Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

07 November 2009

Petua hafizquran [ 4 ]

Puasa Sunat Kuatkan Memori


Oleh : hafizquran


Sebagai penghafaz Al-Quran , kita digalakkan untuk sentiasa berada dalam mood suci , dalam ertikata senantiasa berhati2 dalam perbuatan , percakapan mahupun pemikiran. Lebih2 lagi kepada mereka yang baru menghafaz ataupun sedang dalam menghafaz Al-Quran. Pantang larang ini sangat perlu dijaga.

Ketika anda melalui proses hafazan, anda pastinya sangat menginginkan memori yang kuat. Supaya anda mudah menghafaz dan senang ingat. Selain petua tersurat yang anda nampak , seperti banyakkan iadah, menghafaz mengikut waktu , tempat dan sebagainya - sebenarnya banyak juga petua tersirat yang boleh anda amalkan.

Antaranya adalah berpuasa sunat. Contohnya berpuasa Isnin dan Khamis. Berpuasa yang dimaksudkan adalah dalam ertikata zahiriah dan batiniah. Puasa yang lebih berkesan adalah puasa dalaman. Meninggalkan percakapan sia2, melihat wanita , mendengar nyanyian dan sebagainya. Proses berpuasa ini menjadikan seorang penghafaz Al-Quran berada dalam mood yang suci, silent dan memudahkan Al-Quran masuk ke dalam otak dan hati ( insyaAllah ) mereka.

Justeru, amalkan berpuasa sunat secara konsisten khususnya kepada anda yang belum khatam menghafaz Al-Quran. InsyaAllah anda akan dapati Al-Quran lebih mudah 'mesra' kepada anda.

Selamat mencuba!

0 comments:

Archive Blog