Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

17 May 2009

ST 6 : Pentingnya Fokus Dalam Menghafaz Al-Quran


بسم الله الرحمن الرحيم

Oleh : hafizquran

Alhamdulillah, bertemu lagi kita dalam segmen perbincangan mengenai bidang hafazan Al-Quran. Semoga perbincangan ni dapat terus berjalan dan memberi manfaat bersama , InsyaAllah.

Artikel sebelum ini membicarakan mengenai bagaimana cara dan petua untuk mudah mendapatkan hafalan baru - tasmi'. Saya sudah menyentuh serba sedikit tentang kaedah yang boleh digunapakai. Ia lebih menjurus kepada suatu perkara atau amalan yang senang serta mudah untuk dipraktikkan.

Saya menyebut mengenai perlunya membiasakan telinga dan otak untuk mendengar ayat2 atau surah2 yang bakal dihafal pada masa akan datang, juga tentang perbezaan terhadap ingatan antara baca sambil duduk, berdiri mahupun berlari. Kali ini saya cuma ingin menyambung sedikit sahaja tentang bagaimana cara untuk mudah mendapatkan hafalan baru.


Pentingnya FOKUS Dalam Menghafaz Al-Quran

Suatu perkara yang terkadang diibarat bagai terlepas pandang bagi penghafaz Al-Quran adalah tentang FOKUS. Jika anda mendengar mana2 ceramah motivasi pembelajaran sekalipun, item FOKUS pasti akan disebut dan diberi penekanan oleh motivator tersebut. Apatah lagi kiranya anda dalam bidang menghafaz Al-Quran? Sudah tentu lebih perlu diberi penekanan terhadap perkara tersebut.

Hakikatnya, saya perhatikan ramai di kalangan huffaz tidak memberikan fokus yang sewajarnya kepada hafalan mereka terutama ketika mencari modal ( tasmi'). Situasi ini terkadang seolah menampakkan kejahilan dan sikap kurang hormat mereka terhadap Al-Quran yang mereka hafal. Contoh paling ketara adalah , buka Al-Quran, sambil hafal sambil buat perkara lain. Saya akan nyatakan nanti.

Sebelum itu suka saya katakan bahawa, saya berpeluang untuk berada di dua sekolah tahfiz Al-Quran yang berbeza. Pertama , saya berada di Maahad Tahfiz Repek selama 6 tahun. Kedua saya berada di Darul Quran Jakim selama 3 tahun. Saya cuba membandingkan dua situasi di kedua2 tempat ini dalam kita membicarakan tentang 'fokus' itu tadi.

Pengalaman saya, jika di sekolah2 atau madrasah2 tahfiz biasa, pelajar2 memang tidak dibenarkan untuk membawa apa2 barangan elektronik. Itu termasuklah radio, walkman, mp3, handset mahupun pemanas air ( heater ). Majalah, komik dan bahan2 yang tiada kaitan serta boleh menjejaskan tumpuan dan fokus pelajar juga turut diharamkan. Peraturan ini wujud di kebanyakan sekolah atau madrasah tahfiz termasuklah tempat yang saya belajar dahulu. Adapun di Darul Quran , ia sangat berbeza. Di situlah tempat yang saya rasakan sangat berbeza dan mempunyai kelainan kerana pelajar2 'bebas' dan tidak terikat dengan peraturan2 atau disiplin2 ketat termasuklah dalam penggunaan handset serta bahan2 yang lain.

Jika di madrasah tahfiz dahulu, gangguan terhadap fokus pelajar2 tidak sukar untuk dielakkan. Paling tidak, mereka cuma berbual dan bermain sewaktu menghafaz terutama antara maghrib dan isyak. Mereka tidak 'terganggu' dengan panggilan telefon, sms , komitmen mesyuarat atau program dan sebagainya. Sangat berbeza di Darul Quran apabila pelajar2 kebanyakannya meletakkan handset di sebelah Al-Quran semasa menghafaz, termasuklah ketika 'waktu penting' - antara maghrib dan isyak.

Samada perlu atau tidak membawa handset , berkepit dengan handset 24 jam - saya beranggapan bahawa mereka mungkin mempunyai jawapan tersendiri. Ada yang memberi alasan bimbang menerima panggilan kecemasan dari kampung, ada yang bimbang menerima mesej2 mesyuarat atau perkara2 ad hoc dan ada juga yang risau terputus dari berbalas2 sms dengan insan di sebelah sana. Semua ada alasan masing2.

Sebagai pemerhati dan berdasarkan pengalaman , saya mengambil pendirian mengatakan bahawa sewajarnya bagi seorang huffaz itu menjauhkan diri dari segala bentuk perkara yang boleh mengganggu dan menjejaskan FOKUS mereka terutama waktu2 penting ketika menghafaz Al-Quran. Amalan sentiasa membawa, memetik2 dan memicit2 handset ketika menghafaz Al-Quran adalah salah satu bentuk perbuatan yang jelas menunjukkan sikap tidak fokus si penghafaz tersebut. Begitu juga dengan perbuatan2 atau aktiviti2 lain, seperti berbual, berborak, bersembang di cafetaria atau bermesyuarat ( bukan ad hoc ) sewajibnya dielakkan.

Kepekaan seorang penghafaz Al-Quran terhadap isu FOKUS menunjukkan kepada kesungguhan mereka dalam menghafaz dan mendapatkan hafalan baru. Sikap sambil lewa dan kurang prihatin pula menampakkan sikap tidak bersungguh2 atau kurang berminat. Kesan yang akan dilihat adalah sukarnya bagi mereka untuk mendapat serta mengekalkan hafalan2 mereka.

Akhirnya, sama2lah kita fikirkan, bahawa perkara2 yang dibincangkan secara zahiriah tadi sebenarnya berkait dengan aspek batiniah dan yang tersurat, iaitu konsep keberkatan. Maksud 'keberkatan' adalah bertambah dan berkembang ( membiak ). Andai tiada keberkatan, usaha pula secara sambil lewa, natijahnya sudah tentu amat buruk dan sia2.

Sekian.


NOTE : Upgraded On 6 Jun 2011

4 comments:

Anonymous May 20, 2009 at 8:06 AM  

aslmkm.

bgmana mahu mengingati hafalan2 yg tlh lama dihafal dengan kekangan masa yg dihadapi d ipt dengan course yg di ambil msg2 spt bidang sains.

Laman Ilhamku May 20, 2009 at 10:44 PM  

wslm

soalan yg baik, situasi yg banyak dihadapi oleh kbnyakn shbt2 ana sndiri.

bila bercakap ttg hafalan lama,xdapat dipisahkan dengan konsep dan kewajipan iadah.

perkara paling penting adalh memastikan anda mmpunyai jadual iadah yg praktikal dan konsisten

dalam situasi ini,anda sendri perlu syadid dan tegas terhadap dri sndiri, perlu patuh dan ikut jadual yg anda tetapkan

syaratnya jadual tersebut perlu relevan,realistik dan mampu utk diikuti. Masa utk anda iadah perlu diluangkan sekurang2nya 2 jam sehari

course bagi ana bukan pghalang utama.ianya berkait dengan sikap dan kerajinan seseorang. ana pasti anda akan lebih cemerlang kiranya fokus dan keprihatinan anda thadap Al_quran tdk diabaikan.

wallahua'lam

Anonymous May 21, 2009 at 1:21 AM  

salam ustaz..afwan..saya sangat menghadapi masalah tidak fokus semasa menghafaz. terllau bnayak perkara yang mengganggu sehingga kadang2 saya rse mahau menangis. mintak tasji' dari ustaz. syukran

Laman Ilhamku May 22, 2009 at 1:54 AM  

wslm

syabas kerana anda mahu mencari kekuatan dan ana kira anda seorang yg kuat smgt dan tabah,insyaAllah

masalah tidak fokus thadap hafazan dikaitkan dgn bk pkara,antaranya mgkn maslah dalaman ssorang,masalah kluarga,sikap dan lain2

mgkin boleh ana tanyakan,adakah anda btul2 mgambil berat ttg psediaan sblm anda 'bersama' Al-Quran, terutama dari segi selawat,ayat2 penerang hati dsbg?

kiranya itu belum dilakukan, maka ia boleh dikaitkan sb salah satu pnca hati anda merasa racau dan kacau, seterusnya mmbawa kepada minda yg tidak mampu utk mmberi fokus sewajarnya

andai perkara ini telah dititkberatkan ttp hati masih serabut,gundah gulana ( memikirkan byk perkara ) dan susah utk fokus, banyakkanlah berdoa, mntak dengan Allah terutamanya supaya Allah hilangkan perasaan itu dan berikan anda ketenangan

pesan ana, tdk mngapa,banyakkanlah menangis. itu sangat baik utk anda. menangislah sewaktu solat, menagislah sewaktu anda gundah gulana dihadapan Al-Quran..

ia akan menjadikan anda akrab dengan tempat mengadu anda iaitu Allah, dan menerbitkan perasaan luarbiasa antara anda dan Al-Quran

syaratnya,tangisan itu mestilah kerana Allah..

wallahua'lam

Archive Blog