Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

15 December 2009

Datin Rosmah isteri Dato' Seri Najib

“Perbuatan seperti itu satu dosa,” katanya merujuk kepada soalan seorang peserta pada satu wacana yang dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri di Kelantan Trade Centre. Penganjur bersama program itu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan Perbadanan Menteri Besar. 


Seorang peserta menanyakan apa hukum isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak menutup aurat dijawab bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad sebagai berdosa. Katanya, di akhirat kelak wanita yang tidak menutup aurat akan ditanyakan di hadapan Allah Taala mengapa tidak mematuhi suruhan agama.


Dewan konvensyen tempat wacana diadakan penuh sesak sehingga memaksa penganjur memasang dua skrin besar di luar dewan. Orang ramai melimpah sehingga ke atas jalan raya. Wacana itu yang panas sepanjang program berlangsung menampilkan tiga lagi anggota panel iaitu anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Mohd Affendi Yusof. Pensyarah kanan UKM, Prof Madya Dr Mohd Agus Yusof bertindak sebagai moderator. Hadir sama anggota Exco, Dr Mohamad Fadzli Hassan.


Sumber : Klik






Ulasan :


Tersenyum sendirian kala membaca berita tersebut. Sebenarnya tak payah tunggu Dato' Nakhaie sebut tentang dosa membuka aurat , kerana sekalian rakyat Malaysia maklum bahawa membuka aurat adalah berdosa. Tak kiralah samada lelaki atau wanita. Tetapi di Malaysia, sudah tentu bilangan perempuan yang mendedahkan aurat jauh lebih ramai dari lelaki.


Waktu saya kecil dahulu, seingat saya belum masuk darjah 3 lagi, kami adik beradik suka membaca suratkhabar. Tetapi bukan berita atau sukan yang kami baca. Kami cuma mencari kartun yang diselitkan dalam helaian2 suratkhabar , kemudian kami ajuk dialog kartun tersebut. Saya kurang pasti waktu itu bagaimana keadaan politik Malaysia. Apa yang saya ingat, suratkhabar waktu itu agak Islamik berbanding sekarang.


Terdapat satu page yang menyiarkan kartun berunsur Islamik. Antaranya gambar seorang wanita berambut panjang, kemudian rambutnya dibakar dan dia meraung kesakitan. Kemudian ditulis bahawa itulah balasan bagi wanita yang tidak menutup auratnya. Kemudian ada lagi kartun lain, antaranya lidah dipotong sebagai balasan menipu dan sebagainya.


Kami kanak2 pada waktu itu begitu takut dan berhati2 selepas memahami maksud kartun tersebut. Kami takut untuk berbohong, kerana bimbang lidah akan dipotong. Bagi yang perempuan, risau untuk membiarkan rambutnya terbuka, kerana takut di akhirat kelak rambut mereka akan dibakar.


Kini, kartun atau pengajaran seumpama itu tidak ada lagi. Sedari kecil, tiada siapa kisah tentang aurat. Semakin besar, aurat bukan lagi perkara utama bagi mereka. Bahkan tidak segan silu mendedahkan tubuh badan mereka untuk tatapan kaum lelaki. Inilah budaya yang sememangnya telah diterima di negara Malaysia hari ini.




ZAMAN RASULULLAH


Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada contoh ikutan yang baik. Ada orang tanya, Rasulullah itu lelaki. Bagaimana mahu ditiru dalam bab aurat wanita? Selain sabdaan baginda sebagai panduan, kita sebenarnya mempunyai model yang sangat hebat bagi para wanita iaitu sekalian isteri Rasulullah yang digelar sebagai Ummahatul Mukminin.


Kesemuanya telah ditunjukkan oleh mereka. Bagaimana etika berpakaian menutup aurat bagi wanita. Berpakaian longgar, menutup sekalian tubuh kecuali muka dan tapak tangan, melabuhkan tudung sehingga menutupi dada, tidak memakai pakaian yang menarik perhatian atau bertabarruj dengan tabarruj jahiliah dan sebagainya.




ZAMAN KITA


Sepatutnya kita juga mempunyai model seumpama itu hari ini. Model yang menyedari bahawa dia menyambung kesinambungan tugas para Ummahatul Mukminin. Kalau di Malaysia, kita anggap PM sebagai Ketua Negara, maka sudah pasti isteri kepada PM adalah contoh ikutan kepada sekalian wanita di Malaysia.


Annas a'la diini mulukihim. Realitinya kita dapat melihat, adakah Rosmah menjadi ikutan dan model syariat Islam yang baik sebagai panduan kepada sekalian muslimat dan mukminat di Malaysia? Tidak perlu dilihat dalaman, lihat sahaja cara beliau berpakaian. Kalau beliau sendiri tidak menutup aurat, rambut berjambul, kemudian 1Malaysia ikut, kita nak kata apa? Wanita Malaysia jawab : ala..Kak Rosmah tak tutup aurat, Dato Najib tak marah pun, kamu sibuk2 buat apa?


Teguran dari berita di atas secara tersiratnya mempunyai satu maksud yang lain, iaitu : " wahai Najib, tegurlah isterimu, kerana engkau pemimpin ke atas dirinya, dan dirinya menjadi ikutan sekalian wanita di Malaysia yang kamu kuasai.."
 



KUASA SUAMI


Sabda Nabi s.a.w :

" Sekiranya manusia boleh sujud kepada manusia lain, nescaya akan ku perintahkan isteri sujud kepada sang suami.."

Saya malas mengulas tentang spekulasi yang rata2 kita pernah dengar. 'Rosmah suami Najib'. Dikatakan Najib tidak berani melawan Rosmah, dan dikatakan Rosmah lebih berkuasa ke atas Malaysia berbanding Najib. Macam2 yang kedengaran.


Bagi saya, amat bermakna kalau Najib bertindak menegur Rosmah supaya menutup auratnya. Sekurang2nya biarlah bertudung dengan sopan dan menutup sekalian rambut. Di situ letaknya keizzahan seorang suami. Seorang suami yang bertegas dengan isteri dalam hal2 agama, tetapi berlembut dalam hal dunia, akan melahirkan rasa izzah dan penghormatan yang tinggi dari si isteri kepada suami.


Persoalannya, tegaskah Dato' Seri Najib dalam hal2 agama? Andai isteri sendiri ditegur di khalayak ramai oleh orang lain, didengar pula oleh 1Malaysia, dan si suami  hanya membiarkan, maka itu dayus namanya. 




Sekian.

0 comments:

Archive Blog