Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

06 January 2010

Penggunaan Kalimah ALLAH oleh bukan Islam

Oleh : hafizquran

Bismillahirrahmanirrahim.

Persoalan tentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tiba2 sahaja menjadi ribut di kalangan umat Islam negara kita. Lalu bangkitlah satu golongan yang mengaku mempertahankan kesucian Islam dan sebagainya. Semunya berikutan keputusan mahkamah yang membenarkan gereja menggunakan nama Allah dalam penerbitan mereka dan juga memutuskan bahawa kalimah Allah bukan hak eksklusif umat Islam.

Apa yang menghairankan saya adalah tentang golongan2 yang bangun menentang dan bersungguh2 membantah keputusan tersebut. Timbul juga tuduhan2 bahawa Islam dipijak2 , kalimah Allah di hina dan sebagainya. Soalnya, adakah apabila bukan Islam menggunakan kalimah Allah, maka itu dikatakan sebagai satu penghinaan..?

Saya melihat di sepanjang pengetahuan saya dan juga melalui Al-Quran yang saya hafaz, tidak pernah ditemui satu nas pun yang mengharamkan penggunaan kalimah Allah secara mutlak oleh bukan islam. Demikian juga tidak ada satu hadith mahupun sirah yang menyatakan bahawa kalimah Allah haram digunapakai melainkan oleh orang Islam semata2. Justeru jelaslah bahawa isu ini sepatutnya tidak timbul dan soal kalimah Allah adalah milik eksklusif umat Islam juga sepatutnya tidak berbangkit. Nyata isu ini tidak melibatkan mana2 nas yang sorih melainkan bersifat prejudis dan sangkaan semata2.

KEIZINAN YANG TIDAK MUTLAK


Saya menyokong kiranya orang bukan islam dibenarkan menggunakan kalimah Allah dan itulah yang sepatutnya. Mereka sepatutnya disuruh dan diseru supaya mengatakan bahawa " Allah yang menjadikan bumi" , " Allah yang menurunkan hujan " dan sebagainya. Di dalam Al-Quran juga begitu. Boleh rujuk surah Al Ankabut ayat 63. Terbukti, mereka2 yang bukan Islam menyebut bahawa yang menurunkan rezeki, yang menurunkan hujan adalah Allah.


Atau kita mahu mengharamkan mereka dan menyuruh mereka mengatakan bahawa " Patung budha yang menciptakan bumi" , " Tokong yang menurunkan hujan" dan lain2 pernyataan seumpamanya? Bukankah kita telah memandulkan dakwah dan seruan Islam. Sedangkan dalam surah Al-Ikhlas Allah menyebut " Katakanlah bahawa dia Allah adalah satu ". Adakah kita beranggapan bahawa perintah "katakanlah" itu hanya eksklusif untuk orang islam sahaja?


Walaubagaimanapun, penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tetap perlu diawasi. Kita menentang sekeras2nya sekiranya mereka menyalahguna atau menghina nama Allah. Contohnya mereka membuat patung dan menamakan patung mereka dengan nama Allah. Atau mereka memijak2 nama Allah dan sebagainya. Hakikatnya, persoalan kita belum pun sampai ke tahap itu tetapi ramai di kalangan orang Islam yang sudah melenting. Saya berani katakan bahawa ramai yang melenting kerana 'tidak faham isu' dan atas dasar semangat semata2.


Mereka boleh menggunakan nama Allah, tetapi perlu disertakan syarat dan garis panduan. Antaranya mereka tidak boleh menamakan atau mengatakan bahawa patung mereka itu adalah Allah. Mereka juga tidak boleh memanipulasi nama Allah untuk dakyah agama mereka.  Mereka juga tidak boleh melukis Allah, atau menerbitkan Allah melalui lukisan , filem dan sebagainya. Mereka tidak boleh sama sekali melakukan provokasi atau mempersenda dengan menggunakan nama Allah.


Semua garis panduan demikian adalah perkara yang BOLEH kita lakukan sebagai satu umat majoriti di Malaysia. Sekiranya diengkari, maka kita semua akan bangkit menentang dan mereka boleh dikenakan tindakan berat. Persoalannya, adakah kita telah mengambil langkah sebijak itu atau kita sedang membuang masa dan memandulkan dakwah Islam dengan melarang mereka2 yang bukan Islam dari menggunakan nama Allah..?


KERANA SAYANGKAN ISLAM


Sepatutnya, jika kita mengaku sayangkan Islam,kita akan lebih fokus kepada perkara2 yang telah disepakati pengharamannya oleh sedemikian banyak dalil dan nas Al-Quran serta Hadith. Umpamanya judi. Tidak ada keraguan lagi pada pengharaman judi sedangkan isu nama Allah tidaklah mempunyai ketetapan pengharaman sedemikian. Ia masih di peringkat persoalan khilafiah. Mengapa kita tidak bersungguh2 menetang arak dan judi, umpamanya, jika kita mengaku sayangkan Islam?


Tidak dinafikan, ada yang terlalu sayangkan Islam sehingga sangat curiga kiranya bukan islam dibenarkan menggunakan nama Allah, bimbang dimanipulasi dan sebagainya. Di sinilah letaknya peranan kita dan pihak kerajaan terutamanya untuk memantau dan meletakkan garis panduan yang sewajarnya. Itu adalah lebih bijak dan membuka ruang dakwah islamiah dengan lebih luas.


PENDAPAT


Coretan ini hanyalah sekadar pendapat dari saya. Saya melihat isu ini sebagai satu propaganda, dan saya juga berpendirian bahawa musuh2 Islam itu BUKAN hanya mereka yang menyembah patung dan batu, tetapi RAMAI juga di kalangan mereka yang sering ke masjid. Sang Munafik di zaman Nabi, kadangkala solat di belakang Nabi s.a.w sendiri. Zaman kita sudah tentu lebih teruk daripada itu.


Sebagai da'ie, kita seharusnya bijak dan profesional dalam isu2 sebegini. Usah mudah melatah dengan provokasi kononnya islam dihina dan sebagainya. Persoalan yang lebih utama dan lebih besar adalah mengajak semua manusia memahami TAUHID , bukannya berebut hak eksklusif untuk menggunakan nama Allah. Dalam hal ini, saya amat bersetuju dengan pandangan DR MAZA. Boleh rujuk artikel beliau di sini dan sini


PENUTUP


Sama2lah kita memohon kepada Allah ta'ala agar dibuka pintu kebenaran kepada hati2 kita, juga supaya Allah pisah dan asingkan golongan2 munafik di kalangan kita. Sesungguhnya tempat bagi sang munafik adalah di dasar neraka jahanam, nauzubillahi minzalik. Juga, marilah kita sama2 memohon keampunan Allah ta'ala dan berlapang dada sesama kita dalam perbezaan pendapat. Hayatilah seruan Allah ta'ala, iaitu kiranya bercanggahan pendapat maka rujuklah kepada Al-Quran dan Hadith. Mudah2an perjuangan kita sentiasa dipimpin oleh petunjuk dan hidayah daripada Allah ta'ala.


Wallahua'lam.

0 comments:

Archive Blog