Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

14 December 2009

Sambutan Qurban Masjid Ar Rahimah meriah ( new update )

Bismillahirrahmanirrahim

Atas kesibukan dengan beberapa aktiviti, saya terlambat untuk membuat posting berkenaan sambutan Majlis Hari Raya Qurban Masjid Ar Rahimah Kg Pandan. Saya bernasib baik kerana berkesempatan untuk bersama2 dengan para jemaah dan orang kampung pada hari tersebut, iaitu pada hari raya ke-2. Saya hanya berada di kampung saya di Kota Bharu pada hari raya pertama , dan terus bertolak ke KL pada sebelah malamnya.

Tahun ini masjid menumbangkan sebanyak 17 ekor lembu hasil penyertaan para peserta Qurban. Semangat muafakat dan ukhwah jelas kelihatan pada hari tersebut apabila ratusan anak kariah turun beramai2 seawal jam 8.00 pagi untuk menjayakan majlis tersebut. Kanak2 juga turut tidak ketinggalan menyaksikan acara yang cuma diadakan setahun sekali itu.

Satu pengalaman yang sangat menarik apabila saya dapat bersama2 mereka melapah, mengagih dan seterusnya bersama2 menikmati hidangan tengahari. Majlis seumpama ini sangat bermakna untuk mengeratkan lagi hubungan persaudaraan tidak kira tua ataupun muda. Semoga ianya dapat berterusan di bawah rahmat dan kasih sayang Ilahi.

Majlis bersurai kira2 jam 4.oo petang. Seterusnya biarlah gambar bercerita.- hafizquran



SEBELUM TUMBANG


antara lembu yang paling besar

 
 
sebahagian dari lembu qurban



mesyuarat untuk men'jatuh'kan lembu?



SESI TUMBANG DAN SEMBELIH


 
pak karim ( pakai but ) sebagai pengarah sambilan.huhu


siap landing atas lembu lagi..


ust zubir ( berkopiah ) sebagai tukang sembelih 




sebahagian peserta qurban 



sebahagian lembu yang dah terkorban.. 




kanak2 yang excited tengok lembu.. 




SESI MELAPAH


 
ni semua pelapah berpengalaman ni..


ust rizal dan ust syafiq..urusetia ke pemerhati ? huhu




LAPAH DAN AGIHAN

 

 
semangat tul pak cik ni..:)


pak ngah ( duduk,berkopiah ) dah mcm rambo da..



gaya pelapah amatur..huhu



ust ali ( kopiah hitam ) dengan kapak ajaib.hati2...



ni namanya keranda lembu...



sebelah tu 'kubur' buatan..



ust fikri ( berjambang ) dan ust hilmi JAWI ( baju hitam )




rambo malaya ..:)



Sekian

0 comments:

Archive Blog