklumat xsampai..huhu..apapun, ana gembira abg rais sudi dtg mjlis ana..

insyaAllah ana doakan semua, terutama abg rais dan abg idris supaya segera brtemu jodoh..amin ya rabbal alamin.. =>

Nabila H.... February 21, 2010 at 11:20 PM  

alfun mabruk untuk kedua mempelai..:D

asshik February 22, 2010 at 8:41 AM  

slm alaik..

mabruk buat anta n isteri..
semoga rumahtangga yg terbina kekal hingga ke syurga..

tahniah dr ana n isteri..=)

aishah February 23, 2010 at 12:44 AM  

Assalamualaikum..
ksah hdp yg sgt mnrik
cnta yg dcri dlm islam mnjd mlikmu
smoga kkal shngga jhad mmsahkan jsad
ukhwahfillah

Archive Blog