Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

01 June 2009

Terkuburnya Kezaliman Taghut


Nama Prhabakaran bukanlah suatu nama yang masyhur sebelum ini. Bahkan tidak dapat dipastikan samada waktu sekarang ini nama tersebut sudah benar2 masyhur ataupun tidak. Apa yang pasti, ramai di kalangan masyarakat khususnya umat Islam sendiri kurang mengambil tahu apatah lagi untuk mengenali nama seperti velupillai Prabhakaran - komander LTTE.

Baru2 ini ramai umat manusia kembali menyebut nama taghut tersebut, ekoran berita atau 'khabar angin' yang mendakwa bahawa manusia berhati syaitan tersebut telahpun ditembak mati. Gambar beliau yang lengkap berpakaian tentera dan berlumuran darah turut disiarkan.

Sejak dahulu saya melihat bahawa konflik yang berlaku di Sri Lanka, khususnya tentang kezaliman terhadap saudara seaqidah dan seagama dengan kita sangat kurang diambil berat. Mungkin isu tersebut tidak sebesar isu kezaliman tentera zionis ke atas saudara2 kita di Palestin, namun tumpuan, perhatian dan keprihatinan terhadap dua tempat dan dua konflik ini terlalu menampakkan perbezaan yang ketara.

Mungkin disebabkan ramai di kalangan kita, termasuk saya sendiri kurang maklumat dan penjelasan mengenai konflik sebenar yang berlaku di sana. Mungkin juga disebabkan kurang fikir, kurang prihatin. Namun, hakikat kezaliman yang telahpun berlaku ke atas saudara2 kita di Sri Lanka sebenarnya tidak jauh bezanya dengan kezaliman dan kebinatangan puak zionis ke atas saudara2 kita di Palestin.

LTTE sememangnya dikenali sebagai puak pemberontak. Memusuhi dan melancarkan perang ke atas kerajaan. LTTE digeruni kerana adanya manusia celaka lagi laknat seperti V. Prabhakaran. Dia diibaratkan sebagai penentu keamanan dan huru hara. Dia boleh menukarkan suasana aman kepada huru hara dan huru hara kepada keamanan. Dia merupakan 'mood' dan 'suhu'. Dia merupakan manusia berhati binatang - tiada akal dan hilang perasaan. Dia bukan manusia sebaliknya adalah antara gerombolan taghut akhir zaman.

Di sebalik semua itu, jangan pula kita lupa bahawa LTTE adalah puak yang paling kuat memusuhi Islam. Di tangan mereka dan atas nama kezaliman , sudah beribu2 nyawa saudara seagama kita melayang dan tergadai dengan begitu mudah. Tanpa pembelaan, tanpa perhatian.

Sebagai contoh , pada 3 Ogos 1990, LTTE Tamil Tiger (yang mendakwa pejuang masyarakat Tamil) ini telah membunuh 103 umat Islam Tamil yang sedang bersolat di Masjid Kattankudiy di Batticaloa. Perkara sama turut berlaku pada 3 Ogos 2006 di Muttur. Badan hak asasi manusia - The Society for Peace, Unity & Human Rights in Sri Lanka (SPUR) - yang beribupejabat di Victoria, Australia menyatakan pembunuhan terhadap umat Islam Tamil oleh LTTE ini turut berlaku di Kebitigollewe (15 Jun 2006), juga di desa Kalyanapura, Gomarankadawala pada 23 April 2006 dan pembunuhan di Welikanda ada 29 Mei 2006.( dirujuk )

Kematian Prabhakaran yang merupakan antara taghut berhati syaitan sebenarnya bukanlah merupakan pengakhiran kepada beribu2 malah berjuta2 bentuk kezaliman yang telah dan sedang berlaku ke atas umat Islam serata dunia. Umat Islam terus diasak dan diperangi, dengan pelbagai cara dan dasar, samada di negara timur mahupun barat. Dalam keadaan ini, apa yang terzahir pada pandangan mata hanyalah kezaliman luaran- lumuran darah dan cebisan daging - namun kezaliman dalam bentuk penindasan dan pemikiran terkadang kurang disedari dan disedarkan. Inilah perkara yang menyedihkan bagi kita sebagai umat Islam- yang perlu terus bangkit berjuang demi menghapuskan segala bentuk kezaliman dan penganiayaan terhadap saudara2 seaqidah dan seagama dengan kita.

Justeru marilah sama2 kita mengambil iktibar dan kesedaran dari pelbagai isu kezaliman yang berlaku ke atas umat Islam di seluruh negara dengan menjadikan kesemua itu sebagai pembakar semangat dan kekuatan kita untuk terus bangkit dan berjuang. Buat saudara2 kita yang telah bergelar para syuhada di bumi Sri Lanka ( insyaAllah ) , sama2 kita doakan kesejahteraan dan ketenangan roh mereka di alam sana. Al-Fatihah.

lamipran foto : Awas! pastikan anda cukup kuat untuk melihat foto2 di bawah












2 comments:

Anonymous June 4, 2009 at 11:56 PM  

sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang pasti...tidak ada yang dapat ditangguh jika ajal datang menjemput...maka selagi mana kita ada masa selagi itulah kita beramal..sesungguhnya setiap perkara yang kita lakukan sentiasa diperhatikan oleh Allah...rasa malu yang tebal patut ada dalam diri kita jika melakukan sesuatu yang di mungkari Allah walaupun kita sendirian...

Anonymous July 25, 2009 at 12:12 PM  

insafnye...pykit umat akhr zaman ialah cintakn dnia n takut mati...mg djauhkan dr pyakit ni...sbb mati tu satu prkara yg pasti...klo dah smpe mase,xleh nk cepatkn or tangguh..

Archive Blog