Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

04 December 2009

Akhil Hayy tak layak ajar agama - JAIS

                                                   "PUTRAJAYA: Penceramah muda yang juga bekas penyanyi rock, Akhil Hayy tidak layak berceramah dan mentarbiah orang lain berdasarkan latar belakang agama yang cetek selain hanya mengharapkan populariti sebagai artis semata-mata. 

Bukan itu saja, penceramah yang pernah menjadi pengacara sebuah rancangan ilmiah di televisyen itu juga tidak pernah diberikan sebarang kelulusan berceramah dan pernah ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). 

Kenyataan itu dikeluarkan Pengarah Jais, Datuk Mohamed Khusrin Munawi yang mengakui berdasarkan maklumat, bekas penyanyi kumpulan rock terbabit tidak mempunyai latar belakang agama bagi melayakkannya memberikan ceramah agama. Tanpa berselindung, beliau berkata, penceramah muda terbabit juga pernah ditahan kerana tidak memiliki kebenaran bagi menyampaikan ceramah tetapi tidak didakwa dan dibebaskan."

sumber : Tranungkite Online v10

__________________

Ulasan 

Sebenarnya saya juga tidak layak untuk mengulas, kerana saya tidak ada tauliah. Boleh ke macam tu? Boleh kot. Saya bukan ahli dalam bidang undang2, justeru mungkin kalau saya mengulas saya akan membuat ulasan berkaitan undang2 dengan tidak tepat dan boleh membuatkan pembaca mendapat input yang tidak jelas dan sebagainya, maka saya boleh juga dikatakan tidak layak. Tetapi disebabkan Malaysia umumnya atau mana2 negeri khususnya, tidak mengamalkan sistem tauliah bagi memberi ulasan sebagai blogger, maka saya bolehlah mengulas tanpa dikira sebagai satu kesalahan. Sekiranya seorang blogger perlu mendapatkan tauliah bagi mengulas sesuatu perkara, samada berkaitan undang2 atau yang lain, maka saya juga mungkin boleh ditangkap oleh penguatkuasa. Mungkin begitu.


ISU TAULIAH

Isu ini sudah ketinggalan agak ke belakang. Sengaja saya post kan berita tentang akhil hayy di atas. Bukan untuk memberi publisiti kepada suami waheeda. Sekadar menjadi bahan maklumat bersama. Dahulu, nama akhil hayy masyhur dan disukai ramai. Macam susu pekat f&n. Lemak berkrim dan disukai ramai. Ceramahnya laku, lawaknya ditiru2. Bahkan menjadi kegemaran muda mudi, lebih2 lagi mudi. Sebelum berceramah, diminta pula oleh peminat2 : " ustaz, malam ni nyanyi banyak skit ustaz..." Begitulah kira2nya kehebatan akhil hayy waktu itu.

Pernah sekali, beberapa tahun lepas, sewaktu akhil masih hangat di pasaran. Kami memasang sekeping kaset ceramah akhil hayy, sekadar halwa telinga dalam perjalanan pulang ke kampung. Akhirnya ibu saya yang hanya mendiamkan diri dari awal bersuara : " apa dia mengarut ni..sebut kisah nabi tak betul .." Saya tidak mempersoalkan ibu saya. Dia sudah menjadi ustazah dari saya lahir, sampai sekarang masih mengajar. Mungkin dia agak syadid tentang persoalan2 basic. Nama2 Nabi, peristiwa dan sebagainya. Kalau kata ( contoh ) dalam peristiwa Qurban, yang hendak disembelih adalah Nabi Ismail, tetapi kerana terlebih galak, disebut Nabi Yaakub. Itu mungkin antara contoh kesilapan yang membuat ibu saya marah.

Semakin besar dan semakin lama mendengar nama akhil hayy, saya cuba pula memberi lebih tumpuan kepada isi ceramahnya, bukan lagi lawak2 atau perkara sampingan yang saya kira itulah bahan tarikan yang sebenarnya. Mungkin tidak keterlaluan bila saya katakan, kesilapan akhil hayy adalah apabila terlebih added value dari co bussiness. Untuk dicatat sebaris bahan ilmiah dari ceramahnya pun agak sukar, tetapi kalau modal lawak yang ingin dicatat, sudah pasti berjela2. Itu apa yang pernah saya lakukan. Saya kira saya menulis sebegini kerana saya mengenali akhil hayy dan method penyampaiannya, tidak timbul soal menjatuhkan air muka beliau dan sebagainya.


TERSURAT DAN TERSIRAT

Dalam laporan di atas, apa yang tersurat mungkin mengenai akhil hayy yang mana pihak atasan JAIS merasakan beliau tidak layak untuk berceramah. Akhil hayy juga sebenarnya tidak mempunyai background agama ( mungkin kerana tidak pernah masuk pondok atau tidak memiliki ijazah pengajian islam ). Akhil juga sememangnya pernah ditangkap ( pengakuan ) tetapi tidak pula didakwa sebaliknya hanya dilepaskan.

Itu yang tersurat. Apa yang tersirat? Mungkin kerana akhil hayy yang mencelah di tengah2 kehangatan isu Dr Asri yang lepas, dengan mengatakan beliau juga tiada tauliah tapi tak pernah didakwa, maka JAIS menempelak akhil hayy dengan kenyataan sebegini. Mungkin juga untuk membuat pencerahan kepada masyarakat bahawa akhil hayy tidak mempunyai kepakaran dalam ilmu agama ( fiqh dan sebagainya ), justeru beliau tidak diberi tauliah. Tidak mustahil juga ada di kalangan masyarakat yang menilai akhil sebagai ustaz yang betul2 ustaz berdasarkan serban jubah atau 'burdah'nya.


DR ASRI

Sebenarnya, isu Dr Asri juga demikian. Beliau ditangkap ketika memberi ceramah dengan alasan beliau tiada tauliah. Bahkan seringkali berceramah tanpa tauliah di 'markas'nya Taman Ukays. Lalu beliau ditahan. Apa yang tersurat, Dr Asri tiada tauliah dan tidak pula memohon untuk mendapatkan tauliah. Undang2 di Selangor memerlukan seseorang penceramah mempunyai tauliah yang disahkan oleh JAIS. Justeru, tidak salah JAIS menahan Dr Asri- dengan sebab tiada tauliah. Mereka menjalankan tugas yang temaktub. Secara tersurat, tidak boleh dipersoalkan mereka. Sesiapa sekalipun , tiada tauliah tetap dikira bersalah.

Apa pula yang tersirat? Sekalian kita boleh menilai sendiri. Mungkin penahanan Dr Asri berunsur politik. Mungkin kerana menolak pelawaan PM ( spekulasi ). Mungkin penahanan beliau dipersoal dan dipertikai kerana method yang digunakan, yakni salah dan jelik secara moral, dengan membawa berpuluh2 anggota polis seakan memberkas penjenayah besar dan sebagainya. Mungkin KPPP boleh mempertikai kenapa ditangkap beliau sedangkan ramai lagi yang melakukan jenayah merompak membunuh dan sebagainya tidak diberi tumpuan, dan macam2 lagi kemungkinan tersirat yang lain.

Pokoknya, yang tersurat tetap betul dan tidak boleh disaman atau didakwa. Dalam masa yang sama, perkara tersirat juga masih boleh dijadikan bahan perbincangan dan penghujahan semula.


KESIMPULAN

Tauliah adalah sejenis kebenaran bertulis yang mana diberikan oleh jabatan agama , contohnya, JAIS kepada individu2 tertentu yang mana dirasakan layak dan boleh mengajar agama kepada masyarakat. Individu tersebut akan diminta mengemukakan sijil2 , mengisi borang dan menghadiri sesi temuduga. Dari satu sudut, ini adalah satu prosedur yang sihat , lebih2 lagi untuk mengekang dan menghindari sebarang ajaran yang berunsur sesat atau terpesong dari ajaran Islam sebenar. Individu yang lulus dan diberi tauliah juga terikat dengan syarat2, yang mana sekiranya dilanggar maka berkemungkinan tauliah mereka akan ditarik.

Tetapi, prosedur sebegini juga boleh menjadi tidak sihat apabila ia disalahgunakan, contohnya untuk menutup mulut individu tertentu, menyekat penceramah pro mana2 parti, terlebih kepentingan politik, dijadikan kuda tunggangan dan lain2 lagi. Dalam keadaan ini, prosedur tadi boleh dikecam dan dipertikai.

Bagi saya, kalau itulah prosedur yang perlu kita patuhi untuk menyampaikan Islam , maka kita perlu akur. Masuk ke tempat orang memerlukan kita memberi sedikit penghormatan kepada tempat tersebut, biarpun kedudukan dan gelaran kita lebih besar. Perkara asas adalah sekurang2nya memohon untuk mendapatkan tauliah. Temuduga yang dijalankan pula bukanlah sehebat ujian final kita sewaktu di Universiti. Kalau kita mampu memperoleh segulung ijazah, apalah sangat dengan sebuah sesi temuduga sekadar 5-15 minit.

Andainya kita mematuhi prosedur, kemudian kelayakan kita juga tidak boleh dipertikai ( dengan ijazah, sijil dsb ) tetapi tetap juga tidak diberi tauliah atau ditarik tauliah tanpa sebab - maka itu adalah satu isu yang lain. Negara yang mempunyai sistem kehakiman dan adanya khidmat guaman membolehkan kita memgambil langkah2 selanjutnya . Asasnya, kita mematuhi prosedur yang ada.

Sama juga formulanya. Semua arif dengan kaedah dalam usul fiqh. " wudhuk itu menjadi wajib kerana solat tidak sah melainkan dengan wudhuk".

Sekian.

0 comments:

Archive Blog