Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

17 January 2010

ST 12 : Panduan Menghafaz Secara Sambilan ( Part Time )


بسم الله الرحمن الرحيم

Oleh : hafizquran

Apabila anda sudah mengenali dan memahami perbezaan antara patern misi hafazan anda secara part time dan patern misi hafazan secara full time, maka saya teruskan kepada perkara2 penting berhubung dengan tahfiz Al-Quran secara sambilan atau part time.

Pertama sekali , tidak lain dan tidak bukan adalah mengenai niat. Niat untuk anda mulakan misi anda perlu terang dan jelas. Adakah anda ingin menghafaz kerana minat semata2, atau kerana ingin mencuba sesuatu yang baru, atau untuk mengisi masa lapang, atau sebab2 yang lain? Maka kesemua kekaburan itu perlu anda pasakkan dengan satu niat sahaja, iaitu kerana mencari keredhaan Allah semata2. Justeru menghafaz Al-Quran adalah satu bentuk wasilah untuk menggapai keredhaan Allah, lantaran Al-Quran adalah kalamNya yang paling mulia.

Kedua, tetapkan misi anda dengan betul2 tepat dan jelas. Pastikan anda mempunyai satu matlamat atau target yang jelas, umpamanya untuk mencapai sasaran menghafaz surah2 penting sebanyak 15 surah dalam tempoh 6-7 bulan. Itu satu contoh. Ataupun anda menetapkan untuk menghafaz sebanyak 3-4 juzuk dalam tempoh setahun. Kesemua itu perlu anda set kan di minda sebelum memulakan misi hafazan tersebut.

Ketiga, pastikan anda memiliki satu mushaf Al-Quran secara peribadi. Perkara ini juga saya sebutkan dalam siri2 tahfiz Al-Quran sebelum ini. Elakkan dari bertukar2 mushaf atau kehilangan mushaf peribadi anda. Anda perlu tahu bahawa itu tidak sepatutnya berlaku. Jika mushaf yang kecil pun tidak mampu untuk anda jaga dan istiqamah, bagaimana mungkin anda ingin menjaga amanah hafazan Al-Quran yang lebih besar?

Keempat , carilah guru. Pada masa sekarang kita dapat lihat pelbagai pusat tahfiz diwujudkan, samada kerajaan mahupun swasta. Bukan soal institusi yang ingin saya sebut, tetapi soal di mana anda perlu mencari guru untuk memulakan hafazan dan menjadi murshid kepada hafazan anda. Terus terang saya katakan bahawa memiliki seorang guru secara konsisten adalah salah satu kewajipan anda dalam menghafaz, walaupun menghafaz secara part time. Anda tetap perlukan seorang guru untuk menyemak, menjaga peraturan, mentashihkan bacaan dan lain2 yang anda perlukan dari seorang guru.

Kelima, pembahagian masa. Ini juga antara bahagian yang paling penting. Saya menulis tentang tahfiz Al-Quran secara part time dalam konteks umum, tidak tertentu samada anda adalah seorang pelajar bidang Sains Kedoktoran ataupun anda seorang Arkitek. Maka anda lah yang lebih mengetahui tentang masa anda serta pembahagiannya. Saya akui ia agak sukar, tambahan pula kiranya anda seorang yang bersikap 'hangat2 tahi ayam' dalam semua perkara. Anda perlu menjadi seorang yang benar2 konsisten dengan masa hafazan anda yang telah ditetapkan dalam jadual peribadi anda, dan anda perlu syadid terhadap diri sendiri- selain dari bantuan guru sebagai murshid hafazan anda. Dalam pembahagian masa, pastikan masa untuk kelas hafazan ditetapkan pada waktu yang betul dan lapang.

Keenam, budayakan pembacaan atau pendengaran Al-Quran. Umpamanya amalkan membaca Al-Quran pada waktu2 kecil yang terluang, contohnya sebelum pensyarah anda masuk ke kelas, atau ketika berehat di pejabat, atau ketika waktu rehat. Anda tidak perlu lah menghabiskan hingga 1 juzuk. Cukup sekadar anda membaca Al-Quran , atau menelitinya, bagi mengelakkan semangat Al-Quran anda hilang. Selain itu, anda boleh gunakan alternatif seperti mp3, mp4 atau handphone yang mempunyai software Al-Quran, untuk diisi dengan bacaan Al-Quran daripada masyayikh yang ahli dalam bacaan Al-Quran seperti Abdur Rahman Sudaisi dan sebagainya. Biasakan telinga anda dengan mendengar bacaan2 Al-Quran.

Ketujuh, sentiasa ingat bahawa anda sedang dalam proses menghafaz Al-Quran. Justeru, jangan lakukan perkara hitam dan putih dalam masa yang sama. Sekiranya anda mempunyai tabiat mendengar muzik2 yang melalaikan dan bertentangan dengan agama, maka sewajarnya anda tinggalkan tabiat tersebut. Begitu juga kiranya anda mempunyai sikap2 buruk yang lain, umpamanya percakapan mencarut, pergaulan yang tidak menjaga batas syariat, maka perlu anda tinggalkan. Saya sudah jelaskan kesemua ini dalam siri2 tahfiz Al-Quran sebelum ini. Apa yang jelas, kesemua itu boleh memberi kesan kepada hati anda yang mana hati akan menjadi gelap dan kotor, seterusnya menjadikan usaha menghafaz anda sukar dan susah. Al-Quran itu cahaya dan ia tidak akan masuk ke dalam hati yang penuh dengan kekotoran dan kegelapan.

InsyaAllah akan datang saya akan cuba perincikan tentang beberapa perkara lagi tentang tahfiz part time, juga tentang mengapa tahfiz secara part time itu seringkali menemui kegagalan dan terhenti di tengah jalan.

Wallahua'lam.


NOTE : Upgraded On 6 June 2011

0 comments:

Archive Blog