Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

09 June 2009

Notes untuk siri masyi Al-Quran

Bismillahirrahmanirrahim

Salam penuh penghargaan buat semua yang sudi mengunjung dan meninggalkan komen - lebih2 lagi kepada pengunjung2 maya ( samada dikenali atau tidak ) yang menghantar pelbagai soalan dan permasalahan kepada saya.

Pelbagai emel dan permasalahan yang diajukan kepada saya, samada dalam bidang tahfiz Al-Quran ataupun perkara2 lain- temasuklah pemasalahan rumahtangga. Saya cuba sedaya upaya untuk membalas dan memberi pandangan setakat termampu. InsyaAllah walaupun lambat, saya tetap akan berusaha membalas emel2 tersebut.

Cuma, saya ingin memohon kemaafan di atas kelewatan saya meng'update' blog dan menjawab soalan2 dalam box emel saya. Akhir2 ini agak banyak urusan yang perlu diselesaikan. Tambahan pula saya kurang gemar menulis dalam keadaan tidak stabil - dibimbangi tulisan yang dihasilkan tidak bermutu dan tidak tajam. Justeru biarlah ketenangan menguasai diri dahulu, barulah pena dapat menari dengan rentak yang senada dengan hati.

Banyak persoalan yang saya terima bertanyakan tentang hafalan Al-Quran secara part-time. InsyaAllah posting berkenaan itu akan saya buat sedikit masa lagi. Memang saya sengaja menulis berkaitan dengan hafazan secara full time namun tidak bermakna saya mengabaikan mereka2 yang berada dalam situasi berbeza yang memerlukan kaedah dan sistem berbeza. Cuma buat masa ini saya belum menulis berkenaan tahfiz secara sambilan . Akan datang, InsyaAllah.

Buat tetamu2 yang bertanya, diharap sabar menanti. Juga tolong doakan saya semoga diberi kesihatan dan kekuatan untuk terus menulis. Saya juga doakan kalian dan kita semua sentiasa maju jaya dan diberkati Allah sentiasa.

Salam 'sibuk' dari saya~

by ; hafizquran

3 comments:

Khadijah June 11, 2009 at 3:08 PM  

Salam MUJAHID MUDA..teruskan menulis.siri-siri Al-Quran ni sangat-sangat membantu sahabat-sahabat diluar sana."Sibukkanla" diri dengan sesuatu yang bermanfaat seperti ini. Insya Allah niilainya besar disisi Allah. Lakukanlah segala IKHLAS7X kerana Allah. Insya Allah kita takkan kecewa :-)

Anonymous December 13, 2010 at 6:49 PM  

salam..saya ada nak tya pasal seorang tahfiz Al-Quran,..sebagai pelajar universiti boleh ke kalau kita sambil belajar ilmu dunia kita menghafaz Al-Quran? atau perkara itu membebankan?

hafizquran December 13, 2010 at 8:21 PM  

to anon :

wslm. pelajar universiti atau mana2 institusi yg tidak berada di aliran agama sebenarnya amat2lah digalakkan utk menghafaz Al-Quran.

namun mgkin tingkatannya berbeza. boleh jadi kalau hendak mghafaz 30 juzuk sedikt sukar,dan tak semua mampu.tetapi kalau hanya utk mghafaz beberapa juzuk atau surah2 trtentu, tidak mjadi masalah

asal kena dgn cara, ada kehendak dan sedikit mujahadah, insyaAllah tidak ada masalah

Archive Blog