Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

17 September 2009

Tahfiz Al-Quran [ siri 11 ]

Oleh : hafizquran

Bismillahirramanirrahim

Sepatutnya saya menulis tentang ini sewaktu 3 hari akan menyambut Ramadhan, namun atas sebab2 tertentu saya terpaksa menulis tentang ini sewaktu 3 hari lagi akan berakhir Ramadhan. Alhamdulillah, Allah masih memberi keizinan jua untuk saya menulis tentang Ramadhan.

Tarawikh

Apa kaitan masyi Al-Quran dengan solat sunat tarawikh? Benarkah ada rahsia besar yang tersembunyi di sebalik bacaan Al-Quran dalam solat tarawikh? Apakah wajib bagi seorang huffaz untuk menjadi imam solat tarawikh?

Persoalan ini akan saya hurai dan simpulkan secara ringkas buat tatapan para pembaca yang cinta kepada Al-Quran.

Secara saintifik, kita semua sedia maklum bahawa kekuatan minda seseorang huffaz untuk mengingati Al-Quran adalah berbeza mengikut kedudukan fizikal mereka. Maksudnya, seorang huffaz yang mampu mengingati dan membaca satu juzuk Al-Quran secara duduk belum tentu mampu berbuat demikian sewaktu dalam posisi berdiri. Demikian juga andainya dia mampu mengingati dengan baik sewaktu berdiri, belum tentu dia mampu berbuat demikian sewaktu berlari- dan begitulah seterusnya.

Jika anda mempunyai pengalaman mngimamkan solat dan membaca Al-Quran di dalam solat, anda akan merasai sendiri apa yang saya nyatakan. Kadang2 seorang huffaz merasa hairan, kerana sebelum memulakan solat dia mempunyai keyakinan bahawa juzuk tersebut sudahpun diingati dengan baik. Namun sebaik sahaja memulakan solat, keyakinannya hilang justeru hafalannya mula bercelaru.

Bila menyebut tentang solat tarawikh, umum sedia maklum bahawa di sana terdapat keperluan untuk seseorang imam membaca Al-Quran dalam jangka 8 - 20 rakaat. Biasanya masjid2 dan surau2 akan menjemput para imam hafiz bagi mengimamkan solat sunat tarawikh. Di sinilah kekuatan ingatan seseorang huffaz akan teruji.

Mungkin agak lewat saya menulis tentang ini memandangkan Ramadhan akan meninggalkan kita 2 hari sahaja lagi. Namun di sebalik itu, apa yang saya catatkan boleh dinilai sendiri oleh huffaz yang telahpun mengimamkan tarawikh bulan ini selama lebih kurang 28 malam. Apakah mereka merasai 'power' tersebut ataupun tidak.

Saya nyatakan bahawa seorang huffaz boleh menjadi masyi Al-Quran dengan mengimamkan solat tarawikh khususnya dengan mengkhatamkan 30 juzuk Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan. Seorang yang bertadarus 30 jzuk Al-Quran sepanjang ramadhan tidak akan mampu menandingi kekuatan ingatan 30 juzuk seorang huffaz yang mengkhatamkannya di dalam solat tarawikh.

Tahun ini saya tidak berpeluang berbuat demikian. Meskipun sebelum ni saya hanya berpeluang menjadi imam tarawikh dengan mengkhatamkan 30 juzuk Al-Quran hanya sebanyak 2 kali, namun kesannya cukup saya rasai. Apatah lagi bagi mereka yang berpeluang melakukannya saban tahun. Seorang guru saya bernama Ustaz Aman Daima waktu di mtdq dahulu pernah mengakui, bahawa dia mampu mengingati 30 juzuk Al-Quran dengan baik tanpa membuka Al-Quran selama setahun! Maksudnya, beliau hanya membuka Al-Quran sewaktu bulan Ramadhan dan tidak akan melakukannya sehingga tiba ramadhan tahun hadapan. Subhanallah.

Saya akui bahawa tugasannya sebagai guru tahfiz turut membantu mengekalkan hafalannya, namun itulah antara bukti bacaan Al-Quran dalam solat tarawikh mampu menjadikan seseorang huffaz benar2 masyi Al-Quran. Persoalannya, berapa ramai huffaz yang sanggup..?

Amat menyedihkan bilamana sebilangan kecil sahaja dari kalangan huffaz yang 'berani' menyahut cabaran mengkhatamkan Al-Quran di dalam solat tarawikh. Lebih parah lagi apabila sebahagian huffaz awal2 lagi telahpun mengibarkan bendera putih apabila diminta berbuat demikian. Lebih ramai huffaz yang cenderung menjadi imam 8 rakaat, mengulangi bacaan yang sama, membuka Al-Quran di hadapan, ataupun mengulangi ayat2 yang sama yang telahpun diingati. Ada juga yang sepanjang ramadhan hanya 'bermain' di sekitar juzuk 1 , 2 dan 3 sahaja walaupun bergelar Al-hafiz.


Persoalan terakhir, wajibkah berbuat demikian bagi seorang huffaz ?

Saya nyatakan bahawa ianya wajib. Benar, tidak pernah ada nas kewajipan tersebut dalam mana2 kitab fiqh. Namun ianya wajib dalam konteks penjagaan Al-Quran bagi seorang huffaz. Jika berbuat demikian mampu menjadikan anda masyi Al-Quran dan boleh menjaga hafazan anda lebih baik dari sebelumnya, maka wajib bagi anda berbuat demikian ( kiranya anda mempunyai peluang ). Saya kecualikan di sini bagi mereka yang tidak berpeluang di atas faktor pengajian dan sebagainya.

Secara moralnya, amat wajar bagi seorang huffaz memasang keinginan dan hasrat untuk istiqamah berbuat demikian saban tahun. Seboleh2nya berusaha mengkhatamkan Al-Quran 30 juzuk di dalam solat tarawikh. Percayalah bahawa berapa tinggi pun saguhati yang dibayar kepada anda, 'bonus' yang anda dapat hasil membaca Al-Quran 30 juzuk di dalam solat tarawikh adalah jauh lebih besar daripada itu. Hafazan Al-Quran anda akan lebih mantap dan anda akan lebih yakin dengan diri anda sebagai Al-hafiz. Bagi mereka yang telahpun berbuat demikian, sila benarkan kata2 saya dengan apa yang telah anda rasai!

Wallahua'lam.

1 comments:

Hamba Allah. September 19, 2009 at 3:41 PM  

Salam, gandingan mantap antara Ustaz dan juga Ustaz Lokman mengimami Tarawikh di ar-Rahimah.Kemudian ditambah pula dengan kehadiran Redzuan, seolah-olah Imam 3 serangkai yang hebat-hebat belaka.Tahniah untuk anda bertiga.

Archive Blog