Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

30 November 2009

Ulangtahun ke-2 blog hafizquran

Bismillahirrahmanirrahim


Hari ini genap 2 tahun usia blog hafizquran. Kalau ibarat bayi, sudah boleh merangkak dan berjalan. Sudah tidak perlu menyusu badan. Semakin banyak mengenal benda. Semakin ramai orang yang dikenali. Semakin rapat dengan orang2 yang hampir dengannya.

Mungkin blog ini juga demikian. Semakin mengenal kawan dan lawan. Semakin ghairah untuk terus bertatih dan melangkah, meskipun terjatuh beberapa kali. Tapi semangat itu ada. Semangat itu tidak hilang. Lantaran semangatnya dikembarkan oleh cita2 dan matlamat untuk Islam tercinta.

Blog ini bukan bisu, blog ini bukan pekak, blog ini juga tidak buta. InsyaAllah blog ini telah menjadi satu wasilah, sebagai satu wadah, untuk mengejar satu ghayah. Bukan sia2, bukan tidak bergaji, bahkan ia satu pelaburan jangka panjang untuk saham yang tinggi di akhirat.

Semoga Allah memberi keselamatan, melimpahkan kasih sayang dan memanjangkan usia blog ini dalam irama keimanan yang merdu dan berpanjangan.

Sekian.

0 comments:

Archive Blog