Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

15 December 2009

Sabarlah..cinta akan hadir selepas CINTA

Bismillahirrahmanirrahim 

Salah satu hobi saya adalah blogwalking. Suka merayau ke sana sini, membaca perkembangan politik, hiburan, masyarakat, dan macam2 lagi. Dalam banyak2 bab, hanya bab sukan yang saya paling kurang baca. Paling banyak adalah bab politik. Itu minat dan hobi saya.


Terkadang, singgah juga ke blog2 kawan2 yang mungkin tidak sealiran dengan kita. Rata2nya penuntut Universiti samada dalam atau luar negeri. Pelbagai topik dan tema yang mereka sampaikan melalui blog masing2. Satu persamaan yang saya yakin wujud antara saya dan mereka adalah- sama2 suka menulis.


Kebelakangan ini, saya seringkali singgah ke sebuah blog milik seorang saudari kita fil islam, insyaAllah. Seperti biasa, membaca beberapa idea dan penulisannya ( yang lebih kepada emosi dan perasaan ) saya dapat mengagak latar belakang pengajian dan fikrah saudari ini. Sesuatu yang membuatkan saya tertarik untuk menulis posting ini adalah apabila si gadis ini kerapkali bercerita dan meluahkan soal hati dan perasaan.


Saya tersentuh. Bukan kerana terikut2 dengan emosi dan perasaan si penulis, tetapi sedikit sedih kerana si gadis terlalu terikut2 dengan perasaan tanpa diberi panduan yang betul dan tepat. Secara kasarnya, blog tersebut menjadi tempat si gadis meluahkan rasa hatinya yang kesepian , kesunyian dan sangat2 memerlukan teman hidup bergelar suami. Dia juga menceritakan bagaimana kisah cinta nya yang telah 5,6 kali gagal bersama beberapa lelaki sebelum ini. Dia dipermainkan, atau lebih tepat, dia bertepuk sebelah tangan.


Dia menulis lagi tentang nasib. Inilah nasib si gadis yang tiada rupa. Tiada daya tarikan yang mampu menambat hati sang jejaka. Tulisannya sangat beremosi, sehingga terkadang saya seolah mendengar nada ratapan dari tulisan tersebut. Sebuah kekecewaan dan kesunyian yang amat mendalam.


CINTA IS FITRAH


Semua orang tahu perkara tersebut. Semua orang juga akan dilanda perkara tersebut. Sebabnya, fitrah terkandung dalam badan, dan manusia tidak bisa menyuruh doktor membuat pembedahan bagi membuang fitrah tersebut. Mahu atau tidak, ia perlu dihadapi. Di sinilah letaknya perjuangan. Perjuangan untuk menyalurkan fitrah pada jalan yang jauh dari fitnah.


Dalam perjuangan itu, bukan semua manusia berjaya. Sebahagian manusia tumpas dan tewas. Gejala zina, rogol dan skandal adalah racun2 bisa yang timbul daripada kegagalan menyalurkan fitrah pada tempat yang sepatutnya.


Benar, mencari cinta bukan senang. Menghabiskan sebuah penantian bukanlah satu kerja mudah. Apatah lagi kita hidup bermasyarakat. Andai di kampus, kita dikelilingi kawan2 yang berbagai ragam. Situasi kadang2 menjadi teruk apabila rata2 di kalangan kawan2 kita sudah punyai pasangan atau couple, sedangkan kita masih menanti. 


Bagi wanita yang menghadapi situasi ini, mereka sangat mudah dihanyutkan emosi sendiri. Mereka seringkali merasakan diri mereka 'tak laku'. Lantas, mereka merendahkan diri mereka ke tahap yang tidak sepatutnya. Peringatan : saya membuka penulisan saya dalam ruang lingkup yang lebih luas, bukan terhad kepada 'gadis2 berjubah dan betudung labuh' sahaja


DARJAT ANDA TINGGI DAN MULIA


Apabila mereka merendahkan darjat dan kemuliaan mereka- dengan harapan akan cepat menerima cinta- maka perkara sebaliknya yang mereka dapat. Sebelum tangan bertepuk, mereka sudah terlebih dahulu melompat dan bersorak. Inilah silapnya. Sang lelaki sebenarnya mudah merasa tawar hati apabila cinta yang mereka buru, mereka dapat dengan mudah. Perkara yang seringkali wanita lupa adalah ; lelaki akan benar2 menghargai sesebuah cinta andaikata mereka memperoleh cinta tersebut dengan cara yang sukar dan mahal.


Analogi yang sering kita dengar adalah tentang pokok epal. Kerana merasakan dirinya tidak laku akibat lambat dipetik, maka dia merendahkan dahannya bagi membolehkan sesiapa sahaja memetiknya dengan mudah. Sedangkan darjatnya tinggi. Bukan kerana kulitnya merah atau hijau. Bukan kerana saiznya besar atau kecil. Tetapi kerana engkau adalah epal, dan Allah memang menjadikan engkau sebagai epal, dan Allah juga menjadikan dahan tempat engkau duduk itu tinggi- bagi memastikan hanya mereka yang benar2 mahukan engkau yang memanjat dan bersusah payah memetik engkau, dan seterusnya akan menghargai engkau sebaik mungkin.


BUKAN SEMUA BERNASIB BAIK

Benar, bukan semua wanita bernasib baik. Ada yang cepat disunting seawal usia 19 tahun, ada juga yang masih keseorangan di usia 29 bahkan 30 tahun. Usah membanding2kan diri anda dengan wanita lain. Hakikat luaran , memang mereka kelihatan mudah mendapat 'cinta' disebabkan mereka punya rupa yang cantik, keturunan bangsawan ataupun  punya harta dan kedudukan. Tetapi hakikat yang tidak anda nampak adalah, belum tentu mereka bahagian biarpun  mereka lebih cepat menerima pasangan sebelum anda.


Bahagia adalah kurniaan Allah. Ia adalah buah sebenar dari cinta. Cinta yang tidak disertai CINTA tidak akan menghasilkan buah bernama bahagia, rahmah dan sakinah. Lantaran itu, berlaku terlalu banyak kes2 penceraian walaupun  pasangan itu sama cantik dan berharta. Sedangkan kebanyakan perkahwinan yang lebih sederhana dari mereka, kekal ke anak cucu dan hidup aman bahagia.


CARILAH CINTA, BUKAN cinta


Ada perbezaaan antara CINTA dan cinta. CINTA adalah hubungan kasih sayang antara kita dan Allah yang tidak berbelah bagi. Allah di hati kita, dan kita yakin kita akan terus meletakkan Allah di tempat pertama dalam hati kita. Kemudian, barulah Allah akan hadirkan cinta, iaitu hubungan kasih sayang antara kita dan pasangan kita sebagai suami isteri.


Jodoh adalah perkara yang telah ditetapkan. Itu muktamad. Itu janji Allah. Cuma bezanya adalah cepat atau lambat. Ada orang, baru 2 bulan lepas berhasrat untuk berkahwin, dan semalam hasratnya termakbul. Ada orang, sudah 2 tahun berhasrat dan berusaha untuk berkahwin, tetapi hingga kini belum kesampaian. Kalau lah semua manusia yang menghadapi situasi ini tidak meyakini jodoh dari Allah, pasti kesemua dari kita akan meratap dan berputus asa.


Itu namanya jodoh. Usahlah diratapi andai Mr Right yang anda cari belum ditemui. Usah menghina dan meratapi kekurangan diri anda dari segi rupa dan sebagainya, sebaliknya carilah Allah. Dekatkan diri kepadaNya. Baiki segala kekurangan yang masih ada. Aurat anda sudahkan terjaga sepenuhnya. Akhlak anda sudahkah mantap untuk mendidik anak2 anda yang bakal dilahirkan. Segala segi perlu anda teliti dan perbaiki. Terkadang kita merasa sudah bersedia, tetapi sebenarnya masih banyak kekurangan. Lantaran itu Allah belum hadirkan jodoh kita. Perkara ini sering saya ingatkan kepada diri sendiri.


SEBUAH HARAPAN


Saya tahu, susah untuk memberi kefahaman sedemikian kepada wanita yang bukan dari jurusan agama. Kalau jurusan agama atau ustazah, mereka pasti sudah sedia faham perkara tersebut, dan jarang sekali ada di kalangan mereka yang terhegeh2 untuk memancing lelaki. Mereka punya maruah dan mereka menjauhi perkara2 yang menimbulkan keaiban. Cuma sebahagian kecil sahaja dari mereka yang gagal dalam perkara tersebut. 


Tetapi kalau wanita yang bukan jurusan agama, atau punya pegangan agama yang agak lemah, atau tidak menerima pendidikan dan kefahaman agama secara formal, mereka amat mudah hilang pedoman dan kesabaran dalam menghadapi fitrah bernama cinta. Sebenarnya saya sangat sedih apabila melihat kebanyakan gadis2 yang 'kurang laku' berlumba2 merendahkan darjat dan kemahalan mereka untuk memancing cinta dari lelaki. Saya dapat menyelami jiwa kebanyakan mereka yang kurang rupa, atau tidak mempunyai rupa yang cantik, atau tidak educated atau mempunyai identiti bermasalah.


Jujurnya, saya tidak suka bila membaca atau menyelami perasaan mereka. Sebab itulah saya hasilkan tulisan ini. Saya cuma mengharapkan mereka sabar dan tabah. Kekalkan lah darjat kemuliaan kalian , dan jadilah seorang wanita yang mahal. Banyak perkara boleh anda lakukan dalam proses penantian ini, seperti memberi lebih fokus kepada pelajaran, atau memberi lebih tumpuan dalam membina kerjaya anda, atau memberi lebih perhatian dalam keluarga anda sendiri.


InsyaAllah, jodoh itu akan hadir sebagai satu rezeki dan nikmat yang paling besar dari Allah. Selalulah amalkan membaca ayat seribu dinar selepas solat 5 waktu. Yakini janji Allah : " dan Kami datangkan rezeki dari arah yang tidak mereka sangka.."


Sekian.


0 comments:

Archive Blog