Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

14 May 2009

iSetan : Jangan Setankan Diri dan Agama


Bismillahirrahmanirrahim.

Semalam sedang membelek2 menziarah pelbagai blog dan website, membaca dan meneliti cerita,komen dan info terkini terutama mengenai Perak, saya terbaca suatu artikel atau lebih tepat berita dari bog seorang sahabat. Cerita tentang aduan dari pekerja2 perempuan beragama Islam di sebuah pusat membeli belah terkemuka- iSetan.

Sebelum ini saya cuma tergelak tanpa pernah ambil pusing apabila kawan2 mengajuk atau mengejek2 nama iSetan yang kedengarannya seperti menyebut i setan ( aku syaitan ). Pada saya, itu cuma kebetulan dan tidak mungkin sama sekali pemilik pusat tersebut meletakkan nama syarikat berdasarkan kemungkinan2 tadi. Tidak logik.

Artikel yang saya baca sedikit sebanyak megingatkan kembali kepada gurauan2 terhadap pusat membeli belah tersebut di awal2 kemunculannya beberapa tahun lepas. Gurauan itu ada kebenaran rupanya.

Sahabat tersebut menulis dan menceritakan bagaimana aduan2 dari pekerja perempuan yang sampai kepadanya. Mereka mengadu tidak dibenarkan memakai tudung untuk bekerja di pusat tersebut. Atas keprihatinan maka sahabat tadi mengambil masa untuk menelefon dan bercakap sendiri dengan pegawai ekskusif di sana. Komen dari pegawai tersebut amat mudah ;

" Syarikat tidak pernah meletakkan syarat kepada pekerja samada untuk bertudung atau tidak. Tetapi polisi yang ditetapkan adalah semua pekerja ( perempuan ) di bahagian jualan DIWAJIBKAN memakai skirt atas lutut BUKANNYA bawah lutut..."

" Jadi kalau dah pakai skirt atas lutut, soal tudung faham2 sendiri lah..."

Mudah sahaja jawapannya. Semudah mengunyah pisang goreng panas yang rangup.

Tambahnya lagi, itu merupakan syarat yang ditetapkan oleh syarikat induk mereka di Jepun.
Hanya mereka yang bekerja di bahagian pejabat sahaja dibenarkan berpakaian kasual dan bertudung. Siapa sangka kita telah dijajah sampai begitu sekali? Bukan sahaja tentang ekonomi kita terpaksa meringkuk di kaki mereka, bahkan soal hukum hakam dan hak kita sebagai muslim juga terpaksa dilacur dan digadaikan .

Sahabat tersebut dalam artikelnya memberikan khulasah yang ringkas - bahawa iSetan bukanlah tempat yang sesuai untuk wanita Muslimah bekerja. Hukumnya adalah haram. Haram pertama kerana taat kepada kafir dan haram kedua kerana melucutkan pakaian muslimah anda dan membuka aurat.

Setelah membaca artikel tersebut, saya berpendirian bahawa tidak menjadi suatu alasan yang diterima syara' sekiranya mengatakan bahawa bekerja di tempat tersebut - dengan mematuhi syarat2 haram tadi - adalah sesuatu yang dharurat. Dengan kata lain, sekiranya melepaskan jawatan atau kerja tersebut akan kehilangan sumber pendapatan, kebuluran , kemiskinan dan sebagainya.

Saya mengambil kira kaedah usul fiqh yang menyebut : Alwiqayah la tubarrirul Wasilah.

Saya tidak menafikan bahawa kita masih berada dalam keadaan ekonomi yang masih buruk. Kegawatan yang masih berpanjangan. Sesiapa sahaja merasa bahang dan peritnya. Tetapi sebagai seorang wanita muslim, antara agama dan rezeki perlu diyakini bahawa kedua2nya datang dari Allah yang Satu.

Jika ada yangmengadu sedemikian kepada sahabat tadi, bermakna ada yang mempunyai kesedaran. Maka kita doakanlah supaya lebih ramai yang mempunyai kesedaran sedemikian. Bukan senang untuk memujuk seseorang berhenti kerja dengan alasan pekerjaan tersebut tidak syar'ie dan membuka aurat adalah haram. Meskipun ramai yang tahu, tetapi untuk melepasan pendapatan bulanan sedia ada dan mencari pekerjaan baru yang belum pasti- bukanlah suatu perkara yang mudah. Sudah pasti perlukan keyakinan dari Yang Maha Satu- Allah.

Kesimpulannya, kita masing2 sedar dan tahu tentang perkara sebegini. Umat Islam dijajah dan terus dijajah dalam negaranya sendiri. Pembelaan terhadap mereka sangat rendah. Kesedaran dan penghayatan Islam tidak ditekankan lantas menjadi faktor utama kepada runtuhnya keyakinan kepada Ad-deen. Mentaliti masyarakat yang berdaulahkan duit dan ringgit menjadi penghalang utama yang menyekat pancaran Nur dari Ilah yang diyakini.

Bekerja itu hukumnya harus selama mana tidak dicemari perkara2 yang haram. Hakikatnya, bekerja di tempat2 seperti iSetan bagi seorang wanita muslimah adalah suatu perkara yang sangat dikesali dan perlu dielakkan. Masih banyak ruang2 pekerjaan yang kita tak nampak tetapi Allah sediakan untuk kita - apatah lagi kiranya kita sanggup berhijrah dari zulumat kepada Annur.

iSetan : i Setan : Jangan setankan diri dan agama anda.

sekian,

wassalam.

by : hafizquran

4 comments:

Anonymous May 14, 2009 at 10:14 PM  

assalamualaikum...saya tertarik dengan artikel yang penulis bincangkan..sememangnya masalah ini amat membebankan otak terutama saya, seorang perempuan, dok kat Perak pulak.. hemm. Rasa malu teramat sangat bila ada muslimin yang membincangkan isu ini...tapi pada pendapat saya memang sepatutnya muslimin yang membincangkan hal ni supaya kaum-kaum perempuan yang berkenaan yang membacanya akan dapat berubah...kalo tak banyak pun sedikit...syukran..

Anonymous May 15, 2009 at 1:58 AM  

demikian juga susahnya nak ubah seorang perempuan bila mereka dah dewasa,dah kenal dunia..

cuba perhatikan sesetengah dari mereka, sehingga diibaratkan menjaga sekandang kerbau lebih mudah dari menjaga seorang wanita..

itulah hakikat..

ibn qayyim August 26, 2009 at 4:28 PM  

Inilah orang Islam Malaysia yang tak menggunakan otaknya. Dalam apa saja hukum fiqh pun, kita tidak boleh memaksa syarikat kafir membenarkan pekerja memakai tudung dan paksaan ini tidak dibenarkan oleh syarak kerana hukum syarak tidak valid kepada non-muslim. Yang perlu berubah ialah pekerja islam jangan bekerja di sana. Itu baru betul!

Kita sibuk dok komen orang tak bagi pakai tudung...sedarkah kita kita selalu menjadi kuli..kenapa tidak kita sebagai melayu islam memiliki gedung2 besar itu atau mengislamkan pemilik gedung2 itu?

Semua komen2 dan artikel itu hanya memalukan orang islam sahaja kerana berjaya menceritakan kepada dunia, melayu islam ramai menjadi kuli di negara sendiri. Kita yang tak mahu berusaha jadi tokey2 gedung, tp kita pula nak bising tokey2 kapir ni x bg pakai tudung...

Laman Ilhamku August 29, 2009 at 10:53 PM  

Salam ibn qayyim yang pandai menggunakan otak

ibn qayyim adalah orang Islam pertama di Malaysia yang pandai menggunakan otak

Ibn Qayyim jadilah tokey melayu Islam nanti saya iklankan suruh semua orang Islam bekerja dengan Ibn Qayyim yang sangat pandai menggunakan otak

Nasihat saya, bacalah sesuatu isu dengan hati dan Iman. bukan dengan OTAK saudara semata2.

Saudara nampak tak isu islah dan dakwah yang sedang dibawa dalam artikel tersebut? Usaha untuk menjadi peneraju Islam tetap perlu, dalam masa yang sama Islah tetap kena buat untuk sedarkan Umat.

fahami betul2 sebelum bersuara.Apa kita perlu menjadi hipokrit semata2 malu kepada dunia? saudara bukan hidup dizaman purba. Realti itu smua orang tahu, atau saudara yang baru sahaja tahu??

syukran

Archive Blog