Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

03 November 2009

Petua hafizquran [ 3 ]

Amalkan Selawat Ketika Ter ..Lupa


Oleh : hafizquran


Berselawat ertinya kita memohon kepada Allah supaya mengurniakan rahmat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Faedah berselawat sangat banyak. Ganjaran berselawat pula sangat besar. Antara lainnya ia mengundang syafaat Nabi s.a.w kepada kita pada hari Akhirat kelak, InsyaAllah.

Sebagai penghafaz Al-Quran , penyakit lupa tidak dapat dipisahkan daripada kita. Lupa surah, lupa juzuk, lupa ayat dan sebagainya. Penyakit lupa itu sebenarnya datang daripada Syaitan ( rujuk surah Yusuf ). Kadang2 kita yakin bahawa kita telah ingat sesuatu hafalan itu dengan baik, tetapi apabila diminta untuk membaca hafalan tersebut, maka kita gagal atau terlupa. Begitu juga ketika kita menjadi imam, ketika dalam musabaqah Al-Quran, imtihan syafawi dan sebagainya.

Ada petua bagaimana untuk mengatasi masalah 'lupa' tersebut. Caranya adalah dengan mengucapkan selawat ke atas Nabi s.a.w . Selawat , mengikut apa yang diajarkan oleh para ulama' , mempunyai banyak kategori. Ada selawat syifa', selawat tafrijiah dan sebagainya. Bagaimanapun, itu terpulang kepada anda. Asalkan anda berselawat. Adapun selawat yang paling ringkas dengan menyebut :

" Allahumma solli 'ala saidina Muhammad, wa'ala aali saidina Muhammad "

Ucapkan selawat seberapa banyak ketikamana ingatan kita menjadi kabur atau 'dikaburkan'. InsyaAllah ayat yang kita terlupa akan muncul kembali di ingatan kita. Ia tidak tertentu untuk mengingati hafazan Al-Quran sahaja, bahkan juga bermanfaat apabila kita terlupa sesuatu perkara atau subjek2 akademik. Justeru, amalkan berselawat sebagai wasilah ingatan anda.

Sekian.

0 comments:

Archive Blog