Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

14 August 2009

Pesta Seks Songsang : Mana pihak berwajib?


Berselindung di sebalik sambutan hari kemerdekaan negara yang bakal disambut hujung bulan ini, sekumpulan pengamal seks songsang termasuk golongan lesbian dan gay menganjurkan parti liar kononnya untuk menunjukkan mereka juga ‘merdeka’ dan bebas mengamalkan budaya hidup sesat itu di negara ini.

Pesta maksiat yang berlangsung di tepi kolam sebuah hotel terkemuka di Jalan Bukit Bintang di sini, Sabtu lalu, meraikan peserta yang daripada terdiri pengamal seks sejenis dengan setiap pengunjung dikenakan bayaran masuk RM60 jika membeli tiket di pintu masuk, manakala yang menempah melalui Internet dikenakan RM50.

Parti yang dianjurkan pada setiap tahun itu mempromosikan budaya tidak bermoral apabila pasangan yang menyertainya bebas bercumbu-cumbuan sambil meneguk arak.

Wartawan Harian Metro yang berjaya menyusup masuk ke parti eksklusif berkenaan mendapati, ia mendapat sambutan luar biasa apabila ramai golongan pengamal seks songsang hadir bersama pasangan masing-masing untuk berhibur.

Pasangan terbabit sama ada gadis remaja, wanita dewasa dan golongan profesional dilihat begitu berbangga dengan naluri seksual songsang mereka dan perasaan itu dipamerkan melalui aksi masing-masing di khalayak ramai tanpa rasa malu.

Selain itu, mereka dilihat berseronok dengan meneguk arak, melakukan tarian ghairah dan berkucupan.

Wartawan Harian Metro menyamar sebagai pengamal lesbian untuk menyertai parti itu selepas mendapat maklumat mengenainya menerusi satu laman web.

Difahamkan, parti pramerdeka untuk pasangan lesbian dan gay dari sekitar ibu kota itu dianjurkan bagi membolehkan golongan terbabit berkumpul dan berpesta sesama mereka.

Sebaik parti bermula, penganjur memaklumkan acara berkenaan bertujuan membolehkan golongan homoseks terdiri daripada lesbian dan gay menzahirkan perasaan diri mereka ‘merdeka’ dan berbangga kerana menjadi pengamal budaya songsang itu.

Komuniti lesbian terbabit dipercayai bergerak melalui laman sembang di Internet serta mempunyai laman web sendiri untuk berbincang perihal aktiviti harian.

Berdasarkan pemerhatian, parti liar itu bermula lewat petang dan kemeriahannya mula terasa selepas jam 10.30 malam dengan lebih 30 wanita yang bercampur-baur tanpa mengira kaum dan agama, menari di pentas tarian sambil disinari pancaran lampu berwarna-warni dengan DJ memutarkan pelbagai lagu terkini.

Walaupun parti berkenaan dianjurkan komuniti lesbian, golongan gay dan biseks juga dialu-alukan menyertainya.

Semakin lama muzik dialunkan, semakin ramai golongan lesbian dan beberapa pasangan gay menggayakan tarian seksi dan mengghairahkan.

Turut dilihat beberapa pasangan songsang yang duduk di tepi kolam renang bermesra dan bercumbu dengan pasangan masing-masing tanpa menghiraukan orang lain di sekeliling.

Bagaikan ‘Mat Salih’, remaja Melayu terbabit tanpa segan silu mengusung botol atau tin bir atau bekas minuman dipercayai berisi campuran minuman ringan dan arak.

Pada masa sama, sungguh menjijikkan melihat aksi beberapa wanita Melayu menari ‘berkepit’ dengan pasangan wanita mereka dalam keadaan amat mengghairahkan.

Seorang lesbian ditemui di parti berkenaan dikenali sebagai Tina, berusia 20-an, mengakui parti seumpama itu kerap dianjurkan komuniti seks songsang itu untuk meraikan perayaan tertentu termasuk Hari Merdeka dan Tahun Baru.

“Parti ini untuk kaum sejenis berhibur, menari, minum arak serta melayan nafsu masing-masing secara terbuka.

“Merdeka bagi kami (lesbian) adalah bangga dengan naluri seks yang menyukai rakan sejantina dan tidak menerima lelaki sebagai pasangan hidup,” katanya bangga.

Tina berkata, jika menyertai parti seperti itu, golongan yang sering dikeji masyarakat seperti dirinya berasa diri diterima semua sebahagian lagi masyarakat.

“Dalam parti itu, kami bebas buat apa saja,” katanya tersenyum.


- hmetro


Adakah bermakna Sarah Zulkifli lagi hebat daripada pihak2 berwajib kerana dapat mengesan aktiviti2 tidak bermoral seperti ini. Adakah tulisan sebegini hanya dianggap sebagai mencari publisiti semata2, tanpa melihat isu lebih besar yang tersirat di sebaliknya?

Saya gembira dengan Dato' Seri Najib Tun Razak. Sekurang2nya dia adalah seorang PM yang tampak berkaliber , ditambah pula dengan slogannya " 1 Malaysia, Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan ". Sudah pasti soal pencapaian amat dititikberatkan oleh beliau.

Sebagai rakyat Malaysia, saya amat berharap agar pihak berwajib dapat bertindak dengan lebih tegas dan jelas dalam isu2 sebegini. Setegas FRU yang tega menyemburkan air dan gas pemedih mata kepada para demostran 1 ogos lalu. Setegas pihak Polis yang tidak teragak2 untuk mengheret lelaki, wanita dan kanak2 untuk dihumban ke dalam trak pada 1 ogos lalu. Pihak berwajib di Malaysia terutamanya polis adalah antara yang diiktiraf di mata dunia atas kecekapannya membanteras jenayah.

Adakah laporan di atas bukan di bawah tajuk jenayah? Adakah ia tidak termasuk dalam kategori 'memburukkan imej negara' ? Apakah kira2 kaum lesbian dan gay lebih bebas mengadakan pesta seks berbanding para demonstran yang tidak bebas melaungkan suara hati mereka?

Saya puji Sarah Zulkifli atas keberaniannya untuk masuk dan melaporkan kebobrokan ini. Samada laporan ini untuk tujuan publisiti atau selainnya, itu saya ketepikan dahulu. Namun apa yang ingin saya nyatakan adalah - saya masih yakin bahawa pihak berwajib di Malaysia, khususnya Polis dan Jabatan Agama adalah lebih handal dari Sarah Zulkifli untuk mengesan , membendung dan membanteras gejala tidak sihat seperti ini.

Soalnya, kenapa ia terus berlaku?

" 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan "



by ; hafizquran

2 comments:

mohammad August 14, 2009 at 5:24 PM  

rasanaya bala h1n1 menyerang malaysia sebab ni..

http://mykhilafah.com/dalam-negara/1491-pesta-lesbian

Dakwah Orang Awam August 14, 2009 at 11:04 PM  

MERDEKA!!!!!Apakah kita sudah merdeka? Bagi saya selagi kita hidup, kita masih belum merdeka kerana dunia ini adalah penjara bagi orang2 mukmin.Di akhirat nanti setelah dihitung segala amal dan diterima, barulah boleh dinamakan merdeka.Oleh itu jangan merdekakan diri anda ke arah kemaksiatan sebaliknya penjarakanlah diri anda utk terus mengabdikan diri kepada yang Esa.

Archive Blog