Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

12 July 2009

Sayonara K850i



Bismillahirrahmanirrahim


Hari ini genap 9 bulan saya bertemankan sony ericsson k850i. Seingat saya, handset berjasa itu dibeli sebelum saya ke Yaman tahun lepas. Bulan 10 kalau tak silap.

Hari ini juga, handset itu tidak ada lagi di genggaman saya. Hari ini dan hari2 seterusnya, saya tidak akan melihat lagi handset berjasa itu. Semuanya bermula pagi tadi.

Seorang hamba Allah dengan tulus ikhlasnya mengambil hak milik orang lain tanpa rasa bersalah. Saya kurang pasti imannya, tapi dia datang ke masjid di awal subuh. Pastinya untuk menunaikan solat.

Entah kenapa waktu tidur di masjid malam tadi tangan saya gatal untuk membawa handset. Walaupun kebiasaannya saya tidak pernah membawa apa2 barang berharga sewaktu beriktikaf atau tidur di masjid. Sedia maklum dengan pelbagai kes curi di masjid.

Biarlah. Itu namanya bukan rezeki. Cuma sedikit terkilan apabila segala data dan senarai contact dalam sim card telah hilang kesemuanya..


Pengumuman :

Disebabkan handset saya mengalami kecurian, maka segala database dianggap hilang, termasuk semua nombor telefon. Justeru saya memohon kemaafan kiranya saya tidak dapat dihubungi melalui telefon. Juga sekiranya nanti ( selepas saya beli hp baru, InsyaAllah ) , saya tidak mengenali nombor yang menelefon atau menghantar sms kepada saya. Harap maklum dan harap faham.

Kalau ada rezeki, Allah akan ganti yang lebih baik.

sekian.



by ; hafizquran

3 comments:

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid July 12, 2009 at 10:34 PM  

salam juang..
hbat ujian Allah utk org hbat mcm nta..
'ala kulli hal,klu tukar nombor bgtau ye..

MOHD. ADHA MOHD. ZAIN July 13, 2009 at 12:01 AM  

salam ustaz

jangan risau ustaz
Allah akan kurniakan rezeki yg lebih baik selepas ni :)

Ahli Sunnah Wal Jamaah. July 14, 2009 at 7:48 AM  

Salam, berhati-hatilah Ustaz kerana ada yang datang ke masjid dengan niat yang lain.Pernah berlaku seorang muslimah kehilangan beg yang diletakkan di hadapannya sewaktu solat.Pencuri telah mengambilnya sewaktu semua jemaah sedang sujud.Bukan di Ar-Rahimah sahaja berlaku kes kecurian, malah di mana2 masjid sekalipun tidak terlepas dgn kegiatan begini.

Archive Blog