Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

27 September 2009

Pesta Aidilfiti ; raya kan sebulan..




Bismillahirrahmanirrahim

Puasa sebulan, raya pun kena sebulan. Itulah antara amalan masyarakat Melayu negara kita. Itu bukanlah satu masalah besar. Hendak beraya sakan, berayalah. Tiada siapa menghalang. Buatlah kenduri atau open house sampai 30 Syawal pun tidak mengapa.

Tapi sebelum itu, pastikan kita sedar dan faham makna hari raya yang diajarkan oleh Allah kepada kita. Dua perayaan besar dalam Islam iaitu Aidilfitri dan Aidiladha adalah ajaran dari Allah, bukan ciptaan manusia. Dipraktikkan oleh Rasulullah sebagai Mentor umat Islam. Bagaimana sepatutnya Aidilfitri itu disambut. Had mana yang diletakkan. Sejauh mana boleh bersukaria dan berpesta. Semua telah dipraktik dan ditunjukkan oleh Rasulullah kepada kita. Jangan sampai Kiamat kelak kita menyalahkan Rasulullah kerana kejahilan kita tentang bagaimana untuk menyambut Aidilfitri.

Semakin lama perayaan Aidilfitri semakin jauh terpesong dari landasan dan tujuan yang sebenar. Usahkan cara sambutan, kehendak sebenar dari Aidildfitri pun sudah tidak difahami lagi oleh umat Islam. Kini, Aidilfitri bagaikan ciptaan manusia untuk manusia yang lain. Bukan ajaran dari langit yang mulia.

Aidilfitri adalah perayaan yang dituntut dalam Islam. Ia disambut untuk meraikan kemenangan kita menempuh Ramadhan selama sebulan dengan berpuasa dan beribadah yang lain. Apabila keluar dari Ramadhan, manusia diibaratkan kembali kepada fitrah. Suci. Bersih. Umpama bayi yang baru dilahirkan. Kerana itu ia dinamakan dengan 'idulfitri yang bermaksud 'perayaan kembali kepada fitrah'.

Bagaimana kita di Malaysia berhari raya?

Teringat khutbah yang saya bacakan jumaat lepas. Masih tentang kelebihan berpuasa dan anjuran menyempurnakan puasa sunat 6 hari di bulan syawal atau lebih dikenali dengan puasa 6 bagi masyarakat kita. Khutbah tersebut menyentuh tentang tabiat umat Islam di negara kita yang lebih gemar menyambut Aidilfitri dengan pesta, pergaulan bebas, berhibur, membudayakan pembaziran dan sebagainya. Itulah realiti masyarakt kita dalam menyambut Aidilfitri yang mulia.

Betapa aib dan malunya kita di mata junjungan besar Nabi s.a.w andai Baginda melihat cara kita berhari raya. Lebih teruk daripada bid'ah yang menyesatkan. Buka sahaja televisyen di rumah anda. Perhatikan setiap rancangan yang ditayangkan di setiap saluran. Berapa kerat sahaja yang benar2 menyesuaikan hari raya dengan maknanya yang sebenar. Alangkah mengecewakan bilamana Aidilfitri yang sepatutnya menjadi perayaan mulia bagi umat Islam, namun dilacurkan dengan kelucahan dan kesundalan yang diajarkan oleh barat. Tidak sedihkah kita dengan pengkhianatan umat Islam terhadap kemuliaan mereka sendiri?

Saya sendiri tidak pasti apa mesej yang ingin dibawa apabila hari raya Aidilfitri dijadikan 'pesta'. Baru2 ini kita dikejutkan dengan berita sekumpulan warga Bangladesh yang mengadakan pesta seks pada malam hari raya. Ia mungkin teruk pada pandangan kita, tetapi mengapa kita tidak merasakan bahawa ada pesta lain yang lebih teruk daripada apa yang dilakukan oleh mereka2 yang tidak pasti keIslaman mereka?

Hari raya diibaratkan seperti pesta untuk berhibur. Apa yang ingin disambut? Apa yang kita beriya2 sangat untuk rayakan? Takbir hari raya hanya dianjur sehari semalam sahaja. Kita pula bertakbir hanya sepatah, menyanyi sebulan lamanya. Pelbagai lagu raya di'sumbang'kan oleh para artis tanahair,kononnya. Cubalah pandang kesemua gejala negatif ini dari kacamata ilmu dan iman yang kita ada. Berapa banyak maksiat yang dapat kita senaraikan? Daripada pergaulan bebas, tabarruj, mendedahkan aurat, mencemarkan makna Aidilfitri dan pelbagai lagi. Tidak terfikirkah kita bahawa kesemua budaya yang dilaknati ini akan diwarisi oleh generasi kita akan datang? Suatu hari nanti, generasi baru mungkin tidak tahu lagi bagaimana untuk menyempurnakan makna Idulfitri sebagaimana diajarkan Islam.

Sudahlah puasa pun tidak sempurna. Penuh dengan kecacatan. Lihat sahaja mereka2 di kaca tv yang kononnya menghiburkan umat Islam di hari raya. Bukankah kesemua rancangan itu dirakamkan sebelum hari raya? Bukankah sebahagian besar rakaman dibuat dalam bulan puasa? Di mana mereka sewaktu kita bertarawikh? Di mana mereka sewaktu kita berqiamullail? Di mana mereka sewaktu kita bertadarrus?Di mana mereka pada 10 malam terakhir Ramadhan?

Bukan hanya mereka. Tanyalah jua kepada diri kita sendiri. Di mana kita pada masa2 tersebut. Sebanyak mana tawaran yang telah kita rebut? Setinggi mana kejayaan Ramadhan yang telah kita capai? Kalau kita rasakan bahawa kesemuanya mumtaz, excellent, cemerlang, tidak mengapa. Berbaloilah untuk terkinja2 menyanyikan lagu hari raya. Hendak beraya 2 bulan pun tiada masalah.

Ini yang berlaku sebaliknya. Masuk Ramadhan tak tutup aurat, keluar Ramadhan pun macam tu la jugak. Masuk Ramadhan salam ngan bukan muhrim, keluar Ramadhan macam tu la jugak. Masuk Ramadhan tak solat, keluar Ramadhan macam tu la jugak. Semuanya sama. Jadi, apa yang beriya2 sangat kita rayakan?

Berpada2lah. Kalau ibadah kita tak seberapa, beraya 2,3 hari cukuplah. Mungkin orang marah pada saya. Tapi bagi saya senang sahaja. Kalau nak berhari raya dengan pesta dan segala macam yang saya sebutkan tadi sampai sebulan atau lebih pun, buatlah. Tiada siapa yang halang. Dengan syarat, jangan sambut atau namakan dengan Aidilfitri. Carilah nama lain. Biar generasi akan datang mengatakn hari raya tersebut ciptaan anda. Jangan rosakkan apa yang telah diciptakan oleh Allah yang punya hikmah tersendiri. Apatah lagi melibatkan perayaan agama.

Semoga segala amalan sesat yang terpesong ini dapat dibersihkan dari makna sebenar Aidilfitri. Biarlah ia diraikan dengan penuh kesedaran, keinsafan, ketenangan dan kesederhanaan. Bukankah Nabi s.a.w telah menyebut ; khairul umuri ausatuha ( sebaik2 perkara adalah pertengahan atau sederhana ). Dengan cara tersebut, Aidilfitri yang menjelma dapat dihayati dengan sebenar2nya mengikut ajaran Islam, bukan apa yang telah diubahsuai mengikut citarasa barat.

Wallahua'lam.

1 comments:

syahbandar87 October 12, 2009 at 2:42 AM  

betul sngt2 tu ustaz..sy menyokongnya..namun siapakah yg hnya sedar?mereka2 yg hnya mendekati agama shja..skrng kne fikir kaedah bagaimana untuk menarik golongan2 yg x berminat dngn agama ni..teruskan dakwah ustaz demi untuk kebaikkan bersama..insyarallah
:)

Archive Blog