Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

16 December 2009

Gejala ZINA dua negara

Berita A :

MOGADISHU - Seorang lelaki yang didapati bersalah berzina di Somalia direjam sampai mati, lapor sebuah akhbar semalam.Sebelum dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang syariah, Hakim Osman Siidow Hasan memberitahu penduduk, dua lelaki itu mengaku melakukan kesalahan selepas siasatan dilakukan.

Seorang wanita yang mengaku melakukan hubungan seks di luar nikah turut dihukum 100 kali sebatan.

"Ini merupakan hari penghakiman," kata Osman kepada orang ramai.

"Kami telah melakukan siasatan dan mereka sudah mengaku," tambahnya. 

Hukuman itu dibuat selepas pertempuran antara kumpulan yang menentang dan kumpulan yang mahu hukuman itu dilaksanakan dengan segera berakhir.
Seorang anggota keluarga mangsa yang dibunuh kemudian menembak mati penembaknya yang telah ditangkap.

Pesalah zina tersebut, Mohamed Abukar Ibrahim ditanam di dalam lubang sehingga ke dada dan direjam sehingga dia mati. "Saya tidak sanggup untuk melihatnya," kata seorang lelaki, Ali Gabow. Menurutnya, seorang wanita yang mengaku berzina itu dihukum 100 kali sebatan kerana dia menyatakan dirinya masih belum berkahwin. - Agensi


Berita B :


Aksi remaja 14 tahun terbongkar

KUALA LIPIS: Lakonan 'terlampau' seorang pelajar berusia 14 tahun melakukan hubungan seks dengan lima lelaki terbongkar apabila ahli keluarganya melihat aksinya yang dirakam dalam telefon bimbit miliknya.

Dalam rakaman itu, gadis terbabit yang bersekolah menengah di sini, dilihat melakukan hubungan seks dengan lima lelaki berusia dalam lingkungan 20-an secara bergilir-gilir.

Perbuatannya diketahui ahli keluarganya selepas seorang daripadanya memeriksa fail gambar dalam telefon bimbit gadis berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata keluarga terbabit sudah membuat laporan polis di Balai Polis Merapoh, dekat sini, semalam.

Katanya, pihaknya akan melakukan penelitian dan memeriksa rakaman itu bagi memastikan kesahihannya.

Berikutan itu, katanya polis menubuhkan pasukan khas untuk mengesan lima lelaki terbabit.
"Polis akan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan laporan yang diterima, bapa gadis itu dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh ahli keluarganya yang kemudian memperlihatkan rakaman aksi berkenaan.

Katanya, gadis itu membuat pengakuan terbabit dalam rakaman itu selepas beberapa kali didesak bapanya.

Sumber : Berita Harian Online



Ulasan :

  • Berita A mempunyai penyelesaian lebih baik berbanding berita B , kerana ianya diperintah oleh Islam
  • Berita B sukar mengikut jejak langkah berita A dalam masa terdekat, kerana berita B terlalu banyak berlaku , lebih2 lagi yang tidak dilaporkan
  • Masyarakat A tidak akan menjadi se 'berani ' masyarakat B kerana wujudnya penguatkuasaan seperti dalam berita A
  • Masyarakat A lebih miskin material berbanding masyarakat B , tetapi kekayaan Iman mereka jauh mengatasi masyarakat B dalam mengamalkan Islam yang sebenar
  • Hakikatnya hanya berita A merupakan penyelesaian terbaik bagi membendung gejala zina dan ini seharusnya dipandang serius oleh negara B
  • Gejala zina di negara B semakin teruk dari hari ke hari , sehingga melibatkan kanak2 dan remaja bawah umur , namun sehingga kini belum kelihatan usaha bersungguh2 untuk menangani gejala tersebut
  • Seluruh rakyat B seharusnya tidak berputus asa berdoa dan berusaha supaya penguatkuasaan dalam berita A dapat diwujudkan di negara B suatu hari nanti, insyaAllah


HUKUM HUDUD :


MOHAMED ditanam dalam lubang di Afgoye, pada Ahad lalu.



SEORANG lelaki menimbus tanah di dada Mohamed

 

BEBERAPA orang merejam Mohamed sehingga dia mati


Sekian


0 comments:

Archive Blog