Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

09 July 2009

Syurga Cinta : baik ada daripada tiada


Bismillahirrahmanirrahim

Industri Filem tanahair dilihat semakin rancak menerbitkan pelbagai genre filem. Terbaru, filem bertajuk "Syurga Cinta" berjaya menarik perhatian umum disebabkan jalan ceritanya yang agak memberi kelainan.

Usai menonton filem tersebut di kaca laptop, saya menyimpulkan beberapa perkara. Filem ini dilihat menyerupai sebuah filem bertajuk "Kiamat Sudah Dekat". Jalan ceritanya sangat mirip. Mengisahkan pertemuan seorang lelaki yang kurang didikan agama dengan seorang perempuan yang agak wara' atau dikategorikan sebagai 'muslimah'. Kuasa cinta menyebabkan si lelaki mengubah imej dan pegangan diri demi mendapatkan cinta daripada si gadis yang diminati.


Positif :

1. Filem seperti ini perlu diperbanyakkan. Secara husnuzzhon saya menyimpulkan bahawa ia "lebih baik ada daripada langsung tiada". Saya komited dalam menyokong usaha2 sebegini.

2. Kewujudan pelbagai filem yang tiada manfaat dan merosakkan seperti "Bohsia" , "Anak Halal" , "Rempit" dan sebagainya perlu kembali dineutralkan oleh pembikinan lebih banyak filem2 berunsur positif seperti ini.

3. Wujudnya elemen2 berunsur nasihat dan pesanan yang boleh dihayati dan memberi keinsafan. Mesej2 itu disampaikan melalui kata2 si pelakon wanita, atuknya dan imam di sebuah surau. Meskipun kedengaran agak 'skema' tetapi unsur nasihat diterapkan dengan baik sekali.

4. Berpegang pada kata2 Saydina Ali " Lihat pada yang dikata bukan siapa yang berkata".



Negatif :


1. Filem berunsur kebaikan kiranya digabung dengan kebatilan tetap nampak buruk. Penonjolan pesta2 hiburan , minum arak , mabuk dan elemen2 negatif yang lain dilihat kurang bijak dalam filem bercorak sebegini. Apatah lagi apabila perempuan2 berpakaian seksi di dalam kelab malam atau disko didedahkan dengan begitu jelas. Amat mengaibkan.

2. Terasa gelihati dengan telatah si kecil Ikmal apabila menyebutkan tentang Malaysia sebuah negara Islam. Saya tidak berniat untuk membicarakan soal negara Islam atau tidak. Tetapi amat memalukan apabila Malaysia yang ingin di'nampakbaik'kan dengan nama 'negara Islam' itu rupanya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti maksiat yang bebas dan tidak dibendung.

3. Agaknya masih sukar untuk kita membuat sebuah filem islamik yang benar2 islamik. Mungkin untuk permulaannya ia boleh dipuji. Namun sebaiknya imej seorang wanita muslimah yang sebenar patut dijelaskan dengan betul. Dalam filem ini, si heroin sebenarnya masih tidak sempurna dalam bab auratnya. Masih dalam kekaburan tabarruj. Masih dengan pakaian yang menampakkan bentuk tubuh. Kalau itulah imej muslimah yang ingin dilabel 'alim' atau 'warak' , saya kira akan berlaku salah faham dan kekeliruan pada masyarakat.

4. Jalan cerita agak tergantung. Penonton akan tertanya2 apakah kesudahan kepada kedua ibubapa Irham? berubah atau tidak. Penonton boleh membayangkan bahawa kesudahan kepada hubungan Irham - Syuhada tidak semudah yang disangka. Lebih baik kiranya di'klimaks'kan dengan sebuah perkahwinan. Biarlah mindset penonton terutama remaja berubah. Biarlah mereka sedar bahawa kesucian cinta hanya terlunas dengan perkahwinan. Biarlah mereka tahu bahawa perkahwinan bukanlah sesuatu yang 'mustahil' bagi mereka.


Kesimpulan :

Filem "syurga cinta" bukanlah filem terbaik yang berjaya kita hasilkan. Kita masih boleh menghasilkan sesuatu yang lebih baik dan lebih jelas mesejnya daripada itu. Mesejnya ada , cuma penyampaiannya masih samar, bahkan mungkin mengelirukan. Mungkin kesukaran kita ialah untuk mengatakan A itu A. Masih 50-50. Mungkin juga faktor kejahilan menjadikannya sedemikian. Apapun, filem "syurga cinta" jauh lebih baik berbanding filem2 maksiat yang kian banyak dihasilkan.

Semoga selepas ini akan terbit lebih banyak filem bercorak sebegini. Lebih baik daripada ini. Saya yakin bahawa bukan sedikit mereka yang menyokong filem2 bercorak keagamaan sebegini. Apatah lagi jika dihuraikan dalam konteks semasa dan realistik. Biarlah minda penonton mendapat corak yang baik, bukan corak yang hitam dan biru semata2.

Wallahua'lam

3 comments:

pengunjung July 9, 2009 at 3:41 AM  

salam.
ana cadangkan ustaz review sedikit "perempuan berkalong sorban" - sedikit mengelirukan penonton tentang layanan Islam terhadap wanita.

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid July 9, 2009 at 6:54 AM  

aiwah..
pandangan yang baik..
ana sealiran dengan nta..

Shakir July 9, 2009 at 6:46 PM  

Slam. Memang best cita ni. Kami kat cini pon dah tgk. Mmg ada kesan la. Walaupon jalan cita yg agak sama dgn cita indon tu. Nnti aku pon nak post pasal ni gak.. Heee..

Archive Blog