Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

13 December 2009

Kem Smart Quran ( KSQ II )

Oleh : hafizquran

Alhamdulillah. Program Kem Smart Quran dengan memperkenalkan Teknik Al-Baghdadi anjuran Syihab Resources yang diadakan selama 6 hari telah pun berakhir semalam. Program yang diadakan bertempat di Kolej Pendeta Za'ba UKM itu berjaya menarik penyertaan seramai kira2 44 orang peserta lelaki dan perempuan yang terdiri dari pelajar sekolah rendah dan menengah.

Menurut pengarah program KSQ II, Puan Sarah bt Azizul, program ini merupakan kesinambungan dari program Kem Smart Quran I yang telah diadakan pada tahun lepas. Urusetia program terdiri daripada beliau sendiri selaku pengarah, dibantu oleh Saudara Faizal Ishak selaku Jurulatih dan Ketua Fasilitator, Saudara Aswad Khawari selaku Jurulatih, dan barisan Fasilitator seramai 4 lelaki dan 3 perempuan ( Sdr Radzi, Sdr Syafiq, Sdr Khalil , Sdr Saiful, Sdri Rohana , Sdri Jasaliana dan Sdri Farhanah ).

Secara dasarnya, program Kem Smart Quran adalah bertujuan untuk melatih para peserta supaya dapat mengenal dan membaca Al-Quran dengan cepat dan mudah melalui satu teknik yang dinamakan sebagai Teknik Al-Baghdadi. Teknik ini telah diasaskan oleh Ustaz Jalaluddin yang juga berpengalaman dalam kaedah Al-Barqy. Teknik Al-Baghdadi mencetus kelainan dengan penggunaan 'Alat Ketuk' selain panduan dari buku asas yang diterbitkan oleh Syihab Resources.

Teknik mengetuk dengan menggunakan alat ketuk ini dilihat mampu memberi kesan kepada pembacaan Al-Quran secara tartil iaitu satu per satu. Penekanan ke atas sebutan dan makhraj huruf selain tajwid asas Al-Quran amat dititikberatkan melalui kaedah ini. Rata2 peserta menunjukkan perubahan yang positif setelah dibuat penilaian pada hari pertama program dan hari terakhir program.- hafizquran


Ulasan :


Secara dasarnya, kemunculan pelbagai teknik dan kaedah dalam menggalakkan orang ramai berminat dan terbuka untuk mempelajari Al-Quran adalah satu perkara yang amat bagus dan patut diberi penggalakan. Tidak kira lah samada namanya Al-Baghdadi, Al-Barqy, Qiraati dan sebagainya. Semuanya merupakan gabungan kaedah2 yang telahpun dikaji dan diperkenalkan sebagai 'jalan mudah' dan sistematik untuk mengaji Al-Quran.


Sata sendiri berasa gembira kerana berpeluang untuk mengenali satu teknik bernama 'Al-Baghdadi'. Mungkin saya akan membuat kajian lebih lanjut ke atas teknik ini sebelum membuat ulasan yang lebih terperinci. Namun secara asasnya, ia satu alternatif yang amat baik, terutama untuk melahirkan generasi yang celik Al-Quran.


Tempoh 6 hari dilihat agak lama untuk objektif Al-Baghdadi sahaja, namun disebabkan sekarang adalah waktu cuti sekolah, maka program ini dilihat berjaya menggabungkan dua objektif lain iaitu program motivasi. Sebagai Fasi, saya sebaik mungkin cuba mengetengahan beberapa idea dan modul bagi mencapai objektif 'motvasi diri' para peserta.


SEMPOI


Agak mengujakan bila kumpulan Umar Al-Khattab yang dipimpin oleh saya berjaya menjadi johan atau kumpulan terbaik dari 6 kumpulan. Ini bukan kali pertama saya menjadi fasilitator, tetapi inilah kali pertama kumpulan yang saya pimpin berjaya menjadi johan. Jadi sekurang2nya saya ada sebab untuk teruja :)

Untuk akhirnya, terima kasih untuk kalian yang baru saya kenali, juga kepada pengarah program yang sudi memberi kepercayaan, jutaan kemaafan andai ada tingkah atau tutur kata yang tidak menyenangkan. Saya sentiasa mencuba yang terbaik untuk diri saya dan kalian. Semoga bertemu di lain waktu. InsyaAllah.

Komen saya untuk kalian : korang memang best..!


Sekian




 GALERI GAMBAR KSQ II

 













0 comments:

Archive Blog