Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

28 December 2009

ST 11 : Perbezaan Tahfiz Full Time Dan Part Time


بسم الله الرحمن الرحيم

Oleh : hafizquran

Individu yang berminat untuk menghafaz secara full time biasanya terbahagi kepada dua golongan, pertama mereka yang mensasarkan untuk menghafaz Al-Quran secara total dan menghabiskan 30 juzuk , manakala yang kedua adalah mereka yang sekadar mahu menghafaz juz amma ataupun surah2 penting. Apa yang penting, kedua2 golongan ini mempunyai minat dan kecenderungan untuk menjadi hamlatul Quran ( penanggung Al-Quran). Maka terlebih dahulu, syabas untuk anda.


PERBEZAAN

Terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara tahfiz full time dan tahfiz secara part time. Sudah pasti kesan dan kekuatan lebih kepada tahfiz secara full time, terutama sekali mengenai masa. Keduanya tentang fokus. Saya sudah menulis tentang kedua2 ini, iaitu masa dan fokus, dalam entry2 saya tentang " Bagaimana Masyi Al-Quran " sebelum ini.

Namun begitu, sebenarnya ada alternatif lain bagi mereka yang ingin menghafaz secara part time dan tidak menjadikan perbezaan2 tadi sebagai halangan untuk mereka meneruskan hasrat murni mereka. Antara perbezaan yang boleh saya sebutkan adalah :

Pertama : MASA

Golongan yang ingin menghafaz Al-Quran secara part time akan berhadapan dengan masalah dari segi menguruskan masa. Pembahagian masa antara mereka yang berada di Sekolah Tahfiz secara total tentulah berlainan dengan mereka yang hidup di luar Sekolah Tahfiz. Apatah lagi apabila mereka bekerja, atau mempunyai jadual kuliah akademik yang sangat berbeza dan padat. Maka di situ, bilangan masa atau jam yang mampu mereka luangkan untuk hafazan berkemungkinan sangat sedikit dan terbatas.

Kedua : FOKUS

Kerja menghafaz Al-Quran bukan suatu kerja yang mudah. Kalau hendak menghafaz sifir atau formula2 sekalipun, kita perlu konsisten dan berikan fokus yang tiggi, apatah lagi dengan Al-Quran. Sabda Nabi s.a.w : " Al-Quran itu sangat mudah hilang dari dada penghafaznya sepertimana unta di padang pasir, apabila kamu lalai seketika maka ia akan hilang ". Kita perhatikan mereka2 yang berada di sekolah Tahfiz sekalipun sangat sukar memberi fokus kepada hafazan mereka, apatah lagi mereka yang berada di luar. Dengan pelbagai pengaruh dan pekerjaan yang boleh disifatkan sebagai halangan besar ke atas usaha mereka menghafaz Al-Quran. Bagaimanapun , kiranya tiada fokus, maka usaha untuk menghafaz adalah sia2.

Ketiga : PENGUATKUASAAN

Bagi mereka yang berada di Sekolah Tahfiz dan menghafaz secara full time, mereka akan terikat dengan undang2 dan penguatkuasaan ke atas hafazan mereka. Sudah pasti guru tahfiz mereka adalah individu utama yang akan mendisiplinkan hafazan mereka. Mereka tidak boleh sesuka hati ponteng kelas hafazan, atau bermalas2an dalam menghafaz, atau mempunyai semangat 'hangat2 tahi ayam', atau tidak mahu menghantar tasmi', murajaah dan sebagainya. Bahkan di sesetengah Sekolah Tahfiz, pelajar akan didenda atau dirotan kiranya tidak dapat menghantar tasmi' dan murajaah. Sebahagian besar mereka pula terpaksa 'pulun' menghafaz kerana takutkan rotan. Sewaktu saya mengajar tahfiz tahun lepas, saya adalah antara guru yang konsisten dengan menggunakan rotan dalam mendisiplinkan pelajar saya.

Berbeza dengan mereka yang berada di luar. Penguatkuasaan dan disiplin ditentukan oleh mereka sendiri. Kiranya mereka rajin, mereka akan menghafaz. Atau, di waktu rajin dan bersemangat, banyaklah yang mereka hafaz, sebaliknya di waktu sibuk atau malas, mereka tidak akan menyentuh Al-Quran pun. Demikian juga dengan kelas, walaupun mereka mendaftar atau mempunya guru tahfiz secara part time, soal kehadiran dan disiplin menghafaz tetap terletak kepada mereka sendiri. Contohnya, 2 jam dalam kelas hafazan part time. Selebihnya, baki 22 jam di mana mereka dan hafazan mereka.


Keempat : SUASANA

Tidak dapat dinafikan bahawa suasana memberi doktrinisasi yang amat besar kepada kehidupan seseorang. Katakan di sekolah tahfiz, suasana di sana memberikan semangat dan konsentrasi yang baik kepada kita untuk menghafaz. Sebaliknya di luar, katakan kita di rumah dengan keluarga atau kawan2, belum tentu kita mendapat suasana demikian. Sangat mustahil untuk kita mencorak atau menguasai suasana, melainkan kebanyakan yang terjadi, kita yang akan dikuasai oleh suasana tersebut.


Sekian

NOTE : Upgraded On 6 Jun 2011

0 comments:

Archive Blog