Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

17 August 2009

Akil dan Wawa berbahagia , insan lain berduka



Bismillahirrahmanirrahim.

Saya pernah menulis tentang Akil di sini. Hari ini pula , berita tentang pernikahan mereka tidak lagi menjadi rahsia. Ramai pihak mengucapkan tahniah, tidak kurang juga yang mengagumi artis muda bergelar 'ustaz' itu kerana berjaya mengahwini selebriti secantik Waheeda. Waheeda atau nama manjanya wawa , kelihatan begitu gembira apabila selamat diijabkabulkan dengan bekas penyanyi rock tersebut.

Kegembiraan yang pernah dirasai oleh Mazawati , bekas isteri pertama Akil satu masa dahulu. Kini berita dan perkhabaran tentangnya tenggelam dalam arus kegembiraan Akil dan Waheeda. Bagi mereka pula, ucapan2 tahniah dan syabas itulah yang menambahkan lagi keceriaan dan sa'adah di hari bersejarah mereka. Itulah yang diidam2kan oleh sekalian manusia yang bergelar pengantin baru.

Di saat inai masih merah di jari, saat bilik tidur masih dihias indah, saat ucapan2 tahniah masih bertalu2, saat cincin masih baru di jari, sedarkah mereka bahawa ada insan lain yang sedang berduka dan menderita? Saya seorang lelaki. Sejauh mana saya bersimpati dan cuba mendalami kedukaan yang menimpa Mazawati dan anak2nya, tetap tidak akan sama dengan apa yang dirasai mereka.

Kehilangan seorang suami selama 3 bulan dengan berita2 yang menyakitkan hati. Namun kesetiaan seorang isteri masih tetap tinggi. Rela dikorbankan kebahagiaan sendiri untuk berkongsi. Biarlah bergelar isteri tua dan bermadu , asal diri tak kehilangan sang suami. Namun kini segalanya terbukti. Igaun hitam kini menjadi realiti. Detik lama tak mungkin berulang lagi. Segala bahagia yang dicipta sekian lama kini tinggal menjadi memori. Kenangan pahit yang akan menjadi parut nan abadi.


Poligami

Saya sukar menulis tentang ini. Pro dan contra telah cuba dibahaskan sekian lama. Namun kesimpulannya tetap sukar diputuskan. Persoalan yang sukar diikat mati. Saya tidak mengatakan saya bersetuju dengan poligami dan tidak pula menentang. Saya tidak mengatakan persetujuan lantaran itu saya sendiri tidak pernah menyimpan hasrat ke arah itu. Saya tidak pula menentang lantaran ianya suatu sunnah. Sunnah perlu dihidupkan dan saya meraikan sesiapa yang benar2 ingin menghidupkan sunnah tersebut.

Baru2 ini di Harian Metro diiklankan tentang Kelab Poligami Ikhwan. Tinjaun saya ke beberapa laman blog mendapati ianya mendapat sambutan menggalakkan. Ramai yang menulis dengan nada separa serius dan separa lucah. Banyak ke arah merajakan nafsu daripada menitikberatkan soal tanggungjawab. Mujur juga ada beberapa blogger yang dilihat agak rasional tentang isu poligami. Tulisan mereka membahaskan secara rasional dan realistik.

Saya suka menyentuh tentang tanggungjawab. Saya tak nafikan bahawa mengambil wanita2 berstatus tunggal, atau yang lanjut usia, atau yang 'kurang laku', atau yang berpotensi terjatuh kepada kemaksiatan - sebagai suatu langkah yang baik untuk berpoligami. Saya juga tidak menolak bahawa poligami dalam konteks sedemikian adalah wajar.

Soalnya berapa ramai yang ingin berpoligami atas tujuan sedemikian? Umum mengetahui jawapannya. Ramai yang ingin berpoligami hanya kerana tuntutan syahwat semata2. Ingin mencari daun muda. Saya setuju dengan komen albanjari - kalau setakat benda dalam seluar baik tak payah. Memang betul. Banyak lagi tanggungan dan implikasi lain yang perlu difikirkan. Menyebut soal poligami tidak semudah melaksanakannya. Soal amanah, soal keadilan masih banyak yang gagal. Dengan isteri pertama pun banyak terabai, bagaimana pula hendak mencari tanggungjawab lain?


Isu Akil

Apa yang dinyatakan di atas mungkin tidak sama dengan situasi yang berlaku pada Akil. Dia sendiri tidak membuka cerita peribadi tentangnya , dan saya pula bukanlah blogger murahan yang mencari pulisiti. Saya hanya menulis apa yang perlu dan apa yang saya nampak. Biarlah pembaca yang menilai .

Andaikata Akil seorang yang adil, perkara sebegini tidak akan berlaku. Cerita 3 bulan tidak pulang ke rumah tidak akan kedengaran. Cerita dating di panggung wayang tidak akan berlaku. Cerita gambar tepi pantai tidak akan tersebar. Soalnya adakah dia benar2 adil dan sedar status dirinya sebagai suami, ayah dan 'pendakwah'...??

Akil memberi impak negatif pada masyarakat. Akil membuka igauan hitam buat mereka2 yang selama ini menjadikannya idola. Sekurang2nya dia berjaya menambahkan buruk sangka dalam hati wanita2 yang ingin berkahwin. Isu keyakinan terhadap bakal suami akan kedengaran lagi. Isu isteri prejudis pada suami akan kedengaran lagi. Isu penganiayaan akibat poligami sudah tentu akan kembali rancak didendangkan. Sedarkah dia? Atau sekadar bahagia dan lena dalam dakapan Waheeda Wassini??

Ya. Akil berjaya memancing golongan2 pembela hak wanita untuk mendendangkan kembali isu poligami. Isu penganiayaan terhadap wanita. Apa yang boleh kita jawab dan nafikan? Sudah terang lagi bersuluh bahawa isu berpoligami kini hanya semakin menambahkan lagi statistik penceraian di kalangan umat Islam. Isu berpoligami atau cinta tiga segi ini akan menambahkan lagi episod2 pengabaian terhadap hak2 dan amanah ke atas anak2 yang menjadi mangsa keadaan.

Saya tidak pasti samada Akil pernah memasang hasrat untuk berpoligami atau tidak. Samada dia pernah berusaha ke arah itu atau tidak. Namun yang pasti, tiada angin pokok pun tidak bergoyang. Isu skandal Akil dan Waheeda sudah terbongkar - meskipun berakhir dengan pernikahan - namun cerita di sebaliknya kini terbukti benar. Kisah seorang 'ustaz' yang pernah aktif di pentas PAS, kemudiannya menjadi ikon dakwah Astro, rupa2nya bermain kayu tiga dan mempunyai skandal di belakang isteri dan anak2.

Cadangan saya, Akil tidak perlulah lagi menjadi ikon kepada masyarakat. Sekadar petah bercakap, pandai menyanyi dan melawak tidak cukup. Kita perlukan ikon yang bersih, yang berkata dan mengota. Kita tidak perlukan lidah bercabang yang mempunyai skandal. Sama sekali tidak patut andai manusia sebegini dijadikan ikon remaja. Lebih baik Akil balik kampung bersama Waheeda. Kalian bergembiralah sepuasnya atas kesedihan dan kedukaan Mazawati dan anak2nya.

Jangan pula kita lupa dengan percaturan Allah. Mungkin ramai tidak bersetuju dengan saya dan menganggap itu isu peribadi - tapi tidak bagi saya. Saya menentang sekeras2nya fenomena negatif yang dicetuskan oleh Akil. Ucaplah tahniah atas pernikahannya, kerana ada yang mengatakan itu sudah jodohnya. Namun jangan sesekali kita lupa , meskipun nikah dan poligami adalah sunnah, TETAPI kalimah talak adalah perkara yang paling dibenci oleh Allah ta'ala.



Wallahua'lam

2 comments:

SuMaiYaH August 23, 2009 at 11:57 AM  

erk,

setuju!

akhil hayy tak perlu jadi ikon masyarakat. ku sgt kecewa dgn apa yang berlaku.

(terbayang2 wajah bekas isteri akhil dlm wanita hari ini)

insyirah August 24, 2009 at 2:37 PM  

slm,sya stju dgn pandangan ustz.tmbhan pula sy seorang wanita,wlpn sya masih blum berkahwin,sedikit sebyk sy dapat merasai kesedihan bekas isteri akhil.wlpn sudah bercerai,sedikit sebanyak dgn pernikahan akhil n wawa akn menambahkan lg luka di hati maizawati.apa2 pn,smg maizati tabah dah kuat hadapi segalanya,smg Allah mggantikan jodoh yg lebih baik buat maizawati.n kpd akhil n wawa,ingatlah,hukum alam sentiasa berputar,hari ini mgkn anda melukakan hati insan lain dan boleh jd suatu ketika nanti kelukaan ini akan dirasai oleh anda...

Archive Blog