Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

18 November 2009

Petua hafizquran [ 5 ]

Kerap Mendengar Surah / Ayat Yang Belum Dihafaz



Oleh : hafizquran

Jika dirujuk kepada petua2 sedia ada, perkara ini sebenarnya telah banyak kali disebut. Umum mengetahui, bahawa salah satu cara untuk mempermudahkan hafalan baru adalah dengan cara mendengar kaset / audio bacaan2 tersebut. Memori akan menangkap dan memproses ayat2 tersebut sehingga tidak lagi menjadi asing pada pendengaran, seterusnya akan mempermudahkan proses hafalan baru ( tasmi' ).

Ramai yang menggunakan kaedah ini hanya untuk hafalan baru yang terdekat. Contohnya, ketika menghafaz juzuk 5, maka hanya ayat2 baru dalam juzuk 5 sahaja yang dipasang di radio dan sebagainya. Benar, ia berkesan untuk mempermudahkan hafalan dalam jangka seminggu atau 2 minggu.

Lebih baik lagi kiranya anda amalkan petua mendengar ayat2 atau surah2 baru yang lebih 'atas'. Ramai penghafaz Quran 'takut' untuk 'menyelam' lebih awal. Ramai juga yang merasakan kemampuan mereka tidak tinggi. Justeru hanya bersedia berdikit2, untuk esok dan lusa sahaja.

Amalkan mendengar surah2 baru, biarpun masih jauh untuk dihafaz. Tidak salah ketika menghafaz juzuk 3, tetapi seringkali mendengar surah2 di juzuk 16. Lebih mudah kalau mendengar secara berkala. Di samping menghafaz juzuk anda, anda sebenarnya telah melakukan 'pencerahan' kepada hafalan baru anda setahun dua akan datang.

Kelak, bila anda mengamalkan petua ini terus2an, anda akan merasa satu nikmat apabila surah2 yang sering didengar waktu dulu, kini akan dihafaz. Justeru bilangan tasmi' anda juga bertambah. Kemudian, daya ingatan anda terhadap surah2 tersebut juga lebih berkesan berlipat kali ganda.

Kebiasaannya, budak2 kecil yang selalu mendengar sesuatu ketika kecil, akan lebih mudah menghafal dan mengekalkan ingatan terhadap perkara tersebut ketika besar. Sama juga dengan anda. Jangan kata tiada masa. Masa selalu ada untuk anda.

Selamat Mencuba!

0 comments:

Archive Blog