Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

22 January 2010

Rukuk Dan Sujud Yang Berkeliaran

Oleh : hafizquran

Susah benar ingin dilukiskan potret bernama serabut yang menghuni ruang otak. Lebih payah lagi hendak dibersihkan belukar tebal yang menyemakkan segenap tanah merah basah bernama hati. Dan dalam masa yang sama, rukuk dan sujud ibarat 2 anak kecil yang hyperaktif. Berlari dan berkeliaran di sana sini.

Ayuh ke sini hai rukuk, pujukku lembut. Merenung dengan harapan rukuk akan mampir dekatku. Tidak diendahkan. Jangan berkejaran lagi hai sujud, ke sini kamu, kali ini dengan nada yang lebih tegas. Keras. Namun rukuk dan sujud masih seronok berkejaran ke sana sini, dengan lagu 'rasa sayang' yang dinyanyikan berulang kali. Begitu seronok.

Aku panas hati. Mereka bukan sahaja hyperaktif, tapi juga degil dan tidak mendengar kata. Kali ini siaplah mereka. Aku akan kurung mereka bersama, dalam satu sel yang kecil, tembok yang tebal, lengkap dengan atap bumbung yang disimen berlapis2. Cahaya mentari mustahil menjadi tamu. Rasakan. Tidak cukup dengan itu, rukuk dan sujud akan dirantai kemas, dengan 7 jenis rantai dari  keluli tebal yang berbeza2.

Lalu dengan tekad itu aku bingkas bangun. Tatkala cuba melajukan langkah, kasut kulit berwarna hitam jenama Paul Smith bertukar menjadi kasut besi yang tidak berjenama. Aku terpaksa menapak dengan sangat perlahan. Bumi tiba2 dijadikan dari gam uhu, bukannya tanah dan rumput. Kemeja putih jenama CK yang dibeli di Tesco tempoh hari rupanya diperbuat dari jenis besi bermagnet. Menarik aku ke belakang lantaran kutub magnet yang berbeza.

Rukuk dan sujud tenggelam timbul di lautan besar yang tiba2 menjelma di birai mata. Aku kembali duduk, mencapai PS3 dan meneruskan game Naruto stage 5 yang tergendala sebentar tadi.

Dari ekor mata, bayangan sujud dan rukuk yang bernasib malang menghilangkan konsentrasi game yang melayang entah ke mana. Seketika, hati menjadi sayu. Bukan salah mereka yang hyperaktif. Bukan salah mereka yang tidak mahu duduk diam. Aku yang bersalah kerana tidak menukar pakaian mereka dengan baju besar yang putih bersih, dan kemudian sama2 berdiri di hadapan mimbar berwarna coklat, dengan ukiran khat yang mendamaikan segenap ruang hati.

Sekian.

0 comments:

Archive Blog