Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

12 June 2009

ST 7 : Beberapa Tips Membezakan Ayat Mutasyabihat


بسم الله الرحمن الرحيم

Oleh : hafizquran

Alhamdulillah, kali ini kita kembali berbicara mengenai bidang tahfiz Al-Quran. Di kala hari ini ramai manusia tenggelam dalam perkara yang lain, saya tetap mendoakan supaya usaha saya yang hanya sekelumit ini terus diberi kekuatan dan iltizam oleh Allah subhanahu wataala. Moga siri2 penulisan ini dapat terus dipanjangkan. Lebih jauh dari itu, moga siri2 penulisan ini dapat 'disambut' dan diteruskan pula oleh generasi huffaz selepas ini, insyaAllah( besar harapan saya ).

Beberapa Petua Membezakan Ayat Mutasyabihat

Dalam menghafaz Al-Quran kita tidak dapat lari dari berjumpa dengan ayat2 mutasyabihat. ayat mutasyabihat adalah ayat2 yang hampir sama atau mirip dengan satu ayat yang lain. Contohnya amat banyak. Contohnya dalam surah Al-baqarah kita jumpa dengan ayat " al-haqqu mirrabbik" dan dalam surah Ali Imran juga kita berjumpa ayat berbunyi " al-haqqu mirrabbik ". Tetapi hujung kepada kedua ayat tersebut adalah berbeza antara satu sama lain.

Ayat mutasyabihat sangat banyak di dalam Al-Quran. Saya dapati ayat2 mutasyabihat seringkali menjadi faktor kesukaran bagi seseorang penghafaz Al-Quran. Ia menyukarkan proses untuk mengingati tasmi' dan i'adah - sekiranya tidak diatasi dengan baik.

1. Cuba amati dengan baik

Antara cara yang boleh digunakan adalah dengan membuka ayat2 tersebut seterusnya meneliti dengan cermat. Amati kedua2 atau ketiga2 perbezaan dengan teliti.

2. Bulat atau tandakan perbezaan tersebut

Sebab itu saya sarankan supaya menggunakan mushaf yang sama. Tandakan perbezaan tersebut pada mushaf anda. Boleh juga gunakan warna2 yang berbeza untuk dijadikan tanda- mengikut keselesaan anda.

3. Imagine ayat tersebut dalam minda

Setelah mengenalpasti perbezaan dalam ayat2 tersebut, cuba bayangkan pula ayat2 tersebut di minda anda. Set kan perbezaan tersebut satu persatu.

4. Tulis atau jadikan nota

Perbezaan ayat2 mutasyabihat yang anda temui boleh direkod atau dijadikan nota di atas kertas. Tulis mengikut perbezaan yang mula2 dijumpai, sambil digandingkan dengan 'kembar' yang dikenalpasti pada ayat2 seterusnya.

5. Reka kod atau katakunci anda sendiri

Carilah katakunci yang mudah untuk diingati dan mengelakkan kesamaran atau pertukaran. Contohnya dalam juz 1, surah Al Baqarah ayat 136. Ia menyamai ayat dalam juz 3, surah Ali Imran ayat 84. Perbezaannya ialah ayat pertama terdapat perkataan " ilaina " manakala ayat kedua terdapat perkataan " 'alaina ". Perbezaan seperti ini sering menjadikan kita keliru waktu i'adah, tika menjadi imam atau sewaktu menjawab soalan2 syafawi.

Contoh katakunci yang saya buat adalah, saya ingat kepada kaedah dalam mengingati 'haraf jar' pada ilmu nahu ( yang dihafal dari kecil ). Dalam matan ajrumiah disebut 'min,ila,'an,'ala,fi,rubba ..sehingga akhir. Kalimah "ila" disebut terlebih dahulu sebelum " ala ". Justeru saya menggunapakai kaedah tersebut untuk mengingati perbezaan dalam ayat mutasyabihat tadi.

6. Banyakkan Iadah

Cara yang paling simple tetapi sukar. Hanya dengan banyak iadah anda akan dapat menguasai segala perbezaan dalam ayat2 mutasyabihat tersebut. Suatu masa nanti anda akan dapati bahawa anda telah berjaya mengingai segala ayat2 mutasyabihat yang sebelum ini dirasakan susah dan sukar - syaratnya ; banyakkan iadah!

Sekian.

NOTE : Upgraded On 6 Jun 2011

2 comments:

Farid Rashidi June 16, 2009 at 12:58 AM  

Assalamualaikum Ustaz,

Alhamdulillah perkongsian yang menarik. Teruskan berbakti agar kembara insan manis dipenghujungnya.

Khadijah June 16, 2009 at 10:27 PM  

salam.. sememangnya ana sangat2 bersetuju bahawa sangat sukar untuk mengingati ayat-ayat "mutasyabihat" tu. walaupun berkali dibaca dan dihafaz. Tetapi, berdasarkan pengalaman, ia akan dapat diinganti jika kita selalu membaca @ iadah ditambah dgn formula2 yg seperti us suggestkan... Apapun tania! ana sebenarnya menunggu kaedah "chunking" yang dimaksudkan bg memudahhkan ana utk mengingati alquran. syukran..

Archive Blog