Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

24 May 2009

Aku Menulis Bukan Kerna Nama

Bismillahirrahmanirrahim

Sejak kecil aku memang gemar menulis. Kepuasan yang maksima ialah apabila aku berjaya mencurahkan segala rasa hati di atas bait2 diari tak rasmi, atau mungkin hanya pada lembaran2 kertas. Menulis merupakan terjemahan rasa hati yang dilakarkan oleh tangan sendiri. Sekian lama aku menjadikan buku dan diari sebagai teman meluahkan kekecewaan, kesedihan, kebencian dan seribu satu perasaan yang lain- lantaran kehidupan keluarga tidak seperti kebanyakan teman yang lain.

Meningkat dewasa, aku tidak lagi menulis dan melakar di atas lembaran kertas. Buku dan diari lama telah kusimpan entah di mana. Kongkongan waktu dengan kelas2 pengajian dan aktiviti persatuan menjadikan tabiat meluah dengan cara menulis kurang dapat dipraktikkan. Namun minat dan kegemaran untuk menulis sukar dibendung. Kadang2 aku puas hanya dengan membaca tulisan2 sendiri setelah bersusah payah menulis dan mengarang. Kerna itu aku benar2 memastikan tulisan aku berkualiti, terutama dari segi ayat dan ejaan, yang akhirnya membuatkan aku sangat2 menghargai setiap tulisan dan ayat yang aku lakarkan.

November 2007, aku memulakan era baru dalam hidup apabila artikel pertama bertajuk ' alhafiz atau almuqri ' aku postkan di teratak bernama Laman Ilhamku. Nama itu diilhamkan oleh aku sendiri, dengan hasrat untuk meluahkan segala ilham dan rasa hati di blog sendiri yang kuanggap sebagai peribadi.

Nawaitu waktu itu hanya untuk meluahkan, menceritakan masalah , berkongsi rasa dan yang sewaktu dengannya sahaja. Jarang2 boleh berkongsi idea ataupun tazkirah. Alhamdulillah, semakin lama mendiami teratak Laman Ilhamku ini, aku semakin selesa dengan gaya dan pembawakan sendiri. Akhirnya Allah ilhamkan untuk aku menulis sesuatu yang lebih bermanfaat dan berguna untuk pengunjung, berbanding dengan hanya menceritakan perihal sendiri, meluahkan kesedihan, masalah dan sebagainya.

Hasrat itu terpendam sekian lama. Hasrat untuk berkongsi sesuatu yang lebih baik dan berguna untuk teman2 seperjuangan, khususnya para Huffaz. Pengalaman lebih 9 tahun dalam bidang tahfiz, sebagai pelajar dan pengajar, aku kira sangat rugi kiranya tidak dikongsi dan disebarkan. Dengan sedikit suntikan semangat dari seorang teman, aku mula menulis siri2 bagaimana untuk masyi Al-Quran. Harapanku waktu itu, kiranya tiada yang sudi 'turun' berbincang topik tersebut, sekurang2nya biarlah ia kekal menjadi koleksi hasil tanganku sendiri di teratak ini.

Alhamdulillah, ilham itu benar2 dari Allah. Aku mula menulis siri2 ini setelah 'bangkit' dari suatu mimpi ngeri. Mimpi yang cukup menakutkan. Kini bukan hanya tugasanku sebagai Imam dan pendidik yang menjadi inspirasi , bahkan juga tulisan2ku dalam teratak Laman Ilhamku cukup memberikan suntikan dan semangat luarbiasa.


Pesan Kepada Sahabat Blogger



Aku mungkin bukanlah orang paling lama menulis blog, tetapi boleh dikatakan antara yang terawal di antara sahabat2 DQ dahulu. Waktu aku teruja menghidupkan blog beberapa tahun lepas, sahabat2 yang aktif sebagai blogger sekarang belumpun menunjukkan minat terhadap penulisan blog. Kini Alhamdulillah, semakin ramai menyusun langkah meramaikan lagi bilangan blogger 'pejuang' di alam cyber. Suatu perkembangan yang baik.

Namun begitu, aku cuma ingin berpesan. Membuat blog memang suatu yang mudah. its free and easy. Template default pun tak mengapa. Itu mungkin tidak penting. Tetapi yang lebih penting adalah bagaimana anda menghidupkan blog anda. Ramai buat blog, kebanyakannya copy paste artikel, ada juga yang ayatnya tunggang langgang- menunjukkan ketidakprihatinan si penulis terhadap tulisan sendiri, ada juga yang sekadar ingin menunjuk2 dan menceritakan kehebatan serta perihal peribadi sahaja. Berbagai ragam dan macam. Ramainya blogger baru yang muncul, hinggakan tak sempat dijenguk dan diziarah.

Bukankah lebih baik kiranya kita dapat menulis sesuatu yang datang dari ilham sendiri? Sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada mereka yang sanggup klik untuk ziarah ke blog kita. Sesuatu yang lebih dari sekadar bercerita tetapi berdiskusi dan menyebarkan ilmu. Sesuatu yang lebih bernilai. Lebih bermanfaat. Sekurang2nya mereka click out dengan mendapat sesuatu yang baik dan bermakna.

Aku juga ingin berusaha ke arah itu. Bukan tidak ingin menulis atau bercerita tentang diri sendiri. Sesekali ia perlu, tetapi bukan untuk kesemua entry. Jujurnya aku sendiri tidak tahu dan tidak ingin ambil tahu tentang siapakah yang melawat dan berapakah hits bilangan pelawat. Juga tentang siapakah anonymous yang meninggalkan komen ataupun soalan di balik artikel. Biarlah itu semua menjadi agenda yang bukan nombor satu. Penghargaan aku terhadap pengunjung tetap utama. Jutaan terima kasih tetap aku rakamkan. Sesekali terasa hairan, dari mana datangnya pelawat yang 'jauh2', yang tidak pernah bersua mahupun kenal, namun itulah suatu kelainan yang paling istimewa bagiku sebagai blogger. Menghuni di pondok usang, menerima tetamu2 dari jauh dan dekat, apatah lagi kalau datang dengan ucapan2 semangat dan nasihat- sungguh bermakna.

Kepada Allah aku mohon supaya dipanjang Rahmat dan NimatNya ke atas hamba kecil ini. Moga2 tulisanku bisa memberi manfaat kepada mereka yang membaca. Moga2 nasihatku bisa menyembuhkan mereka yang luka. Moga2 motivasi dariku mampu meraih kekuatan bersama. Semua itu sebenarnya jauh lebih penting berbanding siapa aku - insan yang kurang ilmu dan lemah amal.

InsyaAllah...Aku menulis bukan kerna nama...

sekian,

by ; hafizquran


p/s : Suka untuk mengulangi tema dari naqib tersayang - akh Idris : biar diri tidak dikenang, asalkan hati tenang dan senang.

4 comments:

Anonymous May 25, 2009 at 9:18 PM  

Betul..mnulis kerana matlamat yg jelas. bukan kerana nama. mudahan2 apa yang di utarakan membuhkan natijah yg berguna

Laman Ilhamku May 26, 2009 at 2:43 AM  

syukran..itu pn sbg muhsbh bsama..t.kasih..

mardhiah hayati May 26, 2009 at 7:47 AM  

minat yg sama..menulis..insyaALLAH..sama2 ikhlaskan niat dan sentiasa 'tajdidkan niat' dalam apa jua yg dilakukan..

alangtengahbirukundang August 20, 2009 at 6:42 PM  

Kamu penulis yang baik..
Senang hati menyelusuri tulisanmu.

Kamu adalah blog "wajib lawat" saya selepas ini!

Archive Blog