Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

18 July 2009

Isra' Wal Mikraj : hayatilah walau setahun sekali



Bismillahirrahmanirrahim

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada malam hari dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya supaya Kami memperlihatkan keterangan2 Kami kepadanya. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat" [ Al-Isra' ayat 1 ]



Isra' Mikraj merupakan satu peristiwa besar yang berlaku ke atas Nabi s.a.w. Sebagai umatnya, alangkah tidak patut kiranya peristiwa besar yang pernah berlaku ke atas Sayyidul Anbiya' kita dilupakan begitu sahaja. Sekurang2nya sekali setahun kita muraja'ah balik tentang peristiwa penting ini. Bukan kata orang awam, kadangkala para ustaz pun apabila tiba bulan Rejab baru sibuk nak buka kitab balik. Hafal balik fakta, maklum sahaja tentang sejarah.

Bukanlah berniat untuk mempertikai atau membahaskan bila berlakunya peristiwa Isra dan Mikraj. Cuma terdetik untuk mendedikasikan beberapa point penting tentang Isra' dan Mikraj. Akan datang boleh dijadikan rujukan, InsyaAllah. Bagaimanapun, untuk nota dan mukadimah saya nyatakan beberapa pandangan ulama' seperti berikut :

1. Menurut Ibn Ishaq ia berlaku selepas 10 tahun baginda s.a.w dilantik menjadi Rasul

2. Az-Zuhri pula berpendapat ia berlaku setahun sebelum baginda s.a.w berhijrah ke Madinah iaitu pada bulan Rabi'ul Awal

3. As-Saddi menegaskan ia berlaku pada bulan Rabi'ul Awal, 16 bulan sebelum baginda s.a.w berhijrah

4. Al-Hafiz Abdul Ghani Ibn Surur al-Maqdasi berpendapat ia berlaku pada 27 Rejab sebelum penghijrahan baginda s.a.w ke Madinah

Saya mungkin hanya di tahap pencatat. Justeru para ulama' dan orang hebat yang menjenguk ke blog ini bolehlah membahaskan nota di atas dengan lebih lanjut.


Beberapa isi penting Penghayatan Isra' dan Mikraj

  • Isra' bermaksud perjalanan baginda s.a.w pada malam hari dari Mekah ke Baitul Maqdis @ Muqaddas dengan menaiki Buraq ( binatang tunggangan dari syurga )
  • Mikraj pula bermaksud perjalanan baginda s.a.w dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha
  • Berlaku pada 27 Rejab tahun ke-11 kenabian Nabi s.a.w iaitu 2 tahun sebelum hijrah
  • Anugerah Allah yang sangat besar kerana berlakunya pertemuan antara Nabi s.a.w dan Allah s.w.t
  • Bertujuan memberi kegembiraan dan mengubat kedukaan Nabi s.a.w setelah kematian Saidatina Khadijah dan Abu Talib yang dinamakan 'tahun kedukaan'.
  • Baginda s.a.w diperlihatkan pelbagai watak manusia sepanjang perjalanan tersebut, antaranya :
  • Satu kaum yang bercucuk tanam, setelah hasil dipetik tanaman itu terus berbuah semula. Ini gambaran bagi mereka yang mengorbankan harta di jalan Allah
  • Satu kaum yang sentiasa menghempap kepala dengan batu besar, apabila berkecai kepala mereka lalu bercantum semula dan mereka berterusan menghempap kepala mereka dengan batu tersebut silih berganti. Inilah gambaran azab bagi mereka yang meninggalkan solat 5 waktu.
  • Satu kaum yang sedang memanggang dua jenis daging yang lazat dan yang busuk, lalu memilih untuk makan daging yang mentah dan busuk . Inilah gambaran seorang lelaki yang mempunyai isteri yang sah tetapi menumpahkan nafsu pada jalan yang keji.
  • Satu kaum yang mengumpul seberkas kayu untuk dipikul. Dia tidak berdaya untuk memikul tetapi ditambahkan lagi bilangan ke atas kayu tersebut terus menerus. Inilah gambaran orang yang tidak boleh menunaikan amanah tetapi masih ingin menerima amanah disebabkan tamak kepada harta, pangkat dan kuasa.
  • Merupakan ujian keimanan kepada umat Islam. Ini dapat dilihat bilamana sekembalinya Nabi s.a.w daripada Isra' dan Mikraj, ramai di kalangan umat Islam yang murtad dan menuduh baginda sebagai gila dan bermimpi. Bahkan terlalu ramai yang tidak mahu mempercayai baginda s.a.w
  • Iman Saidina Abu Bakar a.siddiq yang sangat ampuh dan patut dicontohi. Iman sekalian umat tidak mampu menandingi hebatnya keimanan Abu Bakar a.siddiq
  • Penolakan terhadap peristiwa Isra dan Mikraj masih wujud hingga ke hari ini, terutamanya daripada mereka yang berfahaman Islam Liberal. Mereka meletakkan timbangan akal jauh melebihi wahyu.
  • Islam Liberal adalah fahaman yang menolak semua wahyu yang dirasakan tidak logik dan bertentangan dengan akal fikiran manusia.
  • Perintah solat perlu ditegaskan dalam diri sendiri, seterusnya anak2 dan masyarakat. Solat merupakan perkara besar yang diterima oleh baginda s.a.w dalam peristiwa Isra dan Mikraj.
  • Isra' dan Mikraj berlaku dalam tempoh satu malam sahaja
  • Pada peringkat awal baginda menerima perintah solat sebanyak 50 waktu, yang kemudiannya berlaku tawar menawar atas nasihat Nabi Musa a.s sehinggalah berbaki 5 waktu sahaja
  • Baginda s.a.w mengimamkan solat para anbiya' antaranya Nabi Musa a.s sebelum berangkat ke langit ke tujuh dengan menaiki Buraq
  • Sejarah menunjukkan Masjid Al-Aqsa merupakan kiblat pertama Nabi s.a.w sebelum berpindah ke Masjid Al haram sehingga ke hari ini
  • Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat Islam membebaskan Masjid Al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel Laknatullah, kerana ia ada kaitan dengan persoalan akidah

Ref :

1 Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, soal jawab dalam Islamonline.net 17/8/06 (Puasa pada 27 Rejab)

2 Ibid - soal jawab dalam Islamonline.net 9/7/08 (Benarkah Israk berlaku pada malam 27 Rejab.

3 Syeikh 'Atiah Saqar , soal jawab agama di Islamonline 17/7/2007 (Puasa pada bulan Rejab)

4 Syeikh Jaafar Ahmad at-Talhawi , soal jawab agama dalam Islamonline.net 30/8/04 (Kepimpinan baginda Rasulullah terhadap para Anbiya pada malam Israk dan Mikraj).

5 Al-Qaradawi , soal jawab agama dalam islamonline.net 8/8/07 (Pengajaran penting daripada peristiwa penting Israk dan Mikraj).


wallahua'lam


by ; hafizquran

02:32 am

0 comments:

Archive Blog