Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

30 April 2009

Kisah Yusuf versi Jahiliyah


Al-Quran adalah mukjizat Nabi Muhammad s.a.w yang sangat hebat. Ia merupakan kalam dari Allah. Allah Yang Maha Tahu. Maha segala2nya. Kerana itu di dalamnya terkandung pelbagai kisah dan peristiwa. Lebih ajaib apabila peristiwa yang termaktub dalam Al-Quran bukan sahaja perkara yang telah pun berlalu berkurun lamanya, bahkan yang sedang kita alami dan bakal terjadi. Ianya diungkapkan oleh Allah Yang Maha Tahu dengan penuh keindahan dan kebenaran.

Antara ‘kisah benar’ yang terkandung dalam Al-Quran adalah kisah Nabi Allah bernama Yusuf a.s. Betapa hebatnya kisah ini, sehingga Allah menamakan salah satu dari 114 surah dengan nama Surah Yusuf. Surah ini terletak dalam juzuk yang ke 12 dan 13 di dalam Al-Quran.

Saya berbicara selaku seorang penghafaz Al-Quran dan juga sebagaimana saya ‘mengenali’ surah tersebut. Sudah pasti saya mempunyai pandangan dan ‘kasih sayang’ tersendiri terhadap surah tersebut, lantaran ianya diperolehi dengan pengalaman2 yang dialami oleh saya sendiri sewaktu menghafaznya dahulu. Bagi saya, antara keistimewaan surah Yusuf adalah apabila saya menemui kalimah “ ta’manna” yang perlu dibaca dengan isymam ( memuncungkan bibir ). Pada masa itu saya baru mengenali ayat tersebut yang memerlukan pembacaan yang agak ‘lain’ dari yang lain. Ianya unik. Mengujakan.

Kalimah tersebut boleh dibaca dengan dua wajah. Pertama dengan wajah isymam dan kedua dengan meletakkan baris dhommah ( baca : depan ) pada huruf nun, iaitu berbunyi – ta’manuna.

Antara lainnya adalah, surah ini juga merupakan antara surah terawal yang saya fahami dengan membuka tafsir dan terjemahan. Maklumlah ketika itu saya masih kecil. Setiap hari menghafaz Al-Quran terkadang jemu dan bosan yang menyebabkan saya ‘curi2’ baca Al-Quran terjemahan dalam kelas. Cerita atau kisah Nabi Yusuf memang menarik dan Allah Ta’ala susun dengan begitu indah dan tertib sekali. Bermula dari Nabi Yusuf masih kecil, bermimpi melihat 11 bintang dan matahari sujud kepadanya, kemudiannya dikhianati dan seterusnya sehinggalah akhirnya dilantik sebagai pembesar Negara Mesir waktu itu.

Minat dan kecintaan saya kepada surah ini menjadikan saya agak ‘pilih kasih’ kepadanya berbanding yang lain. Antara surah yang saya lancar dan sering saya bacakan apabila ditugaskan sebagai imam di madrasah waktu itu adalah surah Yusuf. Banyak lagi jika ingin disebutkan, termasuklah tentang penggunaan kalimah ‘rab’ dalam surah ini yang merujuk kepada ‘raja’ atau ‘tuan’. Boleh dirujuk dan diperhatikan. Memang menarik.


Yusuf Versi jahiliyah?

Terbaru kita melihat muncul drama bertajuk Samarinda : Yusuf yang ditayangkan di TV3 selepas daripada drama sebelumnya Samarinda bertajuk Rozanna. Episod demi episod ditayangkan setiap hari kecuali hari cuti mingguan. Saya tidaklah menontonnya secara total, sebaliknya hanya untuk mengambil input dan ‘motif’ sahaja.

Mengambil iktibar ataupun inspirasi daripada surah2 Al-Quran bukanlah sesuatu yang salah bahkan digalakkan. Allah Ta’ala ceritakan kesemuanya sememangnya untuk kita ambil iktibar dan fikirkan. Jika kita benar2 menggunakan otak sebagai ‘ulul albab’, maka kita boleh memahami dan mengambil iktibar serta pengajaran semaksima mungkin daripada kisah2 yang dinukilkan. Tetapi kiranya otak kita jenis kaki ke atas kepala di bawah, maka penceritaan dalam Al-Quran akan dilihat bagaikan kisah Cinderella yang kehilangan kasut ataupun kisah Ultraman yang kononnya mampu menyelamatkan dunia. Tahyul, karut, dungu dan langung tiada iktibar.

Sedangkan Al-Quran itu mukjizat. Siapa kita untuk mencemarkan apa2 kandungannya dengan pengolahan bodoh dari otak kita yang jahil? Seolah menawarkan diri untuk menjadi ‘sumber kedua’ yang terang2an mencabul dan merosakkan skrip asal dari sumber pertama.

Penayangan siri drama tersebut di TV3 mulanya menarik minat saya untuk menonton. Apakah kira2 para penerbit dan pengarah filem & drama sudah mula berminat untuk membuat filem2 berunsur Islam? Setidak2nya ia dicedok daripada Al-Quran sebagai ikitibar. Melihat kepada tajuknya saya merasakan ianya suatu drama yang baik.

Namun saya hampa. Perasaan hampa itu akhirnya bertukar menjadi meluat dan menyampah. Semakin lama ia semakin parah. Pembawakan yang diharapkan rupanya tidak menjadi. Ianya tidak lebih sekadar meniru kisah Nabi Yusuf hanya untuk item2 tertentu sahaja seperti rupa ( ketampanan ), hasad dengki adik beradik dan pemisahan antara anak dan bapa yang akhirnya ditemukan kembali dalam suasana sedih ( kononnya ).

Di mana letaknya kemanisan dalam drama tersebut? Adakah kira2 mereka yang melihat akan benar2 faham tentang iktibar yang terkandung dalam kisah Yusuff? Atau sekadar melihat si lelaki berwajah kacak dan pergolakan2 yang sengaja direkacipta dan dilakonkan oleh badut2 tersebut? Saya kira anak2 dan ahli keluarga ramai yang sempat menonton drama tersebut, kerana ianya disiarkan sebelum jam 11 malam. Dengan kata lain, sebelum anak2 kita masuk tidur mereka sempat menonton drama tersebut. Apakah kira2 mereka benar2 faham akan iktibar dan ‘kisah sebenar’ tentang Yusuff atau lebih tepat Yusuf a.s ??

Entah bagaimana mahu dijeritkan kekecewaan ini. Kalau dahulu ramai ibu bapa yang alim dan berpengetahuan, maka sebelum anak2 masuk tidur, pelbagai kisah2 diceritakan. Kisah nabi Nuh dengan bahtera, kisah Nabi Musa dengan Fir’aun, kisah Qarun dengan harta2nya dan kisah Nabi Yusuf yang diumpamakan bagai Malaikat dek ketampanannya.

Hari ini ibubapa sibuk mengejar harta. Anak2 sibuk mengejar akademik. Cerita2 dan kisah2 sebegini sangat jarang diceritakan. Lalu apabila kisah Yusuf diolah dengan pelbagai elemen karut dan ditayangkan , maka kefahaman dan pengetahuan anak2 terhadap ‘Yusuf’ turut menjadi karut. Mereka hanya tahu bahawa Yusuf itu seorang yang kacak. Baik hati. Mulia. Dalam masa yang sama mereka juga tahu bahawa Yusuf itu ada ‘makwe’, perempuan tersebut pula tidak berpakaian cara Islam sebaliknya rambut dan auratnya tidak dijaga. Pergaulannya dengan Yusuf juga bebas. Boleh pegang2, boleh urut2 bahu dan sebagainya.

Inikah pengetahuan yang sepatutnya mereka dapat? Hakikat bahawa Yusuf yang ‘original’ merupakan seorang yang sangat menjaga hubungan dengan Allah, sangat tinggi ketaqwaan, kebijaksanaan dan tidak pernah berdampingan dengan betina2 karut sedemikian- adakah sampai ke pengetahuan mereka? Ingin saja dijeritkan kepada para juhala’ ; ketampanan dan kecantikan wajah Nabi Allah Yusuf a.s BUKAN hanya lahir pada indahnya muka, kening, bibir SEBALIKNYA terpancar daripada CAHAYA KEIMANAN Nabi Allah tersebut kepada Rabb-nya. Tetapi ‘point’ penting tersebut langsung tidak disentuh dalam drama bodoh tersebut.

Saya masih memendam rasa. Cuba memujuk rasa kecewa dan terkilan dengan isu tersebut. Tidak pasti samada orang lain memikirkannya atau tidak. Tetapi diri sendiri marah dan tidak senang. Semakin lama para penerbit dan pengarah filem semakin menampakkan kejahilan mereka. Hakikat dan iktibar sebenar tidak diketengahkan sebaliknya ‘menjual’ nama kononnya kisah tersebut diambil dari Al-Quran. Tidak mungkin hanya mirip atau kebetulan, melainkan ia jelas sekali dicedok dan diubah dari Kitab Allah Yang Maha Mulia.

Berhentilah dari terus ‘menjual’ ayat2 Allah dengan harga yang begitu murah dan hina. Tidak layak langsung untuk dikatakan drama tersebut bersifat ‘Islamik’ melihat kepada penampilan para pelakonnya terutama si betina. Tengok sahaja dapat dosa. Dua kali tengok dua kali berdosa. Si lelaki langsung TIDAL LAYAK berlakon sebagai Yusuf apatah lagi untuk ‘diibaratkan’ sebagai Nabi Allah – Yusuf a.s. Tidak sama sekali.

Kalau benar2 mahu mengetengahkan iktibar dari kisah2 agung seperti kisah para anbiya’, maka saya cadangkan supaya pembikinannya diperhalusi denga lebih teliti. Berbincanglah sama dengan mereka yang ada ilmu agama. Jangan macam cleaner nak berlagak kontraktor. Susun barisan pelakon yang membawa imej Islamik. Bukan membawa watak moden yang bodoh. Berpakaian bagai tarzan purbakala. Kalau semua itu mampu diperhalusi, dibincangkan serta tidak dibuat sewenang2nya , maka syukur Alhamdulillah. Mudah2an suatu hari nanti kita bakal melihat filem2 dan drama2 hebat seperti Sang Murabbi, Sultan Al-Fateh dan sebagainya diusahakan oleh penerbit2 dan pengarah2 filem & drama tanahair sendiri.

Harapan itu tinggi. Doa itu ada. Marah itu juga wujud. Benci itu hadir, lantaran bencikan maksiat salah satu daripada signal keimanan – meskipun ia bagai selemah2 Iman.

Wallahua’lam.

1 comments:

khadijah May 1, 2009 at 8:42 AM  

Salam..bila ana baca apa yang ditulis oleh penulis.ana rase sgt kerdil. Betapa ana kurang mengambil tahu isu-isu semasa.kurang menganalis dan mengambil iktibar..Mudahan-mudahan Allah terus memberi nikmat Islam untuk kita semua. Hancurkan taghut dan jahiliah..sebagai muhasabah :"Jangan jadi daie bodoh" - Ambil tahu semua perkara baik dan buruk (pesan seorang sahabat)

Archive Blog