Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

08 November 2009

Fanatik Itu Hodoh

Berakhir sudah debaran menunggu siapakah penjulang Piala Malaysia malam tadi. Secara jujurnya, saya langsung tidak mahu ambil bahagian dalam bab2 bola seperti ini. Bukan minat saya. Samada menjadi pemain mahupun penonton bolasepak, bukan sesuatu yang saya suka. Justeru , saya sesekali tidak akan membuat posting tentang bolasepak di dalam blog saya. Andaikata saya mengulas sekalipun, sudah tentu ulasan saya tampak sumbang kerana saya bukan ahli bidang tersebut.

Namun demikian , memandangkan team yang berjaya ke peringkat akhir semalam salah satunya adalah team Kelantan - negeri saya sendiri - maka saya sedikit tergerak untuk mengambil tahu. Sekurang2nya tentang keputusan perlawanan. Bagi saya, siapa kalah siapa menang sekalipun saya tidak pernah kisah. Memanglah mendukacitakan apabila team negeri sendiri kalah 3-1 kepada Negeri Sembilan, tapi apa yang lebih mendukacitakan adalah apabila team dari negeri sendiri bertindak luar batasan sehingga dilabel sebagai Fanatik.



Fanatik Hodoh Dalam Apa Jua Keadaan

Itulah yang ingin saya tegaskan. Apabila kita bertindak melampau dalam apa2 jua perkara , tindakan kita akan kelihatan hodoh dan buruk. Bersederhana lebih baik. Sebagai contoh, pasukan Kelantan yang datang dari jauh untuk memberi sokongan adalah satu perkara yang secara dasarnya memberi impak positif. Begitu juga dengan ulasan2 oleh media yang agak condong kepada Kelantan sebagai 'bakal juara'. Lihat sahaja kepada sedemikian banyak blog2 yang membuat poll ramalan tentang bakal juara Piala Malaysia tersebut. Semuanya positif kepada Kelantan.

Namun apabila ia keterlaluan, impak positif tadi bila2 masa akan bertukar menjadi negatif. Sokongan padu dari lebih 70,000 penyokong Kelantan akhirnya bertukar menjadi tekanan pula kepada para pemain. Anda pasti dapat memahami keadaan itu sekiranya anda adalah pemain yang beraksi di padang. Begitu juga dengan ulasan2 media dan blog, akhirnya bertukar menjadi tekanan hebat kepada pemain, apatah lagi jaringan lawan satu demi satu menyukarkan lagi mereka menguasai permainan.

Di pihak penyokong Kelantan pula , sifat fanatik itu dapat dilihat dengan jelas. Meskipun berkali2 diingatkan supaya jangan membaling mercun dan botol , tetapi ia tetap juga terjadi. Bahkan sehingga membakar kerusi. Apakah semangat ini yang mereka bawa bersama gerombolan 70,000 penyokong? Mereka sebenarnya tidak memahami makna dan tujuan kehadiran mereka di situ. Memaki hamun dan mencerca sepertimana yang rancak dilaporkan oleh portal2 berita. Sikap fanatik ini bukan sahaja memburukkan nama Kelantan bahkan turut memalukan imej Tok Guru Nik Aziz yang mereka bawa. Ya , imej Tok Guru dengan Kelantan adalah dua perkara yang saling tidak dapat dipisahkan.

Justeru kedengaranlah komen2 seperti ini :

" nama saja negeri ada ulama tapi perangai masing2 macam datang dari hutan "

" ni ke yang tok guru dorang ajar kat kelantan "

dan macam2 lagi komen sumbang yang lain.

Nabi s.a.w telah berpesan , bahawa sebaik2 perkara itu adalah yang sederhana atau pertengahan ( khairul umuri ausatuha ). Ingin membawa semangat kesukanan atau cintakan negeri tidak salah, tetapi usahlah terlalu keterlaluan, samada dari segi fikiran atau tindakan. Kadang2 terlalu yakin juga menjadi musuh kepada diri sendiri. Apatah lagi jika keyakinan itu tidak dipandu oleh keimanan yang kukuh. Inilah yang mendorong syaitan merasuk dan menghasut.

Saya sendiri sangat bersedih. Bukan sedih kerana kalah. Tetapi sedih dengan gelagat orang negeri sendiri. Kadang2 terasa mahu menempelak sahaja, apalah dungunya berebut sebiji bola kemudiannya bergaduh kerana sebiji bola. Jangan sampai kambing dan lembu mentertawakan kebodohan kita sendiri.

Kesimpulan :

Fanatik itu hodoh.

  • Berserban dan berjubah , berbaju melayu dan berseluar slack , kemudiannya melabel orang yang memakai jeans dan t-shirt sebagai 'hilang panduan agama'. Agama awak pada pakaian ke? Itu fanatik. Keterlaluan.
  • Bersemangat untuk menonjolkan dakwah. Lalu baca Al-Quran kuat2 dalam Lrt atau Monorail, disekililing penuh dengan amoi2 berskirt pendek. Itu ekstrim dan fanatik. Sangat hodoh.
  • Sokong bolasepak atas alasan kesukanan, tapi bila kalah bakar bendera , bakar kerusi. Itu fanatik.
  • Pakai tudung tiga segi - walaupun labuh - tetap tak boleh. Kena pakai jubah, baju kurung pun tak boleh. Semua tak sempurna aurat. Yang boleh hanya tudung bulat dan jubah. Pakai seluar jatuh hukum haram. Itu fanatik. Keterlaluan.
Banyak lagi contoh2 fanatik dan keterlaluan yang lain. Apabila dikaitkan dengan agama, lebih2 lagi nampak hodoh dan buruknya sikap tersebut. Justeru, sama2lah kita hindari keburukan daripada bersikap fanatik dan keterlaluan. Bersederhana dalam segala perkara adalah yang terbaik.

Wallahua'lam.

4 comments:

syauqahwardah1209 November 8, 2009 at 3:15 PM  

Salam warahmatullah..

Sy org N9. Terasa amat kecil apabila dikelilingi org2 kelantan.

Mereka kalau jumpa.. uish.. hebat2..

xkisahlah..

cuma kagum dgn semangat mereka. Kan lagi bagus kalau jumpa dgn saudara2 Islam lain, dari negeri lain pun mcm 2? :)

apapun, summary anta dlm entri ni bagus..

Sungguh, Islam juga mengajar kita supaya sentiasa bersederhana dalam semua urusan..

syukran atas perkongsian.. :)

syairah November 8, 2009 at 5:13 PM  
This comment has been removed by the author.
syairah November 8, 2009 at 5:18 PM  

assalamualaikum wbt..

ana pengunjung yg agak kerap dlm blog ust..terima kasih atas perkongsian ust..

ana juga memiliki sifdat kenegerian yg tinggi tetapi sifat kesilaman kita juga perlu lebih jauh hebat..

bayangkanlah jika yg datang tu dari jauh, menelan belanja yg besar dan masa juga banyak diperuntukkan,kalau matlamatnya bukan kerana Allah dan islam sudah tentu mereka hanya dapat marah dan tidak puas hati tetapi kalaulah yang datang dari jauh atas urusan islam dan bermatlamatkan lillahita'ala, sudah tentu apa jua perkara yg mengecewakan atau tidak tercapai matlamatnya, mereka tidak akan merasa rugi sedikit pun kerana segala perbelanjaan, pengorbanan masa dan tenaga telah pun menjadi modal akhirat,InsyaAllah..

inilah beza antara niat yang baik dan niat yg tidak baik..dan antara urusan agama atau urusan duniawi semata2...

peace....=)

Laman Ilhamku November 8, 2009 at 10:40 PM  

Wslm

to syairah, syukran sudi ziarah :)

to syauqah,

itulah namanya asobiah. ana xnafikan geng2 kelate adalah antara yg agak kuat smgt asobiahnya jika dilihat di kampus2,antara lainnya geng kedah n tganu.

semangat kenegerian perlu dibezakan dengan smgt asobiah. takrif asobiah ni, kalau geng kita buat salah pun kita tetap kata betul dan pertahankan.

cuma,kalau boleh kita berlapang dada lah dengan geng2 kelate yg nampak 'kurang mesra' dgn saudara2 negeri lain, atau mgkin nampak agak asobiah ( pd mulanya ), maafkanlah mereka kerana ana percaya situasi ini kebanyakan besarnya berlaku disebabkan masalah loghat dan pergaulan yg berbeza.

Apapun, benar kata Nabi, sederhana itu mmg indah.

wslm.

Archive Blog