Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

27 December 2009

SEHATI BERDANSA




Oleh : hafizquran

Malam tadi berakhir sudah sebuah program realiti TV yang dinamakan 'sehati berdansa'. Satu lagi bentuk program kemaksiatan yang dijana untuk melalaikan dan terus melalaikan umat Islam di Malaysia. Rancangan dalam bentuk program realiti ini menampilkan sepuluh pasangan suami isteri di kalangan para artis untuk berentap selama 10 minggu. Setiap pasangan dikatakan mewakili sebuah rumah kebajikan menjadikan kesemuanya 10 buah rumah kebajikan yang akan menerima dana dari program tersebut. Juara akhir akan menyumbangkan RM20,000.00 untuk badan kebajikan yang mereka wakili.

Saya melihat bahawa inilah satu lagi bentuk program realiti TV yang amat bertentangan dengan nilai2 wahyu yang diajar oleh Islam. Apatah lagi apabila ianya melibatkan sesebuah institusi kekeluargaan. Ada beberapa perkara yang ingin saya catatkan :

Pertama : Rancangan 'sehati berdansa' ini dikatakan adalah kali yang ke 3 , bermakna ia telah pun diadakan sebanyak 2 kali sebelum ini. Rancangan berbentuk pertandingan menari suami isteri ini sebenarnya ditiru dari barat. Anda cuba check balik sebuah rancangan realiti tv Amerika bertajuk ' So U Think U Can Dance '. Bila anda bandingkan kedua2 rancangan ini, Amerika dan Malaysia, anda akan temui banyak persamaan. Bahkan saya malu sendiri apabila melihat Malaysia meniru satu persatu rancangan Amerika tersebut. Apa yang membezakan cuma  pasangan 'sehati berdansa' adalah suami isteri dan aksi2 tarian serta pemakaian juga tidak sebebas Amerika. Dasarnya, tetap sama.

Sabda Nabi s.a.w : " Pada akhir zaman , kamu akan dapati di kalangan kamu mereka2 yang mengikuti jejak Yahudi dan Nasrani sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga lah kalau mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun nescaya kamu akan mengikuti mereka "- au kama qaal

Kedua : Pencemaran ke atas institusi kekeluargaan yang diajar oleh Islam. Lebih2 lagi apabila suami isteri yang telah pun beranak pinak terkinja2 di atas pentas demi mengaut keuntungan dan nama. Sedih dan sayu hati apabila melihat anak2 mereka yang masih kecil. Itu dari kacamata seorang ayah dan ibu. Bagaimana mereka mendidik anak2 mereka. Kalau dilihat dari kacamata seorang suami dan isteri pula, lebih teruk lagi. Betapa besar dosa yang terpaksa dipikul oleh seorang suami akibat membiarkan isterinya terkinja2 dan terkangkang2 di atas pentas? Sungguh jauh daripada ajaran Islam. Sangat jauh.

Islam mengajar kita bahawa 'malu sebahagian dari iman'. Hilang iman, tiadalah malu. Hilang rasa malu, bagaimana dengan iman? Kalau dilihat dalam bab persandingan pun, Islam telah terlebih dahulu melarang daripada menjadikan isteri 'bahan tontonan' . Apatah lagi dalam keadaan yang boleh menarik perhatian kaum bukan mahram. Dalam rancangan jelek seumpama ini, isteri adalah aset yang dipertaruhkan untuk mendapatkan markah dan undian. Di situkah maruah dan martabat seorang isteri di dalam Islam? Sudah tentu tidak.

Ketiga : Kebajikan yang dilakukan tidak mendapat pahala daripada Allah dan tidak dikira sebagai amal soleh. Beranikah saya menghukum sedemikian? Berdasarkan ilmu cetek saya, saya berani katakan demikian. Matlamat tidak menghalalkan cara. Merompak duit orang kaya untuk disedekahkan kepada orang miskin, sebagai contoh. Matlamatnya baik, tetapi caranya haram. Justeri si pelaku tidak sekali2 mendapat pahala bahkan terpaksa pula menanggung dosa. Begitu juga dengan rancangan ini. Mereka mencari dana untuk badan2 kebajikan, tetapi melalui cara yang terang2an haram di sisi Islam. Maka mereka sebenarnya tidak memperoleh apa2 meskipun angka RM20 ribu yang mereka paparkan.

Alangkah malang mereka yang menyangka sedang berbuat kebaikan, sebaliknya mereka sebenar nya sedang ditipu oleh Iblis dan Syaitan. Maka bersoraklah para Iblis dan Syaitan laknatullah kerana berjaya memperbodohkan anak adam.

Keempat : Seperti kebanyakan rancangan realiti tv yang lain, perkara haram yang seringkali berlaku adalah pembaziran. Undi dan terus undi. Habiskan bil telefon untuk mengundi sebanyak2nya demi memastikan individu yang mereka puja berjaya dinobat sebagai juara. Dalam ketaksuban itu, mereka jahil bahawa mereka sedang melakukan pembaziran yang amat2 dibenci oleh Allah. Sehinggakan Allah melabel golongan pembazir ini sebagai ' bersaudara dengan syaitan '. Alangkah bodoh para pengundi untuk rancangan2 melalaikan sebegini, kerana akhirnya yang kaya raya tetap syarikat telekomunikasi. Lebih baik kita haramkan diri kita untuk menaip dan menghantar walaupun satu undi untuk rancangan2 sebegini, kerana kita sebenarnya sedang melabur saham untuk ke neraka Allah s.w.t.

BAIT MUSLIM

Paling menyedihkan apabila saya menulis tentang isu ini tentulah berkenaan bait muslim. Secara tidak langsung, mereka sedang mengetengahkan satu contoh pembinaan rumahtangga yang jauh dari ajaran Islam, tetapi dekat dengan ajaran barat. Apa yang dilakukan oleh ibu bapa sangat memberi kesan mendalam kepada pertumbuhan dan perkembangan anak2 mereka. Bayangkan anak2 kecil yang tidak mengerti apa2, kemudiannya dicorak dengan irama kemungkaran dan kemaksiatan yang sangat dibenci Allah. Apa akibatnya kepada generasi akan datang?

Hasilnya, anda boleh lihat kemunculan program2 bodoh dan merugikan seperti 'bintang kecil' dan sebagainya. Pada saya, rancangan seumpama 'bintang kecil' samalah dengan rancangan 'mari menghantar anak2 ke neraka'. Sedih melihat generasi baru yang didoktrin dengan kemaksiatan di usia seawal itu. Para ibu bapa pula lebih gembira kiranya anak2 mereka berbakat dalam nyanyian dan tarian, bahkan berlumba2 untuk mengetengahkan bakat anak2 mereka sehingga bergelar artis dan penyanyi. Tambahan pula salurannya begitu mudah pada masa sekarang melalui program2 seumpama Akademi Sia2 dan Bintang Kecil. Seolah2nya mereka mengajar anak2 tentang satu prinsip, iaitu " biar otak bodoh asal suara sedap dan glamour ".

ALAH, ARTIS BIASALAH TU

Ramai yang komen semacam itu dan tidak berminat untuk mengambil berat . Saya jawab kepada mereka, memanglah zahirnya kita nampak yang berdansa tu artis, tapi zaman sekarang ni masyarakat ikut ulamak ke ikut artis?

Saya termenung jauh membayangkan generasi Malaysia pada tahun2 akan datang. Program kemaksiatan semakin laku, satu per satu muncul dan mendapat sambutan masyarakat. Di sebalik semua itu, kita sewajibnya merenung tentang siapakah DALANG di belakang program2 sebegini. Siapa lagi kalau bukan musuh2 Islam yang tidak pernah berehat dari bertungkus lumus menyesatkan umat Islam.

Sekian

0 comments:

Archive Blog