Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

21 January 2010

Sebatang Track Berduri

Oleh : hafizquran

Terik. Mentari tegak di atas kepala. Sekaligus menambahkan silauan di pintu mata. Track berduri semakin sukar dilalui. Keringat memancar tanpa henti. Entah kenapa track ini dijadikan begini, penuh duri dan batu, semak dan menyesakkan.

Dua , tiga lelaki memintas perjalanan. Penatkah, tanya si baju kuning. Aku menggeleng. Sabarlah, dah tak jauh, senyum seorang lagi yang berbaju kaler coklat pekat. Ketiganya bermuka tenang, seolah mentari di atas kepala hanyalah bebola kaca yang tidak merah. Apa yang pasti, mereka berkeringat.

Track ini tetap perlu dihabiskan. Yang menyukarkan adalah lantainya yang tidak lapang. Duri dan batu tajam di sana sini. Beberapa kali kulit kakiku rabak dan luka lantaran gopoh dan tidak sabar. Aku perlu sentiasa ada pertimbangan, jadi aku perlu melangkah dengan berhati2. Cermat. Prihatin.

Keringat sampai ke pelipat lutut. Rimas. Tapi entah kenapa, aku tetap yakin di hadapan sana, di garisan penamat sana, ada hadiah yang amat lumayan. Lebih lumayan dari memenangi sebuah Toyota Camry, atau pakej percutian 4 orang ke Kota Paris. Dan, perasaan ketika tiba ke garisan penamat itu juga adalah lebih hebat dari kepuasan seorang lelaki yang berjaya memanjat Gunung Everest dengan menggunakan sebelah tangan.

Luka dicarik duri temph hari kian sembuh. Meninggalkan parut yang hitam manis.  Aku mengambil tindakan yang tepat apabila tetap meneruskan langkah, sekaligus melupakan desakan hati untuk duduk dan menangis. Kekuatan itu perlu dijana, kerana aku perlu terus bergerak meskipun secara bertatih..

Tapi itulah, sesekali terasa ingin saja melangkah laju tanpa menghiraukan segala duri yang bertaburan, langgar sajalah. Aku boleh gunakan kasut yang lebih tebal, pasti aku tidak akan cedera. Namun keinginan itu segera terpadam apabila aku sedar, cara yang salah itu hanya akan menjauhkan aku dari hadiah lumayan yang aku impikan setiap malam.....

Sekian.

0 comments:

Archive Blog