Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

03 December 2009

Filem Jalang ( no picture )

Oleh : hafizquran


Filem terbaru yang mencetuskan kontroversi telah muncul di pawagam 26 november yang lepas. Filem ini bertemakan kehidupan masyarakat peniaga dan saudagar yang menggunakan wanita sebagai umpan bagi membolot peluang-peluang peniagaan dari pesaing-pesaing mereka.Ianya mengisahkan kehidupan seorang wanita bujang Maria, yang bekerja sebagai perunding, yang berjaya memenangi berbagai tender pembangunan dengan menggunakan tubuh badannya sebagai habuan kepada pihak yang membuat keputusan, dengan cara itu beliau mendapat dalal yang besar sebagai ganjaran dan upah.

Syarikat penerbit : De Baron
Pelakon utama : Yasmin Khanif

Sumber : klik



_________________________________________________



Kelihatan seperti saya pula yang sedang mempromosikan filem tersebut. Alahai. Baguslah. Semestinya kita perlu mempromosikan filem negara kita. Siapa lagi yang hendak menjayakan industri filem tanahair tercinta kalau bukan kita, kan?


Aduh. Alangkah malang jika itulah semangat yang sedang disemaikan ke dalam jiwa rakyat Malaysia hari ini. Semakin hari kita melihat semakin banyak filem karut marut ditayangkan kepada umum. Saya telah mengulas dalam entri yang lepas, bagaimana idea dari otak seorang manusia boleh mempengaruhi pemikiran dan gaya hidup ribuan rakyat negara kita. Jangan kata perkara kecil, kerana kuasa filem sememangnya mampu memberi impak besar kepada masyarakat.


Andainya baik dan molek mesej yang dibawa dalam filem tersebut, maka baiklah moral yang diterima oleh penonton. Sebaliknya jikalau buruk dan negatif, maka natijah demikianlah yang akan memburukkan pemikiran dan gaya hidup masyarakat.


Bagi saya, apa yang tersurat dalam filem Jalang ada 2 yang rata2 umum mengetahuinya. Pertama, meraih kutipan panggung - kalau boleh biar box office - menerusi tajuk bersifat kontroversi. Kedua, mengetengahkan satu isu ke 'jalang' an yang sememangnya wujud dalam masyarakat hari ini, tetapi tidak diambil cakna oleh kerajaan, dan tidak diambil 'port' oleh golongan agama.


Kedua2 motif tersebut masih boleh diterima, melainkan sekiranya wujud motif tersirat yang bertujuan merosakkan pemikiran, pancaindera ( mata, telinga ) muda mudi dan sebagainya. Matlamat yang baik tetap tidak menghalalkan cara. Di sinilah kebanyakan penerbit dan pengarah filem seringkali gagal. 


Untuk menyatakan bahawa berzina haram, tidak perlu dilakonkan aksi berzina atau tubuh separuh bogel yang boleh membangkitkan syahwat penonton. Demikian juga dengan aksi mengidu gam , menghisap dadah atau merempit. Seringkali ditonjolkan sehingga tahap boleh ditiru atau dibimbangi akan ditiru- walaupun dinasihatkan sebagai 'dilarang meniru aksi ini', tetapi siapa peduli?


Namun di pihak pengarah dan penerbit filem pula, seandainya tiada elemen yang bersifat 'hot' atau 'berani' , maka filem mereka tidak laku. Menonton review atau trailer sahaja sudah tidak menarik minat penonton. Lantas bagaimana mahu meraih kutipan pawagam? Lebih2 lagi apabila wujud persaingan di kalangan mereka sendiri dalam pembikinan filem.



APA DI SEBALIK JALANG


Golongan yang mahu berfikir, usah terlebih dahulu melabel negatif sehingga membejatkan pemikiran anda. Biarkan sahaja golongan2 yang tidak mahu berfikir untuk hanya mengutuk, mengkritik dan sebagainya terhadap filem2 sebegini, tanpa mahu menyelam hingga ke dasar. Kita tidak pula mengatakan sokongan terhadap filem2 tanahair , lebih2 lagi filem bercorak sebegini, kerana kita jelas tentang impak negatif yang terkandung secara tersirat di dalamnya, namun begitu kita juga tidak mahu menjadi golongan yang hanya membangkang tanpa alternatif atau bersikap lebih terbuka.



Kita perlu sedar, dalam pada kita tidak mengambil berat, sebenarnya umat Malaysia mengambil tahu bahkan menonton filem2 sebegini. Apa akan terjadi kiranya budaya membikin filem2 kontorversi sebegini berterusan? Saya tidak mempertikai motif dan moral nya, tetapi cara dan aksi dalam filem tersebut. Belum cukup kita menentang dan mengkritik para artis yang suka berpakaian ketat sehingga menjadi ikutan muda mudi, kini timbul pula 'penghalalan' terhadap aksi panas seperti adegan yang seolah2 mencerminkan adegan ranjang, serta pemakaian separuh bogel atau 'menampakkan lurah'. Jangan larang saya untuk menulis dengan jelas, kerana saya berharap pembaca adalah dewasa. Kiranya belum cukup umur, sila klik butang x di atas sebelah kanan.

Tapi, adakah apa yang saya tulis ini tidak baik untuk dinilai? Tentunya tidak. Kalau tidak baik, masakan filem Jalang boleh diluluskan untuk ditayangkan? Kalau aksi di dalamnya terlebih atau terlalu panas, bagaimana ia boleh muncul di pawagam? Itu kan sesuatu yang pelik di dalam sebuah negara Islam bernama Malaysia?




KESIMPULAN


  • Bagi saya, filem Jalang atau filem dengan motif ' jalang ' tidak salah untuk diterbitkan dan diketengahkan isu tersebut kepada masyarakat bagi tujuan memberi kesedaran, membuka mata pihak berwajib dan sebagainya. 
  • Tetapi pembikinan filem sebegini perlu dibuat dengan sangat teliti, bermula dari skrip, pelakon, pakaian pelakon, aksi2 untuk menyampaikan motif dan sebagainya. Semestinya prinsip matlamat tidak menghalalkan cara perlu dipegang bersungguh2.
  • Saya berlapang dada dengan pendapat yang menyokong pembikinan filem2 panas seperti anak halal, bohsia, rempit, jalang dan sebagainya dengan alasan bahawa inilah realiti sebenar yang berlaku dalam masyarakat hari ini, jadi mengapa perlu dipejamkan mata dan 'malu2'?
  • Golongan faham agama perlu menjadi check n balance kepada  fenomena sebegini dengan cara yang lebih profesional.
  • Penerbit dan pengarah filem tidak sepatutnya membuat filem hanya untuk melariskan jualan semata2, tetapi perlu lebih bertanggungjawab dengan motif dan cara penyampaian yang boleh memberi impak besar kepada masyarakat.
  • Kita tidak seharusnya bersikap membangkang dan hanya pandai mengkritik, sebaliknya perlu wujud usaha untuk meneutralkan keadaan. Kalau tidak boleh menjadi penerbit sekalipun , sekurang2nya boleh menjadi penegur atau pencetus idea yang baik. Mudah2an satu hari nanti akan muncul penerbit filem dengan filem yang lebih baik. Mesej nya ada, penyampaiannya juga halal. InsyaAllah.


Sekian.

0 comments:

Archive Blog