Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

01 January 2010

Apa perbezaan perhimpunan aman MANSUH dan SAMBUTAN TAHUN BARU ?

Oleh : hafizquran

Balik dari menyertai operasi dakwah bersama GAMIS, banyak perkara yang ingin ditulis, terutama yang terbuku di hati. Saya ingin mengajak mereka2 yang membaca tulisan saya untuk sama2 berfikir. Idea yang tercetus di fikiran saya boleh jadi betul, boleh jadi salah. Justeru apa yang saya harapkan tidak lebih dari sebuah perkongsian untuk sama2 diambil manfaat oleh kita semua sebagai ulul albab. InsyaAllah.

Malam tadi  buat julung2 kalinya saya berada di dataran merdeka, mengharungi lautan manusia yang berbagai ragam dan jenis, menahan telinga dengan bingitnya muzik yang langsung tidak mendatangkan ketenangan serta menyaksikan tembakan bunga api selama kira2 10 minit bermula detik 12 malam.

Saya perhatikan keadaan sekeliling, dan bertanya kepada diri sendiri. Apakah bezanya perhimpunan seumpama ini dengan perhimpunan2 aman seperti himpuan mansuh isa ( MANSUH ) ? Antara persamaan yang saya nampak :

  • Kehadiran ribuan manusia. Niat dan tujuan memang berbeza, tetapi jumlah kehadiran tetap sama. Bilangan yang ramai.
  • Kesesakan lalulintas. Juga sama. Himpunan seumpama MANSUH dikritik kerana mengakibatkan kesesakan jalanraya dan menyebabkan jalan2 terpaksa ditutup. Himpunan sambutan tahun baru sebentar tadi juga begitu bukan..?
  • Ada nya ucapan dan hadirin yang ingin mendengar. Juga sama. Dalam kedua2 perhimpunan, pihak penganjur mahukan ucapan atau persembahan mereka didengar dan dilihat oleh hadirin. Begitu juga dengan himpunan aman seumpama BERSIH atau MANSUH
  • Tiada kerosakan dan kemusnahan. Dalam kedua2 situasi, mereka yang menyertai perhimpuan mahukan keamanan, jauh sekali untuk merosakkan harta benda awam atau melakukan rusuhan. Mereka yang hadir ke perhimpuan aman sambutan tahun baru malam tadi , sesetengahnya membawa keluarga dan anak kecil, kerana tujuan mereka bukan melibatkan sesuatu yang merbahaya. Demikian juga sewaktu perhimpunan BERSIH dan PPSMI, mereka2 yang menyertai perhimpuan datang dengan keluarga dan anak2 kecil. Kalau tujuan nak bergaduh dan merusuh, perlukah mereka membawa anak2 kecil mereka?

PERBEZAAN

Perbezaan yang jelas adalah kerjasama dari pihak berkuasa. Pihak polis contohnya, boleh mengadakan sekatan jalanraya, membuka jalan dan ruang yang sepatutnya sebagai alternatif, demi menjayakan sesuatu sambutan atau konsert, tetapi tidak boleh berbuat demikian bagi mereka yang ingin mengadakan perhimpunan aman yang mana modus operandinya tidak jauh beza dengan sambutan2 atau perhimpunan2 aman sedemikian.

Keduanya, perhimpuan aman punyai tujuan dan matlamat yang jelas, namun sambutan2 sebegini lebih banyak melalaikan dari memberi kebaikan. Faedahnya sangat cetek. Maksiatnya berganda2. Kalau hendak dinilai dengan adil, perhimpunan2 aman demi menuntut sesuatu keadilan dan sebagainya adalah lebih banyak mempunyai kebaikan berbanding sambutan2 seumpama malam merdeka atau tahun baru.

Ketiganya, setiap kali terjadinya perhimpuan aman yang dilabel sebagia 'haram', maka akan ada suara2 sumbang yang menyamakan para peserta sebagai 'beruk2 di jalanan'. Adakah mereka pernah membandingkan kedua2 situasi - iaitu sambutan tahun baru dan Mansuh - dengan adil, atau dengan cara melaluinya sendiri? Saya pernah berada dalam kedua2 situasi. Dan saya berani katakan, bahawa mereka2 yang terlibat dalam perhimpuan seumpama sambutan tahun baru tadi adalah lebih layak dan lebih tepat digelar " beruk2 dan kera2 di jalanan ". Tetapi adakah sesiapa yang berani melabel mereka sedemikian?

Sudahlah datang dengan pakaian2 yang tidak senonoh, akhlak yang menjelekkan, kemudian ditambah pula dengan aksesori2 aneh dan bodoh seperti 'tanduk' dan sebagainya. Alangkah hina manusia yang membuang martabat kemuliaan mereka. Allah jadikan lembu dan kambing yang tiada maruah sebagai bertanduk, kita sebagai manusia yang dimuliakan Allah dengan maruah, sanggup pula memakai tanduk? Itu tidak termasuk lagi dengan bunyi2 trompet, siulan , sorakan yang hingar bingar dan sebagainya. Kesemua perangai itu lebih tepat untuk disifatkan sebagai monyet dan kera , berbanding mereka2 yang hadir perhimpunan aman, melaungkan takbir dan slogan2 keadilan, berpakaian sopan dan tidak mempamerkan nilai2 keruntuhan akhlak. Sungguh aneh mereka2 yang pandai menilai tanpa melihat.


 BUNGA API

Saya memang bukan seorang ahli hukum. Hendak menjatuhkan sebarang hukum sewenang2nya saya tidak berani. Namun saya berani untuk katakan, bahawa pertunjukan bunga api dalam sambutan tahun baru sebentar tadi adalah HARAM. Kenapa?

Pertama, pembaziran. Siapa boleh berikan saya jumlah atau pun kos kesemua tembakan bunga api selama 10 minit tadi? Dari jumlah tersebut, berbaloikah dengan matlamat dan tujuan? Apa faedahnya membakar duit beribu2 hanya untuk ditonton sebagai 'suka2'? Tidakkah itu suatu pembaziran? Pembaziran pula adalah suatu perkara yang jelas haramnya di sisi Islam.

Kedua, menyerupai bentuk pemujaan. Saya tidak katakan kesemua yang menyaksikan sebagai memuja. Tetapi, SEANDAINYA ada yang terlalu taksub dengan tembakan bunga api, sehingga bersorak dan menjerit2, bahkan seolah2 memuja pula percikan2 api di langit, maka itu terang2an satu perbuatan yang haram. Lupakah kita bahawa Majusi itu penyembah api? Kalau sekadar dijadikan halwa mata selama 2,3 minit , tanpa niat atau ketaksuban yang lebih dari itu, maka itu tidak mengapa. Kalau berlebih2an, dibimbangi ia jatuh kepada satu bentuk pengharaman. Biarpun tiada dalil yang khusus, tetapi terdapat banyak dalil am yang boleh membawa kepada pengharaman tersebut.

KESIMPULAN

Saban tahun, beginilah kita. Sampai bila kita hanya akan mengeluh dengan pelbagai penyakit umat, terutama zina dan keruntuhan moral. Walhal, asbab terjadinya perkara2 tersebut langsung tidak dibendung. Usahkan hendak ditangani, usaha2 ke arahnya langsung tidak mencerminkan satu bentuk kesungguhan yang benar2 serius.

Dalam sambutan tahun baru seumpama tadi contohnya, pasangan lelaki dan perempuan yang duduk berhimpit2 dan berpeluk2an sangat2 ramai. Mengapa dibiarkan dan mengapa tiada usaha untuk diasingkan tempat duduk antara lelaki dan perempuan? Sewaktu tembakan bunga api selama 10 minit, dan kesemua mata terleka memandang ke langit, apa pula yang dilakukan oleh pasangan2 yang sedari awal duduk berpelukan? Ini bukan tanggapan, bahkan ini kenyataan. Sampai bila mahu berdalih sedangkan saban tahun begitu banyak saksi2 yang menceritakan kejadian2 seumpama ini? Semua inilah yang menjadi punca zina, bunag bayi dan sebagainya.

Kita berbangga dengan melangkah ke tahun baru. Sedikit pun tiada kesyukuran pada Allah yang memberi peluang untuk kita masuk ke tahun baru. Dalam ucapan oleh pemimpin2 yang hadir, hanya ada salam 1 Malaysia, tetapi ucapan2 mengajak supaya memperbaharui iman, meningkatkan jatidiri muslim dan sebagainya langsung tidak disentuh. Selebihnya hanya konsert dan hiburan. Nyanti..nyanyi..dan nyanyi..Andaikata bala Allah turun waktu itu, nescaya tidak akan ada seorang pun yang akan terselamat.

Kerana itu kita mengambil tanggungjawab untuk melakukan dakwah. Biarlah usaha kita sedikit, asalkan kita ikhlas demi agamaNya. Kita pasti akan ditanya tentang amanah kita sebagai Khalifah, justeru jangan asyik berpeluk tubuh. Ummah memerlukan kita, dan kita punyai amanah besar untuk membimbing mereka.

" Allahummahdi Qaumi Fainnahum La Ya'lamun "

0 comments:

Archive Blog