Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

26 May 2009

Kisah itu Suatu Iktibar


Bismillahirrahmanirrahim

Memulakan tulisan dengan nama Allah, Yang Maha Lembut, Maha Tegas , mudah2an bait kata seterusnya tidak dicemari nafsu mahupun amarah.

Hajat di hati ingin dilupakan sahaja hasrat untuk membuat posting tentang isu ini, tetapi suatu desakan - mungkin juga luahan - menghentak2 dinding hati untuk menulis. Biarlah diketepikan dahulu isu perlu dan mahu.

Semua maklum, akhir2 ini- bahkan sebenarnya sejak 2 tahun lepas - cerita mengenai seorang lelaki bernama "ustaz" akil hayy begitu kecoh dan hangat diperkatakan. Tetapi bukan kerana lawak jenakanya yang begitu mencuit hati dalam selitan2 ceramah, bukan juga kerana serban dan jubah, bahkan kerana hubungan 'syubhah' dengan seorang penyanyi perempuan bernama waheeda.

Saya kira saya tidak wajar berperanan sepertimana media massa di luar sana, menyebarkan gosip atau menghangatkan cerita, tetapi mungkin peranan saya dan 'kita' adalah untuk mengambil iktibar dan pengajaran. Pengajaran dari kisah yang berlaku di hadapan mata sendiri, pada seorang lelaki yang pernah dianggap sebagai 'wira' dan 'idola' suatu masa dahulu.


Uslub dalam Berdakwah

Tidak dinafikan dalam berdakwah kita mempunyai pelbagai uslub. Pelbagai cara. Asal sahaja cara dan kaedah yang kita guna tidak bersalahan dengan syariat dan mampu menarik mad'u kepada Islam, cintakan agama, tinggi nilai2 akhlak dan sebagainya. Melihat kepada pakaian, pembawakan, pentas, saluran dan macam2 lagi, semuanya telah banyak difleksibelkan oleh kebanyakan pendakwah masa kini. Namun apa yang dikesalkan, terkadang seolah uslub kita, cara kita, kaedah serta pembawakan kita, bagaikan lebih hebat dari Rasulullah sendiri!

Kita mengatakan dakwah itu pelbagai, dakwah itu fleksibel, lalu menukar segala perhiasan sunnah di badan kita kepada perhiasan jahiliah, kemudian terjun ke dalam tong najis ( tahi ) dengan segenggam sabun debu dan sebiji berus sabut- dengan hasrat untuk membersihkan tong tersebut dari najis dan tahi. Lantas hasilnya apa?


Hati seorang Isteri

Isteri adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Apatah lagi jikalau isteri itu solehah. Tidak perlu berdalih mencari tanda solehah pada diri sang isteri. Belum cukup solehahkah kiranya ibadahnya terjaga, maruahnya diperlihara, makan minum tersedia, anak2 terbela dan diberi perhatian sepanjang masa? Mungkin berat sebelah. Maka si suami bekerja keras setiap hari demi mencari nafkah, rezeki yang halal dan berusaha menaikkan taraf kehidupan sekeluarga.

Tetapi adakah wajar kiranya terus2an mencari nafkah sehingga anak isteri terabai? Meninggalkan isteri di rumah dalam tempoh yang bukan sekejap, kemudian hanya membiarkan mereka melihat wajah kita di dada2 televisyen. Membiarkan kerinduan mereka terubat hanya dengan cara sedemikian merupakan cara paling zalim bagi seorang suami dan ayah. Apakah kesibukan kita sampai tahap mengalahkan Ketua Menteri atau Perdana Menteri?

Lebih malang kiranya hati kecil seorang isteri, yang menunggu penuh setia untuk melihat kepulangan suami tercinta, menanti untuk meluahkan dan berkongsi pelbagai masalah dan rasa, mendamba sekelumit rasa prihatin dan kasih sayang buat hati yang dahaga- tetapi akhirnya terpaksa memendam seribu rasa melihat aksi penuh mesra suami bersama perempuan yang entah siapa. Sungguh menyedihkan!


Perlunya mengelak Fitnah

Islam mengajar kita bagaimana menjadi muslim yang sejati. Bagaimana untuk menjaga diri, agama dan keluarga. Antara malapetaka dan bala yang seringkali kita mohon dijauhkan oleh Allah adalah Fitnah. Lebih2 lagi fitnah dari kaum wanita. Bahkan wanita itu sendiri merupakan fitnah kepada lelaki.

Mengelak dari asbab2 timbulnya fitnah jauh lebih baik dari bermain2 dengan asbab fitnah tersebut. Apabila fitnah telah tersebar, segalanya akan tercemar. Waktu itu bukanlah sesuatu yang mudah bagi kita untuk menepis, memberi penjelasan dan sebagainya. Apatah lagi kiranya kita hanya berdiam diri sahaja - tanpa bertegas menjawab segala fitnah tersebut!

Lantas fitnah terus tersebar. Persoalan terus menjadi tanda tanya. Bukankah ini dinamakan syubhah?


Sahabat seakidah, Sahabat seperjuangan

" saya tak pernah lupa asal usul saya, dari mana saya dilahirkan..."

Inilah antara kata2 lelaki bernama akil yang saya ingat sehingga kini. Mungkin dunia glamour telah menariknya ke lembah yang sukar baginya untuk 'mengimbangi' diri sendiri. Ya, dia seorang penceramah PAS suatu masa dahulu. Ikon para remaja untuk berubah. Idola muda mudi untuk tertarik kepada ceramah2 PAS. saya PASti, beliau ada ramai sahabat seakidah dan seperjuangan dalam PAS sendiri. Tapi kini, ke mana sahabat2 tersebut?

Tika pelbagai cerita kurang manis tentang lelaki ini tersebar suatu masa dahulu, yang pertama sekali saya dengar adalah tentang harga pertunjukan ataupun show yang dikenakan oleh beliau terlampau tinggi, meskipun untuk program2 PAS sendiri. Isu tersebut melarat sehinggalah beliau membuat kenyataan kepada wartawan harakah dalam kolum " 5 soalan panas "- beliau bertegas mengatakan harga tinggi itu wajar, untuk cari makan dan sebagainya.

Seingat saya itulah kali terakhir lelaki ini diberi 'perhatian' oleh lidah rasmi PAS tersebut. Nama dan kelibatnya terus misteri, apatah lagi selepas dilamar oleh pihak Astro. Samada 'pemergiannya' sebagai pejuang 'pembersih tong najis' direstui oleh PAS mahupun sahabat2 beliau dalam PAS, saya kurang pasti. Apa yang pasti, bagi saya sesuatu yang amat malang lagi menyedihkan bilamana lelaki ini- kiranya masih pendokong PAS - dengan senang hati 'minum kopi' di Cafe Akil Hayy sedangkan rakyat sedang berjuang habis2an mempertahankan Perak - negeri kelahirannya sendiri!

Suatu persoalan yang terus menjadi tanda tanya, bilamana dirinya pula yang teruk dilanda mehnah akhir2 ini, tiada seorang pun yang tampil membela beliau- meskipun atas nama sebagai 'sahabat seperjuangan'..

Allah bagi, Allah uji, Allah tarik

Dunia artis memanglah glamour. Jaga poket sendiri memanglah senang. Berjalan atas permaidani merah memanglah best. Lepak kat 'kedai kopi' sendiri memanglah syok. Tapi jangan lupa, Allah itu lebih Kaya daripada kita. Apa yang ada pada kita, hatta sehelai bulu roma pun bukan milik kita.

Kekayaan, Kemasyhuran, Kesenangan semuanya datang dari Allah. Bila2 masa sahaja Allah akan tarik. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud :

" Katakanlah bahawa Allah Raja sekalian raja, Dia memberi kerajaan kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan mencabut kerajaan dari sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dia memuliakan sesiapa yang dia kehendaki, dan menghinakan sesiapa yang Dia kehendaki..."

Inilah jiwa lemah kita sebagai manusia. Bila mewah , kita leka. Bila masyhur, kita bangga. Sedangkan semua itu boleh hilang bila2 masa sahaja. Saat Allah tarik kesemua itu dari kita, barulah kita terkontang kanting mencari siapa yang sudi membela? Waktu kita bersantai di atas takhta , sahabat2 bagaikan insan tak berharga. Perjuangan bagai anasir yang hanya menganggu lena. Dakwah pula bagai suatu tilam empuk yang amat selesa. Itukah dakwah?


Dakwah kita , Dakwah Nabi

Nabi keluar rumah pakai jubah putih, balik rumah jubah bertukar hitam. Kadang2 merah dicemari darah- lantaran lontaran batu dari mad'u yang enggan mendengar kebenaran.

Kita keluar rumah pakai baju putih, sampai tempat berdakwah tukar baju coat, baju batik, sebelum berdakwah orang bagi makan , orang siapkan persalinan, orang pakaikan makeup , orang buat itu ini. Balik rumah baju tak lekat walau sebiji habuk.

Dakwah Nabi tak bergaya, tapi berkualiti. Dakwah Nabi tetap dihina dicerca, tapi tidak difitnah. Islam dari tangan Nabi bersinar dan bercahaya, makin terang dan makin nyata.

Dakwah kita hebat, uslub kita seribu macam, tapi kualiti entah paras mana. Dakwah kita kononnya dicerca dihina, walhal kita yang mendatangkan fitnah pada dakwah dan agama. Islam dari tangan kita makin samar, makin kabur, orang semakin keliru dan bingung.

Apatah lagi jika kononnya bertitle 'ustaz'- barangkali juga mee celup !

6 comments:

mardhiah hayati May 26, 2009 at 7:43 AM  

ASSALAMUALAIKUM..i agree with ur statement..even i used 2 respect him..but the truth has come now..
wat eva..hope our IMAN always increase..insyaALLAH..salam mujahadah

Zenki May 26, 2009 at 9:25 AM  

em, menulis dari hati pik. Sejuk rasanya membaca

Ahli Sunnah Wal Jamaah. May 27, 2009 at 10:48 AM  

Salam, blog anta bagus utk dilawati.Teruskan penulisan dan sabarlah dlm melayan kerenah manusia di Masjid tempat anta bertugas.Alhamdulillah, akhirnya Masjid Ar-Rahimah mendapat seorang Imam yg baik bacaannya dan tawadduk akhlaknya.

lailafillah May 31, 2009 at 1:40 PM  

salam akh..satu kisah yang harus kite ambil ikhtibar..jadi beringtlah..segalanya dari Allah..dan akan kembali kepada Allah juge..

Khadijah June 2, 2009 at 11:18 PM  

salam..bagus. teruskan memandang dan bermuhasabah. lahirkan kejujuran dari hati..mudahan-mudahan apa yang dilahirkan memberi kesan di hati pembaca. TAHNIAH! i'M TRUST ON YOU

Khadijah June 2, 2009 at 11:31 PM  

MUHASABAH BERSAMA! Wanita adalah FITNAH. Jangan biarkan kekuatan, kemulian, kelebihan yang kalian ada dihancurkan sekelip mata kerana "fitnah" ini. Ambillah iktibar dari kejatuhan-kejatuhan empayar besar dunia kerana fitnah wanita. berpuluh-puluh hadith bertaraf sahih yg menuliklan ttg PERLUnya berjati-hati terhadap fitnah wanita. Rasulullah bersabda : "ma adharru a'larrijal minannisa". Renung2kanlah.. kepada sahabat2 sejantina, jagalah diri kalian, periharalah diri kalian..malulah dgn diri kalian..jangan kerana diri kalian, rijal-rijal jundun agama hancur dan musnah..hormatilah mereka dengan menjaga diri kita. nauzubillahiminzalik..jauhkanlah kami dari semua kejahilan ini ya rabbi!

Archive Blog